Thursday, March 15, 2018

Day 15 : Akaroa & Christchurch

Sejuk betul malam tadi, mmg liat sungguh nak bangun pagi ni.. tapi kami kena gerak awal sbb boleh dikatakan majority penginapan (kecuali Air BnB), waktu check outnya adaah pukul 10.00 pagi. Awal kan? tapi padan la dgn waktu summer yang cepat siang. Pukul 10 dah macam puku 12.00..

Harini kami habiskan majority bekalan makanan yang ada .. sbb dah tinggal 2 hari je lagi sbl balik.. esoknya dah nak fly ke Auckland semula..

Seperti biasa hidangan kami nasi goreng (nasi dari periuk nasi comel) pernah saya sharekan gambar sebelum ni masa di Kinloch. Berjasa sungguh periuk nasik tu..

Rasa tak puas berada di Akaroa ni sbb kami sampai smlm dah gelap pastu pagi2 dah gelap. Akaroa ni cantik sebenarnya. Di sini mmg terkenal dgn sukan air seperti jetboat. Sebenarnya dalam itinerary kami juga ada plan utk main jetboat di Rakai George iaitu berdekatan dgn Akaroa ni. tapi atas sebab2 tertentu kami decide utk trs ke Christchurch. Sbb kami perlu pulangkan kereta sewa harini.

Ok layan gambar yang tak banyak di Akaroa ni..

dah siap berkemas. bag pun dah masukkan dlm kereta separuh

bilik selesa.. dapur & bilik air ni block sebelah.. dkt je

motorhome yang bermalam di sini...nanti diorang akan masak di shared kitchen di gambar bawah..tapi x crowded pun sbb byk facility dapur.. 

kat luar pun boleh makan..kalau tahan sejuk la.. ada playground jugak

harini habiskan porridge + telur + sambal

sini la kami stay.. Top 10 Holiday Park Akaroa

Pemandangan sepanjang perjalanan sebelum balik

75 Km lagi nak ke Christchurch..tapi kami bertolak awal utk mengelakkan sebarang kelewatan pemulangan kereta






Kami tiba di Christchurch awal. Jadi sementara menunggu masa utk pulangkan kereta, kami singgah di Christchurch Botanical Park. Tak ada apa yang menarik pun. Biasa2 ja kat sini tak datang pun tak apa.. bagi saya Christchurch ni agak boring. Kalau baca sebelum ni pun mmg bandar ni agak lengang disebabkan oleh gemba bumi kuat yang berlaku sebelum ini, banyak kerosakan yang terjadi. Jadi golongan muda lebih ramai berhijrah ke bandar2 besar lain. Memang teringin juga nak berjalan2 di dlm Christchurch ni, tapi memikirkan agak susah nak cr parking kami masuk rehat2 dlm park ni je..




muka dah penat setelah lebih 2 minggu kami berpindah randah..
tasik yang biasa saja.. tenang tapi kurang daya penarik..
Lepas pulangkan kereta, kami menaiki shuttle yg disediakan oleh Apex Rental Car ke Jucy Snooze yang tak jauh dari Airport. Itu lah kemudahannya kalau kita ambil kereta sewa di Airport, senang nak ulang alik ke Airport. Lepas siap check in di Jucy spt sbl ni.. kami jalan kaki je ke block sebelah utk makan dan shopping skit2 di Countdown. Strategic sgt sbb boleh beli dan makan2 di sini..

singgah alas perut di muffin break..
block putih sebelah tu je ada kedai2 makan spt Burger Fuel , Muffin Break, Indian Food & Countdown

Lepas makan, kami jalan2 ke arah Airport sambil ambil masa sbb kami belum decide nak ambil teksi atau berjalan kaki saja ke Airport. Shuttle belum ada pada masa tu memandangkan awal pagi.  

Puas berjalan di Airport... semua kedai kami masuk almaklumla byk masa terluang sementara menanti malam. Esok pagi kami akan naik domestic flight Jet Star di sini utk ke Auckland.

makan malam di ruang rehat Jucy.. ada dapur & charger port..


sekali lagi dpt pod di atas..memanjat lagi la.. tapi masa ni tak best sgt sbb share blk dgn org Malaysia.. hemmmm kalau kita ke negara org boleh tak kalau kita ikut cara kesopanan diorang..jangan tunjuk sangat ketidaksopanan tu.. dah la bising dlm blk ni.. (cakap kuat) tanpa menghormati pelancong lain tidur (pelancong Jepun). saya rasa kurang selesa. baik la kalau sebilik dgn pelancong negara lain yang lebih menghormati rakan2 lain yang mahu berehat. 



keesokannya kami bergerak ke Christchurch Airport menaiki teksi yang dibooking melalui receptionist. Nak jalan kaki pun boleh tapi bila memikirkan bag kami yang banyak dan berat elok la naik teksi saja. lagipun awal pagi pada masa tu. Kami booking 2 teksi.. sbb bag banyak..

bye bye Christchurch... Hi Auckland....

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :

Day 16 : Auckland City - Dressmart Outlet


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye