Thursday, July 11, 2019

Itinerary Jeju Spring 2019 (5 Hari 4 Malam)





Day 1
Bertolak dr kl 9.20 pg
Tiba di jeju 3 ptg
Check in hotel
Free n easy (Jalan-jalan Jungang/Dongmun)

Day 2
Canola Plaza (giant chair)/jeju horse park  - Gasi ri (FOC)
Jeju folk village wear hanbok (9000W)
lunch uribong sikdang 
Seongsan ichulbong (2000W)
Seopjikoji (FOC)

Day 3
Oradong buckwheat field (city) (foc)
Yongmeori  & Sanbangsan Mt View (2000W)
Yellow Café (foc)
Osulloc Tea Garden/inisfree (foc)
Jeongbang waterfall (1600W)
Yongduam Dragon Head Rock (foc)

Day 4
Eco land theme park (14,000W)
Manjanggul cave lava tube (1600W)
Mazeland (9000W)
Woljeongri beach (foc)


Day 5
Free n easy
To airport

Day 1.. selepas tiba di Jeju, kami rehat2 dulu dan keluar semula jalan kaki ke Dongmun Market & Jungang Underground Mall.. 






shopping di Daiso memang best..hari2 kami ulang alik sini :D
































shopping di Daiso utk souviner... murah2 je sini..sudu Korea pun boleh beli di sini..nak ke Daiso ni boleh keluar Exit 2 daripada underground.. naik atas trs jumpa Daiso dan Market utk beli limau atau street food (refer Jeju Winter)

Day 2
Canola Plaza (giant chair)/jeju horse park  - Gasi ri
Jeju folk village wear hanbok 
lunch uribong sikdang 
Seongsan ichulbong 
seopjikoji 
Hueree natural park, seongwipo 


1. Canola Plaza



jangan tiru aksi ini kalau anda tidak cukup berani...hahaha

masa ni sejuk ya rabbi..ni spring ke winter ni (adoi)


puas sgt datang sini takde orang langsung sbb katanya canola festival ni dah habis kami dtg dah hujung2

I Love You...Do You Love me too?

Subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan


2. JEJU Folk Village

Tiket masuk : 9,000 Won

Jika masa winter haritu saya ke Jeju Seongap Village, kali ni kami ke Jeju Folk Village pulak. sebab apa pergi sini? sebab sini lebih besar, lebih cantik dan boleh sewa hanbok (baju tradisional Korea).
Tapi sayangnya masa kami sampai kedai sewa hanbok tu tutup sementara untuk rehat. Walauun kami diberi masa 2 jam di sini, dah hujung2 baru la kedai tu buka.. jadi hanya 3 orang yang sanggup  sewa yang lain tunggu dalam bas je..inshaAllah nanti summer saya dtg lg sini dan sewa baju hanbok..

Sewa hanbok : 20,000 Won

musim bunga memang sakan la bergambar dengan bunga cantik2




mabuk dengan bunga2 cantik di sini..sempat bergambar sementara menunggu keretapi sampai



ini keretapi yang bawa kami pusing2 sehingga ke tempat Hanbok (Traditional Market).. free je




kali kedua berjumpa dgn pokok limau di Jeju, rupanya bukan winter je ada limau



gang yang sewa hanbok walaupun sekejap... sebenarnya hanbok ni boleh sewa unlimited time...tapi sbb last minute baru dia bukak kedai terpaksa la pakai sekejap je



3. Lunch at Uribong Sikdang (parking di Seongsan Ilchubong je jalan kaki)...

Saya sangat recommend kedai ni..selain daripada memang Muslim Friendly Restaurant (tiada unsur2 daging dijual), di sini ada musolla dan disediakan air kopi panas (free). Lokaisi pula sangat dkt dengan Sengsan Ilchubong, jadi lepas makan boleh terus jalan kaki ke sana. untuk yang bawa kereta boleh terus parking di parking Ilchubong yang luas.



ikan bakar sgt sdp di sini...asam pedas pun highly recommended...makan kenyang2 baru panjat bukit ilchubong


Day 3
Oradong buckwheat field (city) (foc)
Yongmeori  & Sanbangsan Mt View (2000W)
Yellow Café (foc)
Osulloc Tea Garden/inisfree (foc)
Jeongbang waterfall (1600W)
Yongduam Dragon Head Rock (foc)


Oradong

Oradong ni kawasan spt ladang luas persendirian. Nak masuk ada bayaran tapi tak mahal pun dalam seringgit dua gitu je sorry saya lupa...



masuk2 terus posing dgn piano ni.. ni ladang green barley

ladang canola yang terbentang luas... Alhamdulillah puas kami jumpa canola kali ni

kerusi colorful ni pun comel sama mcm di Woljongri Beach








































Yongmoeri

Tips untuk ke sini: pagi2 kena call dulu Jeju Tourism utk tanya harini akan bkk pukul brp sbb setiap hari tak sama opening hours. Jika cuaca buruk atau ombak tinggi dia akan tutup. Pastikan confirm boleh masuk baru la ke sini kalau tak rugi je..macam kes kami, driver call pagi2 dan confirm dgn ticket counter. 

Untuk masuk ke sini ada 2 entrance counter ticket. 

1. entrance pertama (hadapan kapal besar)
route ni bg saya agak panjang, setakat nak bergambar dgn batu2 ok la tak perlu pegi sampai hujung... walaupun route ni sbnrnya ada 360 degree...

2. entrance kedua (laluan kiri spt ke arah temple) (tempat saya berdiri)
laluan ni untuk yg aim nak pergi ke jambatan. Ini lebih dekat tp kena memanjat dan turun bukit sikit.. 

saya dah try 2 laluan ni dan of course saya lg suka yang ke-2..lebih cantik bg saya.. 

tapi untuk spring ni saya try both...saya lalu melalui entrance 1 pastu teruskan perjalanan sampai jumpa jambatan dan exit ..kiranya saya pusing 360 degree...siap tanya org dpn ni ada jalan keluar ke..mana la tau jalan punya jauh tgk2 kena patah balik mmg kes naya la sbb ombak pun dah makin meninggi siap basah2 dah..risau terperangkap kat laut tu...ahjuma2 yang jual seafood siap pesan palli palli...cuak tau

tapi mmg berbaloi baloi dan puas hati...sbb masa saya pergi winter dulu saya tak puas hati kenapa saya tak jumpa jambatan mcm org lain ambik gambar...kali ni mmg saya nekad cari sampai jumpa... 

di Yongmoeri ni kalau terasa penat atau lapar ada dijual air oren fresh halabong tu dan juga sotong pancake yang ada cheese dalam... harga air oren tu 3k ... 

ok layan lagi gambar saya di Yongmoeri... inshaAllah saya akan ke sana lg summer nanti dgn outfit berbeza pulak... I Love Yongmoeri




jambatan ni biasanya akan ramai org..saya edit dan remove semua org hehehhe


tgk air tu...cantik sgt tempat ni tapi kami kesuntukan masa sbb ombak makin meninggi.. 

pintu gerbang ni wajib la posing... lawaaaaa




Yellow Cafe

apa ada di sini? ini sebenarnya cafe untuk merchandise2 banan uyu (susu pisang). Tapi jangan cr susu pisang di sini..susu pisang beli di convenient store je..kat sini jika taknak minum di cafe boleh je setakat bergambar dgn icon2 susu pisang ni... tapi diorang kata aiskrim susu pisang & coffee di sini sedap tau... 







Osulloc Tea Garden/inisfree (foc)

untuk gambar extra boleh refer di Jeju Winter ya..sbb ni kali kedua jd saya tak beriya bergambar...bagi chance kat yang first time...



dalam innisfree ni tak sebanyak cosmetic2 di outlet luar... tapi ada certain brg takde dijual di tempat lain contohnya jem & innitial oil innisfree cuma dijual di sini... 

kami berkelah makan di sini sementara menunggu kawan2 lain shopping di dalam innisfree...
Jeongbang Waterfall

Jeongbang ni adalah unik sbb air terjun ni terus ke laut... view sangatlah cantik cuma orang di sini agak ramai.. jalan nak turun ke bawah pun agak mencabar sebab batu2 yang banyak..boleh refer di gambar2 bawah.. Jika tak larat turun tangga boleh je ambik gambar di hentian atas... 

pandangan drp atas.. dari jauh boleh nampak dah bayang2 waterfall
kena turun tangga ni dulu sebelum sampai ke air terjun... boleh je slow2 sebab ada stop
tgk keadaan batu2 kat sini..pastikan pakai kasut yang sesuai

kena memanjat sikit nak naik atas batu2 ni...bergambar punya pasal

nak ambik port ni memang kena sabar menunggu la sbb jadi rebutan






sejuk mata memandang

tgk la orang yang ramai..
lepas naik atas boleh la shopping limau, souviner atau air limau halabong di sini..confirm dahaga lepas penat2 naik tangga tu...

seronok aunty ni kita ajak bergambar... tu nampak tak yang gantung2 tu ada baju i love jeju..susah nak jumpa tu... kalau jumpa beli je... souviner di jeju ni tak murah..fridge magnet pun 3000 sbb tu saya suka beli di Daiso je..asalkan made in korea...


ok layan video di sini...




Yongduam Dragon Head Rock


Yongduam Rock yang berbentu kepala naga..untuk badan naga kena jalan ke depan sikit.. spt biasa refer Jeju Winter



sotong bakar ni sedap sangat...kami panggil sotong kari ..harganya 8000 won untuk sebatang...kalau nak beli ni kami pesan no sauce sbb takut ada bahan terlarang... makan sotong bakar ni dgn kari pun dah cukup sedap




































































ni  muka oppa yang jual tu...
























































Day 4
Eco land theme park (14,000W)
Manjanggul cave lava tube (1600W)
Mazeland (9000W)
Woljeongri beach (foc)


Ecoland


Wah dah hari ke-4 kami di Jeju. Hari terakhir untuk berjalan-jalan jauh.. sebab driver dibayar sehingga ke hari ni saja...esok kami jalan sendiri...

Ecoland ni kalau ada kanak2 lagi la best.. kami yang mak bapak orang ni pun suka je..cute sgt tempat ni...

Di sini pun ada keretapi..mmg wajib naik pun sbb luas ..Nanti keretapi tu akan berhenti di station2...dia suurh turun kita turun..then naik next train...






















lavender dah start berbunga...sempat tak jumpa summer nanti...





































































Manjanggul cave lava tube


Cave ni merupakan tapak peliharaan Unesco. Tapi bagi saya x berapa berbaloi ke sini sebab kena berjalan di atas jln yg tidak rata..sakit jugak la kaki menahan drp jatuh. Kami tak jalan sampai hujung pun..patah balik je..dlm ni sejuk sgt mmg nature habis..





































Jeju Mazeland

di Jeju ni ada 2 Mazeland... yang besar yang ni lah dan mazelandnya daripada batu.. dalam ni ada jugak maze drp pokok tapi kecik sikit...

ada 1 lg mazeland namanya Jeju Kimnyoung Maze Park, lebih kecil dan murah.. masa ni taktau nak pergi yang mana satu jadi kami pilih yang besar.. nanti boleh refer Jeju Summer utk view yang satu lagi tu...


bamboo forest yang ada di dalam Mazeland ni...




ok main tipu..semua dah sampai garisan penamat hehe



























Woljeongri Beach 

Pantai yang paling femes ni Jeju..semua nak bergambar di kerusi warna warni ni... selain drp tu ana cafe, CU dan kedai seafood utk makan2...



sotong bakar ni katanya sedap...


































Day 5

Hari last kami di Jeju cuma dihabiskan dengan berjalan kaki ke kawasan sekitar hotel.. sempat la shopping banana uyu di E-Mart . Emart ni boleh cr landmark Ramada Plaza.. macam2 ada kat sini..Nature Republic pun ada, pinggan mangkuk the latest seperti corell, port merion dll... best sangat.. 



































sebelum tu jika ada yang bertanya kami pergi dengan package mana..boleh la follow fb Noradilah Rabean ya..highly recommended sbb murah tapi package best ...


package : Adila Reza Travel 013-668 2923


ok jumpa lagi Jeju summer nanti...untuk rujukan Jeju Winter boleh click sini

Jeju Winter

No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye