Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Tuesday, March 6, 2018

Day 7: Kia Ora New Zealand : Hokitika - Wanaka




Pengembaraan kami harini diteruskan lagi ke arah Fox Glacier & Wanaka (nombor 4 & 5)



Perjalanan kami hari ni agak panjang dan bosan..alahai mana la rupa glacier ni tak nampak2 pun.. last2 kami cuma jumpa pekan Frenz Josef je..

selamat pagi...posing sbl check out

depan cabin..bye2 Hokitika
driver baru harini









nampak lembu je

ada la sesekali nampak kereta :)


tgh discuss route kami... 

berhenti singgah toilet dan convenience store kat pekan Franz Joseph ni... sini tempat utk naik helicopter kalau nak tgk glacier view


ada toilet ada free parking di sebelah toilet tu dan juga ada free wifi spark



































ok kami teruskan lagi perjalanan yang panjang ni... bg saya laluan ni tak payah lalu pun takpe..bosan jugak la.. tapi sbb kami nak ke arah wanaka menggunakan route pusingan lawan jam mmg kena lalu jugak la kan.. (refer peta)

kami singgah sini..glacier view 

isi perut dulu la..
temenung merenung handphone sbb takde line :D
ni la glaciernya...kurang menarik pada musim panas sbb dah cair dan tak boleh dekat pun..pandang dari jauh sipi-sipi


air terjun tu cam cantik tapi ada berani ke sejuk wooo
takde org pun sini... ada la sorang dua lalu lalang 

ok lepas tu saya pulak memandu menuju ke arah Wanaka..jauh ni lebih kurang 3 jam dan tak boleh laju.. tapi kami agak rushing sebelum counter receptionist tutup pukul 6. Pastikan check ya masa booking waktu last check in. Ataupun email segera klaau lambat nanti diorang akan bg instruction mcm mana nak dptkan kunci sekiranya counter dah tutup.

Utk ke arah Wanaka ni kami melalui laluan HAAST yang memang akan jumpa air2 terjun cantik sepanjang jalan...
muka dah start sunburn walaupun dah pakai sunblock 3 inci hehe
singgah bergambar tepi tasik ni... cantik sgt 


sebab saya yang drive suka hati ja nak berhenti di mana hahahaha




layankan aje gambar syok sendiri saya

thunder creek fall

jernih sangat air..
turun tangga terus jmpa air terjun
berbaloi keletihan kami

tak perlu hiking bagai  pun datang sini ada jalan.. dlm 5 minit dah sampai






skuad driver harini

thunder creek fall ni salah satu air terjun yang ada kami cuma singgah satu selebihnya tgk dari dlm kete

air tetap biru..kalau la boleh bawak balik Malaysia kan



































ok teruskan perjalanan ke Wanaka jom...

***



yeay dah sampai Wanaka...


laundry, kitchen & toilet sebelah je dgn bilik..bilik kami yang ada kereta putih tu
depan bilik...

kecik je bilik ni tapi ok la masak di shared kitchen. jadi bilik ni utk tidur je

so di Wanaka harini kami cuma sempat ke Wanaka Lone Tree (depan accomodation kami je).. esok akan bersambung itinerary di Wanaka


 ok summary accomodation hari ni :


Wanaka Top 10 Holiday Park - Cabin 4
Price : RM132 ataupun NZD388 (4 pax)
Review : location sgt strategic

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :








Monday, March 5, 2018

Day 2 : Kia Ora New Zealand - Pengalaman pahit di New Zealand

sebelum saya cerita pengalaman kami sendiri ini, jangan la salah anggap ya..cuma kita perlu lebih berjaga2 di mana pun kita berada.

Sebelum ke NZ rata-rata semua yang dah pergi cakap NZ negara yang selamat. Tapi malangnya sejak kebelakangan ni byk pulak kes jenayah berlaku termasuk kepada diri kami sendiri. Boleh bayangkan tak kejadian ni berlaku masa kami baru 2 hari jejak kaki ke bumi kiwi ada 15 hari lagi..

Ok kita sambung cerita semalam, lepas check in di Downtown Backpackers, kami decide utk jalan kaki ke arah Rotorua Queen Lake. Dekat sangat memang boleh nampak pun lakenya. Tapi jangan terkejut ya kalau sampai2 je di Rotorua ni dah boleh bau sulfur yang akan menusuk hidung (mcm bau kentut :D)

di hadapan backpackers. Boleh parking depan tu je

Cantik juga lake ni..memang ada dlm senarai yang kami nak pergi pun. Kat sini boleh nampak ada cruise yang menunggu penumpang, burung2 laut yang boleh terbang di darat juga. Puas juga la kami bergambar sakan atas titi tu.. suasana pun meriah almaklumla hujung minggu. Penuh jugak la dengan pelawat2 tempatan dan luar terutamanya daripada China. Rasanya diorang nak naik cruise tu..memang segerombolan la datang...





Sedang kami seronok2 bergambar, tiba2 saya terdengar salah seorang kawan saya jerit "oi oi oi...!!!" sambil lari kejar seorang remaja ni... rupa-rupanya dia sempat ragut handphone Iphone di tangan kawan saya. Masa tu kawan saya ni tgh ambil gambar kawan yang sorang lagi di atas jeti (agak jauh). Kami bernasib baik masa tu ada local lain yang bantu kejar dan berjaya dapatkan balik handphone tu. Korang dapat bayang tak tahap gigilnya kami masa tu. Alhamdulillah ada gentleman handsome yg juga staff cruise kat situ bantu.. (lupa pulak nak snap gambar abg sado tu). Tapi kami suspect mmg selalu jadi di situ, sbb tu dia mcm dah standby nak kejar. Tapi kenapa dia lepaskan remaja tu..jeng jeng jeng..

Lepas je kejadian tu terus kami takut2 nak jalan situ mana la tau remaja tu ikut kami.. Kami duduk2 dulu di kerusi luar sebab taknak ada yang nampak kami tinggal di mana.. Terusla mindset NZ tu selamat bertukar 360 darjah.

Masa tu kami terpikir la sebelum tu elok je kami letak tripod kat dpn sbb nak bergambar semua. bayangkan kalau dia bawak lari..

so conclusionnya berhati-hati ya di Rotorua ni, dan di mana2 tempat sunyi. Kalau nampak ada yang lain mcm je nampak mcm gelandangan ke berhati2... di Auckland City pun kami kena attack dgn sorang gelandangan di kedai makan minta duit nak beli tambang bas katanya. Masa tu cepat je kitorang simpan segala handphone.

ok ni lokasi yang kami kena ragut tu..


ni lokasinya.. 
tempat kena ragut di depan saya (baju merah) masa tu kawan saya tgh snap gambar kawan di atas titi tu

ok cukup kisah di Rotorua, dont worry lepas ni semua cerita best2 je .. tak sabar saya nak habiskan ni sbb lepas ni saya nak cerita winter di Korea pulak.. chaiyok chaiyok...

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :

Saturday, May 20, 2017

Tips Shopping di Pasar Baru Bandung

Memandangkan ramai yang bertanya dan berminat dengan post saya sebelum ni mengenai shopping di Bandung, saya tambah sikit lagi post berkaitan shopping di Pasar Baru.

Ini merupakan kali kedua saya ke Bandung. Walaupun pernah pergi, saya memang tak ingat apa yang ada di setiap lantai (tingkat). Pasar Baru ni ada banyak lantai dan blok. Kalau shopping sendiri memang tak ingat kalau nak cari semula kedai tersebut sbb kedai seakan-akan sama. Untuk makluman, biasanya shopping di sini akan mengambil masa seharian kerana banyak benda yang akan dibeli, orang yang ramai dan kedai yang terlalu banyak. Proses tawar menawar juga akan mengambil masa. Saya cadangkan peruntukkan sehari utk shopping di sini (pagi-petang), sebelah malam boleh la jalan2 di tempat yang tutup lambat seperti Cihampelas Walk.

Ok saya sharekan di sini pengalaman kami yang paling best sepanjang shopping di Pasar Baru.
Hari sebelum itinerary ke Pasar Baru di Supir Agung dah bagitau, dia ada hire sorang supir lain yang pandai selok belik Pasar Baru (PB). "jangan risau kak, orangnya gagah dan pandai selok belok sana."

Pagi tu sampai saja kami di parkir PB, beliau perkenalkan dengan sahabat beliau yang akan menemani kami seharian. Kami dah cuak tgk muka beliau yang nampak garang. Alamak ni supir ke bodyguard ni.. Tapi bila beliau bercakap, alahai lemah lembut sopan santun orangnya. Serious tak tipu. Namanya Asep.

Asep ni sangat la mahir tentang kedai2 di PB. Memang hari2 ke sana agaknya. Masuk je dlm bangunan kami cuma tgk2 dulu sbb takut tempat lain lebih murah. jadi Asep akan ingat lokasi kedai tu. Selepas berpuluh2 kedai kami pergi bila diminta ke kedai yang mula2 tadi beliau sepantas kilat bawak kami. Jimat masa kan? Takde la kami berpusing2 nak cari semula kedai yang awal tu. Dan bila dah beli pantas je dia hulur tangan utk bawak.. gagah betul ye bayangkan bawak berplastik2 bag utk kami berdua.

Paling saya suka Asep ni tak spt guide lain yang akan menunjukkan kedai kesukaan mereka untuk kita beli, jadi mungkin mereka dapat komisen di sana padahal ada kedai lain lebih murah. Asep akan bawa ke semua kedai. dengan kata lain kita cuma bgtau beliau cthnya nak beli kain lace. Jadi beliau akan bawa ke semua kedai yang jual lace. Kalau tak nak tak apa, beliau akan sengeh dan bawa ke kedai seterusnya. Memang kaki sengeh Asep ni.

Lepas makan tgh hari di foodcourt atas kami kembali kepada Asep (beliau tak mkn sekali) dan meneruskan misi shopping. bagitau je beliau apa yang belum cukup. Nanti beliau akan pikir lantai mana yang sesuai. (kami pun ada study nama2 kedai dan alamat kedai yang murah jd kami boleh compare dengan yang Asep tunjuk.) Paling kelakar masa nak beli baju batik, beliau dijadikan model utk size baju suami di rumah. Multifunction betul :D

Kenapa saya cakap kalau ada supir yang bawak kita sangat selamat tiada yang datang approach, mencopet atau meminta sedekah? Buktinya Asep tinggalkan kami sekejap je utk ke kamar kecik (Toilet), terus datang peminta sedekah dan yang nak jual keychain bagai. Lepas Asep datang terus hilang. Abang kawasan betul Asep ni :)

Sampai ke pukul 5 ada lagi yang belum jumpa. bayangkan seharian dah kami di sana. Saya masih berlm berjumpa dengan kain telekung travel yang saya mmg plan nak beli lagi. Sebelum tu dah beli. Tapi bila saya nak turun ke bawah, kedai dah tutup. Menurut Asep, kedai2 di PB ni akan tutup berperingkat2 bermula dengan lantai bawah.

Yang terbaiknya Asep sanggup belikan apa yang tak sempat tu esok. Cuma beri gambar saja. Baik kan Asep ni. Happy nya saya..apa yang saya nak semua ada..

ok ini gambar Asep.. kalau sesiapa nak hire beliau di PB boleh la whatsap .. kalau ambik supir Agung boleh juga special request Asep utk bawa di Pasar Baru (tiada additional cost).




whatsap Asep : +6285222881996

** jgn lupa mention nama saya Nieta ya..

untuk post bandung sebelum ni boleh refer di bawah ni ya

ITINERARY BANDUNG