Selepas checkout pukul 10 pagi, kami sambung pusing2 pekan kecil Rotorua ni. Singgah Pak N Save Rotorua beli sedikit groceries dan isi minyak di station sebelahnya. Masa beli groceries dpt diskaun minyak di resit jgn buang.
Selepas isi full tank, kami decide utk pusing2 cari Kg Maouri yang berdekatan. Untuk makluman, maori ramai di sebelah Utara, di Selatan nanti dah tak banyak. Kalau kita perhatikan kaum mereka ni muka macam org Melayu pun ada tapi bezanya badan diorang besar. Macam pelakon The Rock tu.. mmg dia asalnya maouri NZ pun.
tak banyak yang nak dikongsikan sbb kg Maori ni tutup la pulak. Kami berhenti bergambar depan pagar rumah je pastu teruskan perjalanan ke arah Huka Falls.
|
pagi2 dah datang shopping sini |
|
ha tudia susu |
|
air favourite kami... |
|
tutup nampaknya... |
|
sebahagian Queen's Lake semalam |
tanpa membuang masa kami teruskan perjalan ke Huka Falls, Taupo. Jarak lebih kurang 83km. Dah tak sabar nak menikmati keindahan Air Terjun yang sangat2 cantik..airnya biru Subhanallah...
|
sedap cherry fresh ni..tapi harga tak la murah sgt di supermarket |
|
ok dah sampai Huka Falls... nampak mcm besar tapi tempat nak tgk pemandakan tu dekat je..tak perlu jln jauh2 |
|
ralik menikmati view cantik |
|
atas rumput pun cantik... |
|
masuk adalah free, tapi bg yang nak menderma boleh derma di sini ya |
|
mabuk bergambar di sini... |
|
air yang sangat laju, kelajuannya boleh memenuhkan kolam renang dlm masa beberapa saat |
|
wajib datang kalau dah alang2 explore north |
|
hati2 dlm ni ada anjing..takut kena kejar je |
oh ya, di . parking Huka Falls ni ada toilet berbayar. Boeh tukar duit syiling di kedai souvenir sebelah. Dalamnya sangat bersih dan luas.
.
.
Selepas ke Huka Falls ni kami menerukan perjalanan ke arah Mata-Mata, tapi sebelum tu sempat singgah beli souvenirs dan beli air di kedai ni...kami menumpang lunch sekali di sini..baik owner kedai.. seronok dia bila dgr kami dari Malaysia sbb beliau pun suka travel.
|
ni landmark kedai souvenir ni ada byk basikal utk rental dan ada helicopter besar kat sblh.. |
|
souvenir kedai dia unik2 tak sama mcm di Queenstown. so boleh la beli sikit |
|
haa ni dia kedainya....kami makan bawah payung kuning tu
ok lepas habis makan dan shopping.. kemas balik meja tokey kedai kami meneruskan perjalanan ke arah Mata Mata...excitednya lah..mana tempat yang tak excited kan...
|
sementara nak sampai ke Mata Mata kami sempat singgah di Pekan Taupo dan shopping merchandise All Blacks Original. Di NZ ni kalau nak beli tshirt atau topi All Black boleh cari di semua cawangan
Champions Of The World
|
contoh baju kanak-kanak |
|
dah beli tshirt utk diri sendiri dan keluarga |
|
sempat try topi.. |
ok selepas 1 jam 20 minit kami pun sampai di Pekan Mata Mata.. comel je pekannya... hiasan2 dlm pekan pun dah ala2 Hobbiton..Amboi kuat betul penangan The Lord of The Rings di sini. Almaklumla ini lah pekan terdekat sebelum ke perkampungan Hobbiton.
Kami akan tidur di sini 1 malam dan esok awal2 pagi akan trs checkout dan parking di I-Site Mata Mata utk naik bas ke Hobbiton.
ok ni gambar hotel kami di Mata Mata. Kali ni kami booking untuk 4 org per bilik. Ok sangat biliknya..besar dan selesa. toilet di luar tapi ok je bukan ada org mandi pun.
Day 3 Accomodation : Horse & Jockey Inn (Family Room : 1 bilik untuk 1 king bed + 2 single bed.. selesa sgt utk 4 orang
Harga : NZD100 (Agoda)
Countdown betul2 depan hotel ni... sangat strategik semua tempat jalan kaki je
|
gambar gelap sbb masih pagi |
sebelah malamnya kami dinner di Fez Kebab... makan kebab yang banyak tak terhingga...sepinggan RM33
papan tanda Matamata di tgh2 jalan... jgn lupa singgah
ok esok saya akan ceritakan pengalaman saya di Hobbiton pulak pada hari ke-4 ya... daaa
POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND :
No comments:
Post a Comment
Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye