Hari Ke 14 kami di bumi kiwi.. Rasa sayang nak check out dari Lake Tekapo. Dah la cuaca yang sejuk..mcm tak puas bermalam di tepi tasik ni.. Tapi apa kan daya byk lagi itinerary yang kami dah plan awal. Kalau keluar lambat alamatnya ramai org..
Seterusnya kami ke Church of The Good Sheperd. Kat sini biasanya lokasi stargazing pada tgh mlm. Tapi memandangkan kami pergi musim summer. Tgh malam nak tgk bintang maunya pukul 2 pagi memang tak terjaga la jawabnya.
|
pandangan Lake Tekapo dari bilik kami... |
|
bye bye Tekapo..jumpa lagi jika ada rezeki |
|
penjaga church di hadapan pintu. kami tak masuk pun.. |
Sebenarnya ini merupakan lokasi popular dan ramai orang. Siap ada pengantin dari China/Korea yang dtg photoshoot harini. Bas2 pelancong pun banyak yang berhenti sbb di sini view Lake Tekapo sangat cantik.
|
pandangan Lake Tekapo dari belakang |
|
lupin yang dah start blooming hujung bln 11 |
|
konon2 tak ada orang padahal ramai tu.. |
Seterusna kami bertolak ke arah Mt John Observatory. Nak naik ke atas ada fees tapi saya dah lupa. Tak mahal. Cuma perlu cekap sebab jalan naik ke gunung ni agak curam dan tinggi. Seriau jugak la sbb berbatu...
|
tutup jam 6 petang..kami sampai pagi masa ni... |
|
pandangan dari atas Mt John Observatory. kat sini ada tandas dan cafe |
|
cuaca masih berkabus sbb pagi lagi.. |
|
pandangan dari atas.. |
Seterusnya kami turun semula dan meneruskan perjalanan ke Mount Cook. Kami agak terlambat sebenarnya kerana perjalanan ke Mt Cook sepatutnya dimulakan awal pagi, jadi tak la panas utk kami tracking ke Hooker Valley. Ermmm nampaknya masa yang ada tak cukup utk kami berjalan sampai atas. Cuaca pulak sgt terik.. jadi reseki kami sampai setakat bawah sahaja. (separuh perjalanan, 30 minit) Sepatutnya habiskan 1 jam dan boleh smpai ke atas. Tapi Walaupun di bawah view sgt cantik dan cerah. Berbaloi berpanas terik.. layankan gambar.. semuanya cantikkkkk geram saya tgk gunung ganang tu...
|
post wajib atas jalan sbb kereta tak banyak.. tapi kena ada yang jd polis trafik.. takut mati katak pulak kat situ.. |
|
sebelum tracking dah bergambar sakan mana nak cukup duit.. |
|
sempat tukar jacket hehehe |
|
sepatutnya kami tracking sampai bawah tu...sob sob sob |
|
panas terik muka dah berkilat |
|
berteduh bawah pokok sbb tak tahan pns.. jacket pun dah tanggal.... |
POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND :
No comments:
Post a Comment
Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye