Sunday, February 10, 2019

Jeju Winter 2019

Anneyonghaseyo... bertemu lagi kita tapi kali ni di Jeju pulak.. lama dah teringin nak ke Jeju ni sejak cerita My Girl tgh femes lebih drp 10 thn lepas... Akhirnya dapat jugak jejakkan kaki.. excited!

Itinerary kami adalah sgt simple sbb kami hanya ada 2 hari full.. 2 hari lg travelling day...
Actually kalau nak puas elokla ke Jeju sekurang2nya dlm 4 hari full...
Tapi untuk belek2 gambar dan info yang minima boleh je belek sini.. nak tiru iti kami pun boleh.. kalau rajin follow la IG saya mmg saya dah asingkan gambar ikut tempat.. (tgk di keseluruhan ig)



Itinerary  26 Jan 2019 - 29 Jan 2019


Day 1 : 
  • KLIA 2 - Jeju
  • Lunch (seafood)
  • check in Jeju Stay Hotel
  • Shopping Dongmun Traditional Market & Jungang Underground Mall


Day 2 : 
  • O'Sulloc Tea Garden
  • Yeongmeori Coast
  • lunch (seafood)
  • Jusangjeoli Cliff
  • Camellia Hills
  • Hallasan National Park
  • Mystery Road


Day 3 :
  • Seongeup Folk Village (free entrance)
  • Tangerine Farm (free)
  • Seongsan Ilchubong
  • Lunch
  • Cheongjeyon Waterfalls
  • Wolljeongri Beach


Day 4 :
  • Yongduan Rock (Dragon Head)
  • bye2 Jeju


ok layan gambar-gambar terpilih di setiap lokasi..semuanya saya suka..semuanya rasa tak puas.. inshaAllah saya akan ke Jeju lagi summer nanti untuk mengejar bunga hydrangea pulak...

kami bertuah dpt berjumpa dengan canolla wpun masih di musim sejuk..canolla ni lebih meriah pada msim bunga iaitu bermula daripada bulan Mac-May

inilah motif utama ke Jeju musim sejuk..nak merasa mengutip limau jeju.. ala2 Yoo Rin My Girl tu

National Heritage Seongsan Ilchubong.. bersedia untuk mendaki...kalau tak larat boleh je bergambar di sekitar bawah..

Air terjun Cheonjeyeon ..tapi kami sampai ke 2nd waterfall je.. tak larat weh

Hallasan Mount... kalau nak jumpa salji lebih byk boleh la hiking ke atas...

Camellia Hill.. di sini pun kena byk berjalan dan boleh sesat.. ala2 Morning Calm Garden..bunga kat sini mengikut musim

Innisfree & Osulloc Tea ... cantik sini pandangan hijau je..tak perlu mendaki.. rata je ladang tehnya..

Woljeongri Beach - kerusi warna-warni yang femes.. masa ni dah lewat dan tersgt sejuk. jadi bergambar yg dkt2 je

Seonimgyo Bridge

ilchubong bahagian bawah.. kat sini boleh tgk show lady divers 

dgn salah sorang nenek penyelam tanpa oksigen

pintu masuk innisfree jeju house.. kecik je tempatnya..

jambatan gantung di Dragon Head Rock.. cantik tempat ni

cantik sgt camellia flowers ni.. pink

petik limau free tapi terhad 1 bijik je 

pintu depan Seongeup Folk Village

Mysterious Road



Jusangjeolly Cliff

Yongmeori Coast




**********************************

DAY 1 : JEJU WINTER 


Flight Air Asia kami adalah pada pukul 8.00 pagi.. kami berkumpul di KLIA 2 lebih kurang jam 5 pagi.. Rombongan kami seramai 13 org. Selepas berkenal-kenalan di situ kami terus ke counter T untuk selfdrop baggage. Pertama kali di KLIA 2 saya merasai pengalaman drop sendiri bag..Sebelum ni di CDG Paris dah pernah buat. Mudah je jangan risau.. yang penting sbl ke counter print dulu luggage tag di kiosk.. (ada byk kiosk).

Ok ni step2 untuk self drop baggage di KLIA 2:

1. Print luggage tag di kiosk
2. pergi ke counter (Jeju di T), scan boarding pass dan tag
3. Done

scan barcode
mcm kes kami, ada yang tak boleh scan barcode di boarding pass, jd perlu print ticket di counter sblh (ada staff). Untuk yang tak print ticket pastikan ke counter "check document". Kalau tak nanti akan sangkut di pintu departure yang paling depan tu.. Kan dah buang masa kat situ nak beratur semula.

tunggu di 1st entrance sbb kawan2 yang tak buat document check kena patah balik 

singgah solat subuh di surau slps clearance sebelum ke Gate


Traveler Declaration Form yang akan diberi di dalam flight. Jika datang berkeluarga boleh isi 1 sahaja 

Arrival card ni kena isi setiap orang walaupun berkeluarga

muka ada senyium sbb dpt seat berdua je..

bye bye malaysia

Hello Jeju....


perjalanan kami smooth saja sampai ke Jeju lebih kurang 8 jam.. waktu di jeju lewat sejam drp waktu Malaysia.. jd tambah sejam la..

sampai je di Jeju Airport kami disambut oleh private tour guide kami. Keluar je pintu Aiport terus disapa angin winter..wow nyaman betul..



Seterusnya kami dibawa menaiki bus comel yang mmg ngam2 utk 16 org.. Jom merasa makanan pertama di Jeju..




asam pedas katanya... besar betul ikan tu.. patutnya share je seekor utk 4 org.. sorg separuh mmg tak hbs. tapi menu ni saya tak recommend sgt sbb agak hasyir.. masa makan pns2 ok lagi..kalau bungkus bawak balik mmg terasa.. ini je la..yang hari2 lepas ni sedap je belaka

ni harganya..kami ambik ikan bakar 20k tu

seaweed compliment..boleh mintak refill 

ikan makarel bakar
dah kenyang makan kami trs check in hotel, refresh, solat dan keluar semula jalan kaki ke Gungnam & Jungang.. 

highly recommended hotel ni... bersih dan strategik boleh jalan kaki je ke Mall dan bersebalahan dgn convenient store

bilik berdua.. selesa...

toilet pun selesa... towel je kecik..tu standard korea la..

Gungnam & Jungang

2 tempat ni adalah connecting.. Jungang Underground Mall merupakan mall yang ada byk gate mcm Seoul jugak.. Gungnam pulak di bahagian atas... (mcm psr basah)

apa ada di sini? ada street food, ada seafood, ada shopping cosmetic mcm Nature Republic, Innisfree, Aratium, dan segala jenis Korean Brand Cosmetic. Souviner Jeju pun boleh dibeli di sini cuma harga barangnya takla murah sgt.. Boleh la sekadar kenangan. tapi utk Innisfree harga adalah sama dgn di Innisfree House Osulloc. 

tapi kalau jumpa Gate 2 boleh terus ke Daiso 3 tingkat.. tu best..sama mcm di Seoul jugak Daiso ni berhantu.. hehe .. oh ya...hot pack boleh beli di Daiso ni...

                                

                                        
waffle berbentuk sotong dalamnya  ada mozarella..sedappp 



buat peminat sashimi..murahhh

ketam cheese...perghhhh  sedap

coklat jeju..beli jenis jekiss ada tanda halal korea.. harganya 8000.. yang 15box 10000 tu lain


Expenses utk Day 1

Lunch 15,000  (ikan bakar 20,000 + ikan asam pds 35,000 / 4 pax)
nasi instant = 1200
susu pisang = 1300

**

selesai untuk hari pertama...esok saya sambung utk day 2 pulak ye.. nantikan gambar2 'racun' ...


DAY 2 : JEJU WINTER 

Sarapan disediakan di hotel ni seawal 6.45 pagi..winter memang cepat siang dan cepat malam. Harini kami decide utk keluar jam 8.00am sbb destinasi agak jauh dan banyak... Ini sarapan yang boleh dimakan.. saya cuma makan roti dan jem... tadi dah minum susu pisang..cukup la utk lapik perut..


sup seaweed katanya


gang posing.. sempat lagi sebelum naik tukar baju yang lebih tebal...

gambar perasan satu :D
O'sulloc Tea & Innisfree Jeju House

merasa minum teh oren free


green tea ice cream paling sedap...
                   

nyesal pulak tak beli jeju jem ni..tapi kena beli 1 set yang ada 3.. tempat lain takde dijual..cuma di Innisfree House

selesai melawat museum kami berjalan pula ke Jeju Innisfree House. Dalam tu ada dijual product2 Innisfree dan boleh juga join kelas membuat sabun sendiri. (ada bayaran dikenakan). Saya tak shopping pun di sini..sebab masa terhad. Ada baiknya saya habiskan masa di ladang teh di luar tu...






Yongmeori Coast

Seterusnya kami ke Yongmeori Coast. Alhamdulillah menurut guide kami, masa ni belum peak ..jadi tak ramai pelancong dan air belum pasang. Jika air pasang pintu masuk akan ditutup. 


jalan masuk ke pantai ni  pun boleh beli hallabong atau souvenier

Amusement Park ala2 funfair kita
cantik sgt ni kalau musim bunga penuh la canolla berlatarbelakangkan Gunung Sanbangsan tu





boleh beli hasil laut spt gamat dan dimakan terus.. 

kapal ni adalah museum..boleh naik atas free ya..especially untuk yang tak nak berjalan ke rock path tu..

gambar selebihnya boleh tgk di IG

lunch seafood 





di hadapan restoren ... lokasi berhampiran dengan Cheonjeyeon Waterfalls 
Cheonjeyeon Waterfalls
 Terdapat 3 tingkat air terjun yang mengalir terus drp gua. Kami cuma ke Air terjun ke-dua. itupun dah mengah teruk masa nak naik tangga ke atas.. masa turun memanglah tak terasa. Apatah lagi kami dah keletihan memanjat Yongmoeri Coast tadi.. Kalau ada rezeki kami cuba ke waterfall lain pulak..








selepas mengah naik tangga.. kami singgah la beli air halabong fresh membasahkan tekak.. memang nikmat terasa... sambil tu kena panjat lagi jambatan yang menyambung ke sebelah sana exit.. nak tak nak memang kena seberang.. sbb bas tunggu di sebelah sana


di mana2 ada grandfather stone ni.. gatekeeper katanya (belakang tu camelia tree)
sementara menunggu yang lain sampai sempat la saya berselfie dengan camellia ni..


Jusangjeolif Cliff 


apa istimewanya jusangjeolif ni? Ianya terdiri daripda batu2 berbentuk hexagon yang secara semulajadi terbentuk daripada gunung berapi.. sekejap je kami di sini..orang dah ramai..nak bergambar pun agak susah...Ada bayaran masuk ke sini...





Camellia Hills

Bagi saya tempat ni biasa2 je.. boleh la skip kalau tak cukup masa..sbb nak masuk ke dlm ni agak luas (lebih kurang sama spt Morning Calm Garden). Dan tempat ini akan lebih menarik pada musim summer atau spring. Masa winter bunga yang ada hanyalah camellia.. (boleh nmpak di tempat lain juga). Ok layan gambar dan muka penat kami berjalan pusing park ni..











Hallasan National Park

Masa ke sini harapan kami agak menipis utk bermain dengan salji sbb dah petang..pintu dah ditutup utk naik ke atas.. agak kecewa tapi nak buat mcm mana itu bukan rezeki kami..kebetulan memang salji tak turun pulak 2,3 hari ni..jd salji yang bawah2 tu memang dah cair..layankan je gambar asal ada ni..hehe





Mysterious Road

Dekat je dengan Halasan ni..bagi saya takde la berminat sangat nak pergi sebab dah biasa tgk video ... mungkin kekecewaan di Halasan tu buat saya hilang mood sikit lagipun seharian berbaju tebal rasa penat...

apa ada di sini? nanto boleh google video di mysterious road ni.. ada 1 spot bus akan matikan enjin dan bus akan bergerak sendiri 'mendaki bukit' katanya. Padahal ilusi optik sebenarnya turun bukit. Dah byk tempat2 mcm nia antaranya di Bukit Magnet, Madinah dan di Sabah pun ada. 


ok tamat harini... kami dihantar pulang ke hotel. Mandi, solat.. dan cepat2 bergegas ke Dongmun Market. Jungnam Underground ditutup awal hrni disebabkan harinia dalah hari Ahad. Lebih kurang pukul 6 kalau tak silap. 



Beli sebiji je utk rasa ..sbb sebelum ni rasa yang kecik.. yang berbentuk mcm ni (halabong) baru nak rasa..rasanya tak semanis yang kecik..



Total Expenses Day 2 

Yongmeori = 2k
Green tea ice cream O'Sulloc = 4500/2 = 2300
Lunch = 15k per pax
Orange Juice = 3k
Hallabong 1 bj = 3k 
waterfall = 2k
Camellia Hill = 2k
Jusangjeoli Cliff = 2k


DAY 3 : JEJU WINTER 

Seongeup Folk Village

Free entrance. Paling best ada local guide yang menceritakan tentang sejarah2 dan fungsi setiap bahagian rumah. Jeju pada zaman dahulu sangat mementingkan anak lelaki dan lelaki dewasa kerana mereka hampir pupus pada zaman perang. jadi memang terdapat diskrimasi gender dgn kaum wanita Jeju. Wanita Jeju memang perlu gigih bekerja (termasuk menjadi penyelam penangkap hasil laut). Jeju juga dikenali sebagai angin, wanita & batu. 3 elemen ni sgt penting di Jeju. (memang penuh dgn batu dan berangin kuat). 

Seleapas diterangkan serba sedikit, kami diberi merasai madu dan air blueberry yang diperap selama 3 tahun. 2 thn di atas + 1 thn di atas tanah (dlm bekas khas). Memang sgt sedap.. Dan paling penting minuman ini diminum oleh penduduk Jeju utk menerangkan penglihatan. (penduduk Jeju jarang berkaca mata). 

Ramai jugak ahli kumpulan kami yang membeli madu blueberry ni.. termasuk lah saya.. Tanpa alkohol jangan risau. Harga : KRW50k

tekun mendengar penerangan

ni la gang kami...semuanya mcm family..sporting
bekas di depan tu utk memeram buah blueberry yang dicampur dgn madu selama 3 thn.. mmg sedappp.. bakul di sebelah tu pulak utk dijadikan bekas utk menidurkan bayi.. 



ralik mendengar sampai lupa nak bergambar...

cantik kampung ni...jangan tak tau kampung ni memang didiami sehingga sekarang.. diver wanita tertua juga tinggal di kampung ni..

merenung masa depan..
wind, women & stone.. di mana2 ada batu ni.. free je cuma korek ...

pandangan pada musim winter.. boleh bayangkan kecantikan pd musim bunga

ada kdrama yang pernah shooting di sini.. the Jewel Palace ke apa entah namanya
pintu masuk...orang ada2 je yang boleh lalu pintu pagar ni pada zaman dahulu
patung batu atuk yang pertama di Jeju dan original katanya...

Selain daripada Seongup Folk Village ni, ada 1 lagi perkampungan bernama Jeju Folk Village (kami tak pergi). Tapi saya cadangkan kalau ada masa boleh la pergi ke sana. Selain drp lebih besar, kat sana boleh merasai pengalaman memakai hanbok di dalam kampung selama 4 jam. Tiket masuk 10k
sewa hanbok 4 jam 10k-30k

Tangerine Farm

Hari yang ditunggu-tunggu... dah lama aim nak jadi Yoo Rin mcm kdrama My Girl tu..Alhamdulillah rezeki kami dapat masuk ke ladang limau jeju tanpa ada sebarang caj siap dpt pungut free. Tapi limitnya 1 biji sorang..jadi lah.. kalau nak makan lebih boleh beli je






selepas pungut buah, bergambar dan membeli belah product2 limau ni, kami singgah makan tgh hari di kedai seafood..bagi saya ini makanan paling sedap sepanjang di Jeju.. ikan goreng rangup tu ... seafood dlm sup tu sgt yummy... aduh terus terliur.. tapi kalau ditanya apa nama kedai mmg taktau.. sbb tulis Korea... yang saya tau dekat sgt dgn Ilchubong entrance...

aneka side dishes

ni nama kedainya

ikan goreng tu mashaAllah sedapnya

byk sgt isi dlm sup ni utk setiap orang..puas hati 13k per pax

Seongsan Ilchubong 



lady diver yang bersuit hitam tu..bayangkan diorg selam tanpa menggunakan tong oksigen dalam air sejuk membeku tu..hebat betul nenek2 ni. untuk generasi muda katanya dah takde yang bekerja mcm ni.. Nanti lambat laun akan pupus la pekerjaan ni...

nampak tak tangga2 tu... jenuh panjat

kawasan parking di bawah

daripada pandangan atas.. kalau kita jalan kaki mmg tak nampak mcm ni

pastikan sampai sebelum 1.30 atau 3.00pm jika nak tgk Jeju Woman Diver performance


angin kuat masa ni.. itu yang buat kita rasa lebih penat drp biasa




di sini pun boleh makan2 seafood yang ditangkap oleh divers2 tadi..


ok sebelum saya lupa nak share, jika tak nak naik ke atas, visitor boleh je minum2 air jus oren atau singgah Starbucks di bahagian parking... ada byk juga kedai spt Innisfree, Nature Republic, kedai souvenier dan juga street food... sorry lupa nak snap masa ni. Saya pun ada beli fridget magnet harga 3k .. agak mahal tp itu je yang sempat..yang penting ada tulis Jeju.

Seopjikoji Light House & Canola Farm









Rezeki kami dapat berjumpa dengan canola pada musim sejuk.. walaupun bunganya tak sepanjang jalan macam musim bunga.. kami tetap bersyukur Alhamdulillah.. cantiknya...

Selain drp view yang cantik, di sini juga merupakan lokasi pergambaran All In. Church yang dlm cerita tu masih ada tapi sudah tidak semeriah dulu. 

Di parking pula ada dijual sotong bakar dan lain-lain.. Jadi jika tak nak panjat bukit boleh la makan2 di sini..kami pun tak naik sampai ke light house dan letih.. jadilah ambil gambar dari jauh lighthouse tu...

Woljeongri Beach

Woljeongri beach ni sebenarnya sangat cantik penuh dgn hipster cafe.. tapi kami dah agak lambat masa ni.. dah lawat petang.. driver kami hanya bekerja mengikut waktu pejabat.. (semua driver jeju mcm tu). Jadi ambil gambar sikit2 pun cukupla..ada ahli rombongan dah tak larat nak join sbb sejuk sgt masa ni dah petang...so jadilah saya sorang2 di kerusi tu..gigih kan.. 
Total Expenses Day 3 :

Entrance Seongsan Ilchubong =  2k
Air Blueberry = 50k
Makan = 13k

DAY 4 : JEJU WINTER 

Jeju City

Hari terakhir di Jeju Sebelum check out saya dan roomate sempat berjalan2 sekitar Jeju. Saya borong susu pisang dlm 11 botol utk anak2..sebab diorg mmg suka sgt.. Lagipun disebabkan saya tak shopping byk, luggage KG saya byk lagi lebih.  

Jeju Mok - Government Office








tiket masuk murah je




kami beli susu pisang di 7eleven dpn  Exit 10 ni

Yongduan Rock

Yongduan Rock ni sangat dekat dgn Airport..jadi boleh allocate kan masa terakhir sebelum terbang pulang.. Cantik tempatnya. ada juga tempat shopping kalau last minute terasa nak beli



ada rupa kepala naga?

konon2 tunggu bas..padahal naik bas sewa khas 

jumpa kawan baru Korean

titi ni wajib posing...lawa sgt



bunga seakan2 kobis


melihat badan naga yang terputus katanya...




Jeju Airport

Walaupun kebanyakan brand terus tolak harga tax (immediate tax refund), masih ada yang setengah2 barang perlu claim di Airport. Tak susah pun sbb Airport Jeju kecil je. Mula2 isi dan bawa resit tax refund ke counter Kastam (sebelah dgn 7 Eleven sebelum masuk ke clearance). Kemudian boleh claim di  counter tax refund di sebelah Gate menunggu (hujung sekali). Gate 12 kalau tak silap.

customs declaration sebelah 7 eleven

beratur sebelum masuk ke gate.. tapisan di sini tidak ketat. Baik2 je orangnya.. banyak membantu...


Sepanjang di sana saya menyewa pocket wifi Roaming Man. bayar online dan collect di KLIA 2. Untuk Korea, charge adalah RM12 tapi ada diskaun menjadi RM10 per day. Laju dan tak makan bateri.. terbaikkk...







hasil memborong susu pisang.. yang oren tu tak sedap...yg plg sedap of course la biru sbb tak manis.. yang hijau tu sama mcm Family Mart jual agak manis..
Jekiss ni diiktiraf halal oleh Halal Korea

ada logo halal
Ada byk perisa Jekiss ni ... Green Tea, Hallabong & Cactus. Walaupun tak ada logo halal kandungan di dalamnya lulus.


Ok ni merupakan info yang saya dapat daripada Jeju Tourism untuk memudahkan sesiapa yang plan nak ke Jeju tahun ni..

Musim apa di Jeju? 


di mana nak beli Souvenir di Jeju

Boleh beli di attraction seperti Ilchubong, Yongmoeri (jalan masuk), dan saya ada jumpa keychain murah di Jusangjeoli Cliff (slp counter ticket). Kalau tak sempat boleh je beli di Gungnam Underground. Tapi letih sikit la nak bargain.. Dan harga2nya tak murah tau..jangan banding dgn di Seoul memang jauh berbeza.. 

Jeju Perlukan VISA?

tak perlu (jika Warganegara Malaysia)

Pengangkutan di Jeju

Kereta sewa
Bus sewa (private tour)
Teksi (boleh sewa per day)
Bus Awam

Tandas Awam di Jeju

Jangan risau...banyak je tandas awam especially di tempat2 pelancongan. Yang penting bawak botol dan wet tissue ya.. :D


******
ok next entry saya akan share Muslim Friendly Restauran di Jeju. Apa maksud Muslim Friendly tu...tungguuuu....

2 comments:

  1. Sis,mandarin jeju boleh bawa balik ke Malaysia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh dear nnt kena tahan di airport.. sbb oren salah satu hasil pertanian.. takut bawak masuk bakteria

      Delete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye