Sunday, July 14, 2019

Itinerary Jeju Summer 2019 (6 Hari 5 Malam)

ok jumpa lagi kita di Jeju ...kali ni summer pulak.. 

..

untuk trip2 Jeju lain boleh tekan sini ya All About Jeju 

Day 1
Arrived Jeju at 2 pm
To sum guesthouse 
Check in
Free n easy

Day 2

Mysterious Road
Cammelia Hill park 10k
Yellow Cafe
Jusangjeongli Cliff 2k
Cheonjeyeon Waterfalls 2k
Yongduam Rock Dragon Head


Day 3
Jeju Folk village 
Hallim Park
Hupjae beach
Yongmoeri Coast

Osulloc tea garden


Day 4
Seongsan Ichulbong 2k

Seojipkoji 
Venice land 12k
Gondola 10 k


Day 5
Check out from sum guesthouse to jeju stay hotel
Hallim park 10k
Swiss village 
Monsant cafe
Kim Sunflower Farm
Boromwat (cancel. no more lavender)
Jeju Kimnyoung Maze Park 
Woljeongri beach
Dongmun market n Jungang market cari souvenir (night)

Day 6
Free n easy
Iho Tewoo Beach (2 horses-shaped lighthouse)
E Mart (shopping banana uyu)
To airport
Bye2 Jeju

.
.
Day 1 :
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba..lama ni kami beli tiket setahun yang lalu..masa ni memang target nak pergi summer sbb nak tgk hydrangea.. semoga impian kami tercapai la...

Flight kami pukul 6.50am jadi seawal 4.30am kami dah berkumpul di KLIA 2.. trip kami kali ni adalah lebih kurang 12 orang dan muat untuk sebiji bas mini.

Preparation ke sana
Mulai 1 Julai 2019, semua barang makanan yang berasaskan daging & ayam perlu 'declare' semasa masuk ke Korea Selatan. Isi je arrival card & declaration yang diberi di dalam kapal terbang tu..ni cth borangnya..



tick YES utk item 5 jika ada bawa makanan dlm tin .. saya pun bawak

lupa pulak nak snap gambar makanan yang saya bawak.. tapi Alhamdulillah semua makanan saya bawak lepas dan saya declare..masa bagi travel declaration card tu dia ambik je tak tahan pun...jadi kami pun keluar dgn riang gumbira la ..kesian kat kes yang sehari sebelum tu habis kena rampas makanannya...benda ni bergantung pada nasib dan rezeki la.. saya pun tak berani bawak banyak2 sbb tau biasanya tak habis pun...kalau kena rampas pun redha je la sekurang-kurangnya dah declare tak kena denda mahal..


nampak tak muka happy dpt beli susu pisang kesukaan..padahal baru 2 bln lps minum ..


1400 won standard di Jeju..Airport ke mana ke sama je.. kalau rajin beli la di Emart dpt harga murah


dah naik teksi..harga dlm 4500 won ke hotel.. murah je sbb dekat

 amboi tak sabar nak enjoy Jeju ye...

kami naik teksi dan pergi makan di sini..  senang je tahan teksi dan tunjuk alamat tempat ni dalam hangul (bahasa Korea).. (thank Have Halal Jeju)
















ok ini makanan yang kami order... tapi kalau ditanya saya..saya tak recommend sgt kedai ni sbb harganya lebih mahal drp kedai2 seafood muslim friendly yang lain..layanan pun kureng sikit...

lepas kenyang makan kami balik ke hotel untuk rehat dan bersedia untuk berjalan esok...tak sabarnya nak jumpa hydrangea

Day 2 : 

Mysterious Road
Cammelia Hill park 10k
Yellow Cafe
Jusangjeongli Cliff 2k
Cheonjeyeon Waterfalls 2k

posing dulu sebelum driver bas datang ambik kami jalan-jalan...

ok dah sampai Mysterious Road..biasa je tempat ni bg saya boleh je skip...
kat sini mcm bukit magnet di Madinah yang boleh mati engine tapi kenderaan akan berjalan sendiri... tapi kepercayaan diorang hantu2 kat jalan tu la yang tarik .. ok dengar je la

Destinasi ke-2 ke Camellia Hill... sini la tempat yang ditunggu-tunggu utk jumpa hydrangea.. tapi hujan la pulak..takpe kami mmg dah sediakan payung daripada Malaysia lagi... sbb sebelum datang memang dah tengok weather forecast dan tau mmg akan ada hujan...

haa dah masuk ke Hydrangea festival ni... tempat paling canti adalah di area Green House/Cafe.. mmg lawa sgt



























































haa ambik...bergambar sampai lebam

dalam Cafe 







































di luar Cafe/Green House... cantiknya lah... walaupun hujan sikit..payungkan ada...




















ok dah puas bergambar dengan bunga-bunga hydrangea ni kami bertolak lunch di Muslim Friendly Restaurant... seperti biasa kami order stew/soup seafood termasuk abalone.. kali ni sedap drp smlm... kawan2 lain ada yang order abalone porridge dan juga ikan silver yang panjang tu...portion makanan di Jeju ni besar2 elok la share je..tapi kalau lebih drp 2 org selalunya dia x benarkan..makanan luar pun tak dibenarkan masuk kedai..jadi jika ada yang nak mkn bekal terpaksala makan di dlm bas atau di luar kedai..

kami biasanya share 4 org semeja dan 2 org per set... yang dlm pot atas api tu ramen yang akan dimasak ...ramen tu warna hijau... taktau la apa rasa lupa nak try sbb mmg tak minat ramen...

meja sebelah order abalone porridge..rasa mcm moi nasik yang kita selalu mkn di Malaysia

silver fish yang kawan2 meja sebelah order




























abalon yang akan masuk ke dlm ramen sup tu


sempat bergambar di hadapan kedai makan ni..maaf tak tau nama kedai.. tp kedai ni dekat sgt dgn attraction Cheonjeyon Fall.. tak sampai 5 minit dah sampai hehe

Ok seterusnya kita sambung perjalanan ke 3 tier Fall yang terkenal ni.. tapi disebabkan kena mendaki kami cuma singgah di Cheonjiyeon Pond.. (kolam biru).. yang 2nd fall dah pernah pergi masa winter dulu...


terpukau kami bila first time nampak reflection air tu.. cantiknya


kalau dah ke sini jangan lupa cari jambatan cantik Seonimgyo Bridge ni

lepas penat2 berjalan kami singgah beli air limau fresh..rasa segar sikit tekak dapat minum air sejuk ..

jeju punya style mmg suka tebuk tutup botol letak straw tu..
ok next destination kita ke Jusangjeoli Cliff pulak

Kat sini mmg ramai orang biasanya..tangga yang sempit nak ke view deck tu akan kurang selesa bagi saya..nak bergambar pun kena berebut-rebut..jadi saya tak recommend juga ke sini... bukan boleh tgk dr dekat pun cliff dan batu2 hexagon tu...








lepas bergambar di sini kami sambung perjalanan yang tak jauh mana pun ke Yellow Cafe & Play KPOP... play kpop tu tak masuk pun sbb byk habiskan masa di Yellow Cafe.. bergambar di depan je..siapa yang nak masuk Play Kpop ni jgn lupa bawak sekali thumb drive ya...

katanya ice cream ni sedap ala nyesal pula tak rasa... kena pergi lagi ni... kalau ambik coupon KTO ada diskaunt jgk utk cafe ni































pinjam gambar Cik Ayu kita.. Ayu ni la yang banyak berjasa ambik gambar lawa2..

ok tamat lawatan ke Seogwipo harini...otw ke hotel kami singgah Yongduan Rock Dragon Head .. sini mesti la singgah nak beli sotong kari bakar..saya ada ceritakan di post Jeju Spring

no sauce tau... 8000 won



ok post hari ke-3 kita sambung later2 ya...



















































































































































































package : Adila Reza Travel 013-668 2923

boleh juga refer blog Jeju musim-musim lain di bawah ni ya..

Jeju Summer 
Jeju Spring


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye