Sunday, July 13, 2014

Photobook Perth

Dalam banyak2 lokasi akak pilih Perth dulu sebab tak banyak sangat gambar.. bab2 memilih gambar tu yang sangat pening... tapi kali ni berpuas hati dengan photobook sebab cepat je siap.. upload hari Sabtu , hari Rabu dah dapat... best je check tracking kat website derang tgk status bertukat ke shipping... ok lepas ni PB Korea, Raya & Cameron Highland pulak ye...





Resepi cornflakes cruncies yang mudah





Menjelang hari ke 14 Ramadhan, akak dah start buat kuih raya .. seperti biasa setiap tahun memang tak banyak jenis pun.. dan yg gambar di atas ni memang wajib.. sebab semua suka.. kalau makan susah berenti... bukan akak cakap...husband akak yang cakap... hehe

ok ni resepinya ya.. senang yang amat.. selamat mencuba...


CORNFLAKES CRUNCHIES (1 Adunan)
  • 1/2 cawan gula castor
  • 105g mentega
  • 1 butir kuning telur
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence
  • 3/4 cawan kismis (optional)
  • Ceri merah (optional)
  • Cornflakes 1/2 kotak


1. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan. 
2. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2. 
3. Masukkan tepung dan campurkan keadunan telur. 
4. Masukkan kismis dan cornflakes. 
5. Masukkan kedalam cup dan dihias dengan ceri.
6.Bakar selama 160 darjah celsius 15 minit dalam ketuhar atau sehingga keperang-perangan.





macam akak smlm terus buat 2 adunan.. dapat la dalam 5 balang kecik..  malam sebelum tu akak buat 2 adunan untuk makan2 sendiri.. so total untuk raya kali ni 4 adunan iaitu 2 biji mentega 2 kotak cornflakes