Thursday, April 18, 2019

Itinerary India & Kashmir April 2019 (Day 1)





Fakta mengenai Kashmir : 
  1. 95% penduduk Kashmir adalah Muslim. Tak payah risau makanan di sana, semuanya halal. 
  2. Penduduk Kashmir sangat Tourist Friendly sebab, sumber ekonomi mereka bergantung kepada pelancongan dan kebanyakkannya boleh berbahasa Inggeris. 
  3. Kashmir mempunyai 4 musim. 
  • Musim Salji, Bulan Disember – Mac. 
  • Musim Bunga, April – Mei. 
  • Musim Panas, Mei – Ogos. 
  • Musim Luruh, September – awal Disember…


Kesemua musim cantik-cantik viewnya, kerana Kashmir dikelilingi kawasan bergunung ganang, boleh pilih musim mana yang sesuai.
  1. Tradisi mereka – Sentiasa meminta tips untuk apa jua pertolongan yang diberi (so,sediakanlah duit kecil untuk standby). 
  2. Kat tempat lawatan atau membeli belah, kena pandai tawar menawar (bargain). 
  3. Sebelum dua minggu fly, kena mohon VISA. Boleh buat secara online atau menggunakan agent. Kami guna agent je bayar RM400, risau tak menepati citarasa immigresen disana. (India sangat straight).
**** sumber hasil drp gugel blog2 Kashmir





Bismillah.. semoga perkongsian saya ini dapat membantu serba sedikit utk rakan2 yang akan mengembara ke Kashmir dan India.. Saya akan cuba berkongsi sedikit demi sedikit apa yang saya ingat. 


Itinerary 6 hari Delhi-Kashmir-Agra



ok Itinerary dah share... meh saya sharekan tips2 semasa di Airport. Bare in mind, selama saya mengembara saya rasa airport di India la yang paling cerewet entah apa2 ... bukan nak menakut-nakutkan tapi sememangnya agak scary.. mcm blur2 kami masa tu.. tertanya-tanya what's next? sampai kan dah di luar airport nak naik kapal terbang dah pun masih kena scan badan yang entah kali ke berapa kena raba oleh polis wanita (sigh).


Step2 di Airport Indira Ghandi (Delhi): 

1. Selepas tiba di International Airport pukul 11 malam, kami ambik baggage dan keluar ke ruang luar sebelum pintu airport. Rehat2 kan badan, charge handphone di charging port (ada byk), solat dan tukar baju.

2. Pukul 2 pagi kami start bergerak ke arah domestik terminal.
3. Check point 1 : Askar

Sediakan booking flight itinerary yang ada senarai nama mengikut booking number yang sama. Contohnya jika ada 5 org pastikan kesemua beratur sekali. Yang depan berikan printed booking itinerary ni (kalau ada ticket terus tunjuk ticket) bersama2 dgn passport dan VISA. then boleh la naik lift ke atas (departure).

Ingat ya VISA + booking no + passport 

4. Check point 2 : Askar
benda yang sama dia akan check. Make sure ada pegang booking itinerary lebih sbb biasanya askar yang bawah td akan simpan tak bg balik. Jika tak ada document di checkpoint kedua ni akan bermasalah utk masuk ke dlm terminal domestik.

5. Checkpoint 3 : Askar  (sama jugak)
6. Check in baggage di counter. Dapat ticket dan drop baggage.
7. Checkpoint 4: Scan badan dan semua barang termasuk handbag. Masa Scan badan make sure dia chop di kedua belah kiri dan kanan ticket.

8. Boleh masuk dlm terminal, nak solat subuh di Surau (terminal 3) atau boleh je solat di ruang duduk yang luas. Kami solat di dalam gate je.

9. Dalam Gate ni ada disediakan kerusi yang boleh baring tu, selesa la kalau sempat grab. Ada byk charging point jugak. Nak shopping pun boleh.

10. Bersedia utk boarding.

**ada yang pernah share hand carry akan diselongkar. Pengalaman kami tak kena. 



Step2 di Airport Srinagar (Kashmir): 

1. Slp mendarat terus ambik bag
2. Isi borang ketibaan (foreign). Borang ni panjang dan perlu byk info cthnya number flight drp Malaysia, flight ke Srinagar, No. Visa, alamat tetap. alamat di Kashmir dll, nama agent di Kashmir. Isi dengan tenang jangan kelam kabut. Lepas isi pastikan snap sbb nanti masa balik akan isi lagi sekali. Refer gambar di bawah.

3. Hantar borang ketibaan + passport di counter sbl keluar Airport. Jika dalam group biasanya akan ambik masa yang lama. Kami sempat makan sementara menunggu. Aduhai mmg menduga kesabaran. Kita ni dah la penat drp smlm tidur tak betul kan.

4. Ok selesai semua dah boleh keluar airport. Masa ni akan ada ramai local yang akan offer angkat bag. Jika tak nak byr tips boleh la angkat sendiri. Tapi kami byr je sbb takde siapa yang sanggup nak angkat bag ke atas bumbung Mini bus yang tinggi tu ..

ok ni gambar yang sempat saya snap.

pastikan 2 chop kiri dan kanan tanda lulus scan di tiket. Sangat penting

borang arrival isi dlm kapal terbang
registration form ni yang perlu diisi semasa sampai di Kashmir dan sbl balik Malaysia, snap la borang yang telah diisi jd takde la tercari2 info masa nak balik nanti

sample visa yang WAJIB print color. kalau boleh buat la 2 copy mana la tau kot kotor ke koyak ke. simpan di tempat berasingan. 
Airport Delhi.. cantik..antara airport terbaik dunia

berjalan menuju ke arah Gate ke Srinagar

charging port..semua pemiliknya org Malaysia :)

semua toilet ada gambar..senang cam

tempat kami lepak sbl masuk ke domestic terminal

lapik kain pun ok... kami solat isyak di sini

sbl masuk ke dlm terminal...

muka ada happy sbb bag dah settle check in

keluar je ke parking disambung 'mesra'

kami bayar upah diorg angkatkan bag ke atas van.. share sorg skit tak terasa pun

salah sorang drp guide hensem...

ok ni saya sharekan antara budget yang perlu disediakan bagi setiap attraction. Perbelanjaan adalah berbeza terpulang kepada kepandaian bargain ya. 


ok untuk budget di Gulmarg & Pahalgam tu adalah option. Tak semestinya kita ambik semua activitities tu. Ni activities yang saya pilih :

Gulmarg :

Masa sampai kami pilih berjalan kaki 1km. sebab masa tu masih teduh dan teruja nak bergambar. Pendapat saya, ambiklah option ATV atau naik auto (macam tuk tuk). sbb berjalan kaki agak memenatkan. Jimat tenaga utk main di atas nnt.. 

pandangan drp pejalan kaki... yang bawah tu laluan sledge... kuatnya diorg ni tarik ...

di dalam cable car/gondola

auto (tuktuk)

view semasa berjalan kaki.. mmg lawa sgt rumah2 ditenggelami salji..

world highest cable car... tak gayat sgt pun dont worry...
sorry tempat semat tak muat nak snap

pandangan drp atas gondola ...salji yang memutih wpun dah masuk pertengahan April... 

haaaa tudia dah start golek2.. but tu sewa sbl naik ke atas.. 100 rupee je berbaloi drp nak kotorkan but sendiri...

snow bike .. yang ni boleh bawak sendiri atau membonceng...gayat jugak tau masa turun...mau luruh jantung jugak..siap jerit slow down slow down... kakak tak biasa naik motor dik :D


ni la baiya yang bawak kita... dia akan berenti dan snap gambar...tunjuk je nak gaya mcm mana..sporting je diorang ni

ni baiya yang tolong baling2 salji ...bukan main tau idea diorg..kakak suka la
                   

ahli rombongan kami ...haa dah bersedia dah tu nak pecut

tudia bergambar ramai2 dgn baiya sekali join..bab lembar2 salji tu yang tak tahan... konon2 snowfall la

sledge ni saya naik utk ke atas sampai gondola drp tmpat snow bike tadi je..cuma 100 rupee..jadi la boleh jgk bantu ekonomi diorang hrtu...
                    

ski..yang diorg akan ajar jgn risau...spt biasa kakak nak merasa semua benda..
                    

lepas turun gondola mmg tak mampu dah nak turun ke parking kereta...so kami sewa Atv (dgn driver) 500 rupee sehala.. boleh tgk IG ada video...




ok tamat cerita di Gulmarg.. nanti kita sambung cerita hari2 seterusnya ya... terlalu byk nak diceritakan mau sebulan tak habis ni...:D


sementara tu saya sharekan gambar2 sebelum kami sampai di Gulmarg.

depan restoren punya lah lawa view...




makanan pertama kami makan di Kashmir.. makan kenyang2 sbb lepas ni byk activiti salji

view stop ..lawa sgt...

Lepas main salji di Gulmarg, kami pulangkan boot dan dibawa shopping di kedai saree ni..sempat la kami menumpang surau kedai ni utk solat jama' zohor & asar. Alhamdulllah selesai utk harini dan seterusnya menuju ke hotel di Srinagar lebih kurang 2 jam.. makan malam dan tidur. Saya tak sempat makan malam pun sbb kepala dah pening kena hjn masa main salji td.. 







Day 2 : PAHALGAM (Mini Swiss vs Aru Valley)

Semasa kami hendak ke Pahalgam kami diberi pilihan samada memilih berkuda 3 jam ke Mini Swiss atau berkereta/jeep ke Aru Valley. Di sini pun boleh berkuda mengkut masa yg ditetapkan oleh kami. 

Saya ada juga study dan tanya pengalaman kawan2 yang dah pernah sampai ke Mini Swiss. Rata2 mengatakan seperti agak serik kerana keadaan yang agak curam. Risiko kalau jatuh dan memag ada yang pernah jatuh dan cedera. Lagipun tempoh yang lama berejam2 berkuda tu membuatkan saya agak gerun. Almaklumla kita datang nak bercuti dan berseronok kalau sakit2 badan tak best la kan. Akhirnya kami berempat memilih Aru Valley & Batab Valley. Manakala lagi 12 org memilih Mini Swiss. 

Jadi saya ceritakan pengalaman di Aru Valley & Batab valley saja. Untuk mini swiss boleh la baca di blog2 lain ya. Tak adil utk saya ceritakan jika saya tak mengalaminya sendiri. 

inilah Aru Valley. 

Kami memilih untuk berkuda selama sejam. Sangat menarik kuda tu bawa kami ke batu2 & air2 spt sungai. ponyman pulak menjaga kami setiap 1. ponyman saya sangat baik memang tak dilepasnya pony tu. kejap2 dia berhenti ambik gambar dan video menggunakan hp saya. Memang saya bg dia pegang sbb takut terlepas. Tgk la tu hajat saya memakai skirt labuh sambil berkuda. Walaupun kotor dgn tanah sbb masa ni gerimis.

Bayaran kami 1000 rupee utk 1 kereta (kongsi 4 org sahaja). dan bayaran pony pulak 150 per kuda. murah sgt kan. selebihnya terpulangla nak bag tips berapa..biasanya kami bg 100 rupee utk adik2 ni. umur pun muda2 lagi belasan thn je.

Apa boleh buat di Aru Valley?

1. berkuda
2. shopping jaket kulit (1500 rupee)
3. boleh stay di sini ada byk hotel cantik mengadap gunung ganang.

ok saya sharekan gambar2 sepanjang kami di Aru Valley. cantik tau. Saya paling rindu tempat ni.


driver kami sepanjang di Kashmir, Basheer

kami berpecah di sini.. ni gang2 yang akan ke Mini Swiss manakala kami menunggu driver ke Aru valley sampai

bergambar dengan ponyman2 ..puas diorg pujuk naik kakak takmau..

buat videoclip di sini...

merenung jauh... inshaAllah akan ke sini lagi

hanya kami berempat memilih ke sini. Rare tapi tepat

pony ni bawa menyelusuri rumput dan air. terjerit-jerit kecil tu biasa. Almaklumla first time. 

keadaan agak gelap masa ni sbb baru lepas hujan. tu salah satu sebab kami taknak ke kawasan curam..takut licin

adik2 ponyman.. yang baju kelabu tu baru 16 tahun.. yang baju coklat tu mcm amir khan kan...

lepas naik kuda bz shopping jacket kulit pulak. kuitnya lembut dan lebih murah drp di bandar. 

all the best adik2... 

gambar di ambil oleh Feroz, driver kami di Pahalgam ni. baik orangnya..pandai pulak tu capture photo. 


ni hotel2 di Aru valley. Romantik kan dpt duduk di sini mengadap gunung ganang yang bersalji





 

sempat buat vclip hindustan kat sini :D

thanks Feroz... cantik gambar (dia bkn faham BM pun hahaha)

haa ni la Feroz... jumpa lagi inshaAllah.. siapa2 nak hire dia jd driver di Pahalgam boleh comment di bawah. 


BETAB VALLEY

Seterusnya Feroz bawa kami ke Batab Valley. sini pun cantik ala2 Sonamarg. ada kampung, ada air sungai yang jernih. Tapi kami cuma sempat sekejap je sini sbb dah kesuntukan masa. Almaklumla dah berlama2 di Aru tadi. 

ada bayaran masuk












cantik kan... bestnya kalau dpt mandi sungai ni kan..tapi air salji tu..hahhahaa

lepas balik daripada Pahalgam, kami singgah di ladang mustard & ladang apple. Rezeki kami dpt tgk bunga2 apple yang sangat cantik spt bunga sakura. 


di ladang mustard ni jgn la dipijak2nya tanaman tu..kesian petani2 tu sumber ekonomi diorang



ladang mustard

ladang apple



ok sambung hari ke-3 nanti di Gagangir, tulip dan Dal Lake












package : Adila Reza Travel 013-668 2923



3 comments:

  1. Cantik2 photo. Details info. Seronoknya di Kashmir. Memang berbaloi ke Aru Valley kan..Memori indah setelah sekian lama mengimpikan hendak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sbb sudi singgah blog ni..ya sgt berbaloi ke Aru..saya tumpang gembira dpt kongsikan pengalaman dgn kawan2 yg bakal ke sana..

      Delete
  2. Perjalan hari ke 3 dan berikut nya sdh ada jah?

    ReplyDelete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye