Tuesday, March 27, 2018

Trip shopping ke Ho Chi Minh 2018

Ini merupakan trip kali ke-3 saya ke HCM berturut-turut setiap tahun.. tapi saya sharekan juga di sini info yang berkaitan sementara masih ingat..kalau dah lama nnt takut lupa ...

1. Tiket Malindo Air : RM381.60 (free 30kg utk 2 bag) * selepas Dec 2017 hanya 25kg unlimited bag

2. Tarikh : 19-22 March 2018 (4 hari)

3. Hotel : Saigon Pink 2 (32 Nguyen An Ninh Street, District 1 Ho Chi Minh City Vietnam) RM147 (2 pax)/night  Total : RM444 (VD 2,588,888)

4. Sim Card : Vinaphone VD 135,000 (9GB) = RM22
* simcard hanya valid 2 bulan

saya beli simcard ni luar Arrival Airport sbb malas nak pikir. sebelum ni pun saya beli di situ syarikat yang sama. Kalau ikutkan ada banyak jenis kaunter simcard. Tapi sbb dah biasa dengan Vinaphone saya trs ke sana (kaunter hujung sekali). Lagipun kami taknak buang masa sbb rushing sebelum org balik kerja. takut jam pulak nak sampai ke hotel. 

5. Airport Transfer : kami ambik yellow bus no 49 : VD20,000 
* highly recommended sbb direct ke Ben Thanh dan cepat, lebih kurang setengah jam


Flight Malindo Air mmg terbaik...pizza sedap dan layanan tip top

pizza sedap atas Malindo Air.. seriously teringat2..tolong jangan tukar menu ya Malindo Air


flight entertainment...



CARA NAK CARI SHUTTLE BUS KE BEN THANH MARKET:

keluar je Arrival, lintas jalan dan nmpak ada banyak bas beratur di sebelah kanan.. (opposite Arrival). cari bas warna kuning ada counter kecik dan staff panggil2 nak bagi tiket. make sure tanya betul ke bas tu pergi Benthanh Market. (No. 49) Kenapa Ben Thanh? sbb majority hotel2 di kawasan tu. Dah sampai sana boleh la google map ke waze ke cara nak ke hotel ye..jalan kaki je jgn risau. 

option lain :  Bus No 152 = VD 10,000 (RM1), bas berhenti2. Memandangkan beza harga tak banyak elok la naik shuttle bus yang lebih express

option lain : Teksi  VD240,000 (RM48)




sup ikan kegemaran, daging masak serai tu pun sedap di Mansour

isi perut dulu sebelum jalan2 shopping

kami cuma berjalan kaki ke pusat shopping spt di Benthanh dan Malay Street

Saigon Pink 2.. mmg pilihan malaysian kerana lokasi strategik utk shopping dan makan halal

mee pho daging yang sedap...kami suka order di Halal Amin


kedai jahit baju kesukaan saya.. so far cantik je aunty ni jahit.. kalau tak confident bawak sample pun ok.. siap within 24 hours..nama kedai Tram.. lokasi di Malay Street..nnt saya sharekan details di next entry..sbb tak jumpa gambar


sarapan wajib.. bingka ubi hajah basiroh

hari ke-3 jalan2 ke Saigon Square

udang crispy ...

daging serai buat kali kedua ulang

shopping bag yang tgh trending skrg..comel kan..

jalan2 pasar malam setiap malam.. pukul 7 dah ada.. meriah sangat


subang ni saya suka sangat.. RM10-12 je



kopi vietnam pun sedap..kalau minum kat dlm kedai kurang sikit

barangan di Saigon Square..tapi better pakai Dong sbb RM diorang convert sikit sgt

layan kopi ais..tapi rasa tak sama la pulak dengan yang atas moto tu

jangan lupa sling bag mcm ni... better berwaspada

senyum lebar sebab abe belanja kopi sedap...

kerumun jangan tak kerumun...

rambang mata nak pilih kebaya kain cotton ni..RM40 je 



sempat ootd depan Post Office Saigon..kami jalan kaki je

Ok ni saya sharekan apa yang saya nampak dijual di Ho Chi Minh ya.. mungkin berguna untuk yang akan ke sana nanti.. semua gambar adalah di sepanjang Malay Street (area kedai makan halal)..
telekung yang berkualiti...pastikan cuba sebelum beli sbb setiap kedai tak sama tailornya ada yang sempit di dagu
Harga : RM35-RM55 (ikut design dan kualiti)


antara lace yang dijual memang rambang mata..

comel kan bag rotan ni... Harga : RM60-RM100

telekung paling murah saya jumpa 3xRM100 (pastikan cuba dulu)

kain lace lawa2.. semeter RM50 ke atas

telekung berkuali di Vietnam saya beli di kedai Sa Rony (hujung Malay Street).. agak mahal daripada tepat lain tp bg saya berbaloi dgn quality.. harga RM55

macam2 warna ada.. rajin2 la bersembang dgn budak2 kedai, biasanya stok akan datang setiap hari. Jadi kalau yang dicari takde boleh repeat esoknya

Next post : Tempah Baju Di Vietnam

7 comments:

  1. Nak tanya kebaya cotton tue beli kat mana yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat area malay street yang dkt area kedai2 makan halal tu.. line yang sama...

      Delete
  2. berapa anggaran shopping sahaja, tak termasuk makan, di sana? RM 500? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends on orang... subbjective sgt soalan tu... hehe

      Delete
  3. boleh share nama kedai yang jual lace berbaloi dgn harga dan kualiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli area malay street..mcm takde nama kedai tu... dpn dia ada jual kopi vietnam bancuh dpn kedai.. sebelah ada jual buah2... by the way harga lebih kurang je ..nak mudah beli di luar berbanding beli di dlm benthanh..dah la garang.. pns plak tu

      Delete
  4. I learn some new stuff from it too, thanks for sharing your information. 성인용품도매

    ReplyDelete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye