Monday, March 5, 2018

Day 4: Kia Ora New Zealand - Hobitton Movie Set Tour




Sedikit info tentang lawatan ke Hobbiton Movie Set :

1. Apa ada di Hobbiton ?  lokasi shooting sequel Lord of The Rings & The Hobbit
2. Berapa harga tiket ke Hobbiton ? NZD75 (beli siap2 di Malaysia) kalau beli di sana NZD79 tak jauh beza 
3. Bagaimana cara mendapatkan tiket? Print nombor booking (termasuk waktu slot) dan redeem di dlm counter I-Site Mata Mata, nnt kena tunggu bas Hobbiton di luar I-Site. 

ok hari yang paling ditunggu-tunggu telah tiba. Memang hajat lama dah ni nak jejak kaki ke perkampungan Hobit original ni. Sebelum ni pernah jejak di Bandung & Penang. Tapi manakan sama dengan yang ori kan...

ok kita layan gambar dulu...


Tiket dan brochure mengenai hobbiton. Kalau rajin baca la dulu nnt takde la blur masa tour


ni Tour Bus yang akan bawa kami
dalam bas..tak ramai sangat ambik tiket 10.30
Lawatan Hobbiton ni ada beberapa benda yang saya kurang puas hati apatah lagi tiketnya bukan la murah.. sesampai di sana kami diperkenalkan dengan tour guide yang bernama Megan. Megan ni bagi saya kurang prihatin la dengan keperluan tourist yang first time masuk ke sana. Bukan la mcm dia yang mmg dah arif segala benda dlm tu. 

Bila kita masuk dlm set ni mesti la kita teruja nak bergambar dengan rumah2 kecik spt yang kita tgk dlm tv selama ni kan. Jauh kot datang dik oi. Tapi yang saya tak puas hatinya dia asyik la nak minta kita focus dengan penerangan yang diberikan. Pastu berlari-larian la kami nak kejar diorang di depan sbb kami pun nak bergambar di semua tempat kan. 

Nasib baik la sebelum pergi kawan saya yang dah pernah sampai di sana pesan juga ambil gambar puas2 sebab dia takkan patah balik di jalan yang sama. Take note ya kawan-kawan. Jalan yang berlainan. Dengan kata lain sekali tu je akan jumpa dan lepas tu balik naik bas. 

Dan kalau kena tinggal tour pun jangan risau boleh je tumpang bas lain. Yang penting ambik gambar puas2 :D

ok selebihya layan gambar saja la ye di Hobbiton ni.. 



mintak tolong Malaysian ambikkan


















mendengar penerangan
















macam semak pun ada



dalam cafe, tak puas hati tak sempat pun bergambar dekat unggun api


party space







Tour kami tu tak sampai pun 2 jam padahal sepatutnya 3 jam.. sedih kan...tak berbaloi utk harga RM200 lebih

sesudah balik semula ke Matamata I-Site tadi, kami sempat singgah membeli cenderahati matamata yang tiada di tempat lain seperti fridge magnet matamata..nnt saya snapkan gambar..cantik !

jangan lupa bergambar di persekitaran I-Site tu juga..cantik2 view..







boleh beli poskad dan terus post


ok seterusnya kami berhenti lunch di Fez Kebab sekali lagi dan meneruskan perjalanan ke Auckland semula.. jauh tu ..bertabah la...kami agak rushing sebab mengejar waktu serahan kereta sebelum pukul 5 petang.






































Sampai di Auckland City kami check in di Princeton Apartment sekali lagi dan sekali lagi lah mengangkut segala bag2 batu tu :D








start berjalan2 sekitar Auckland City



background belakang tu Auckland Unversity

pandangan Auckland Sky Tower



pandangan dari dalam bilik..

Jom saya sharekan di mana kami makan di Auckland. Sebelum ni saya ada sharekan nama tempat makan di Auckland yg highly recommended kan iaitu Uncle Man's.

ok ni landmark nak ke Uncle Man's.
Cari Daiso Japan seperti dlm gambar ni. food court yang ada Uncle Man's ni di sebelah bawah Plaza kena turun tangga.. berhadapan jalan pula ada Nandos. Senang cerita kalau nampak Nandos, Burger Fuel & Daiso tu dah dekat la. Nak senang masuk je dalam Daiso tu nanti keluar ikut pintu satu lagi dan akan terus jumpa bangunan foodcourt tu.




mihun goreng sangat sedap dan banyak...

roti canai dan teh tarik pun ada



nasik goreng boleh pilih level of spicy.. kami ambik spicy baru umphhh







































selain dari makan di sana kami juga tapau utk mkn malam ..malas nak keluar cr makan lagi...share 2 org pun tak habis..

esok kita akan berjalan2 sekitar Auckland City pulak ya sebelum fly ke Southern New Zealand pula..

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye