Thursday, March 8, 2018

Day 9 - Kia Ora New Zealand : Queenstown - Kinloch

Selepas penat yang amat semalam ..harini kami santai2 je jalan2 area Queenstown ..memang hari yang best sbb hari ni shopping day...

sebelum datang lagi memang saya dah target akan shopping souvenir di sini sebab rata2 review cakap sini paling banyak pilihan dan murah berbanding kedai lain...

ok utk apa yang saya shopping boleh refer di post SHOPPING APA DI NZ

kat sini mmg ada banyak kedai souvenir .. Tapi yang saya recommend adalah DF Souvenirs sbb harga berpatutan. Sebab apa saya cakap berpatutan? sbb semua souvenir di NZ tak murah ya..tak mcm Australia... jd pandai2 la pilih yang sesuai..cthnya mcm Fridge Magnet harga tak sama.. so korek2 sikit la nak dapatkan harga yang paling murah.. 




ni dia DF souvenirs..senang je berhadapan dengan Smiggle.









































selain shopping di DF Souvenirs kami juga ronda2 sepanjang Queenstown street ni.. banyak kedai tapi takde la kedai yang murah sgt ...so jalan2 window shopping je...


layankan buddy nak surey sunglass... tapi mahal la
lepas penat jalan-jalan kami singgah lunch di kedai halal Turkish Kebab..sebenarnya dah tak larat nak makan kebab tapi tak perasan pulak kedai lain masa tu.. Masa nak beli tu  tokey kedai kebab bawak kami ke branch 1 lagi dalam Plaza.. lebih selesa dan kat situ saya perasan ada kedai halal lain..Tapi lupa pula nak snap gambar lagipun tangan dah penuh dengan hasil shopping masa tu...





kami share je...tu pun tak habis..tokey kedai kata kalau tak habis kena basuh pinggan...haish boleh tahan mamat turki ni jual minyak...

ok perut dak kenyang mana nak jalan lagi ek...sebenarnya harini mmg santai2 je sbb sementara menunggu yang lagi 2 buddies pegi skydiving. Kami tak join sbb tu la jalan2 sekitar Queenstown je... mmg puas berjalan la.. sempat la jalan kaki sampai ke tepi lake..MasyaAllah cantiknya!





cantik2 view sini tapi tak tahan la harini panas yang amat.. tak boleh jadi ni kena pegi cari baju summer dah ni... nampak diorang tu pun dah pakai short... unpredictable betul la NZ ni...
.
.
lepas puas bergambar kami kembali duduk lepak2 di tempat teduh sementara menunggu kawan2 dihantar semula ke situ..

Masa jalan2 tu terjumpa la pulak kedai fish n chips halal.. (no guletin) iaitu Erik's Fish & Chips

ni cara nak ke situ ya. Jalan kaki je..
Landmark : opposite Novotel Hotel (lorong hujung sekali)














ni Novotel Hotel.kami parking di sini sbb sini paling lama boleh parking 








120 bermaksud 120 minit boleh parking berbayar di situ..kira lama la tu sbb mmg ada yg free tapi 15 atau 30 minit saja...jenuh la nak pindahkan kereta kan..kalau lebih daripada tu takut kena saman


paling penting dalam Erik's ni ada toilet jugak.. selesa sangat kan.. boleh la lepak2 sini...kalau tanya pada rasa biasa2 je tak la sedap gila...tapi kalau lapar makan pns2 mmg laju la kan..kalau bawak sos cili lagi syiokkk..ala sos tertinggal dlm kereta la pulak...


.
.
Dah puas jalan sekitar Queenstown, kami bertolak ke arah Kinloch untuk check in accomodation kami hari ni.. Kinloch ni mcm tak berapa popular kan di kalangan tourist Malaysia sbb ramai yang lebih suka stay di Glenorchy. Sbb apa kami pilih Kinloch? sbb Glenorchy punya dah habis tinggal yang mahal2 je :D..kalau ikutkan dalam Agoda ni cantik Kinloch ni.. lagipun harga masih dlm budget la.. tapi jalan nak ke sana jeng jeng jeng... 7km tak berturap ya... nak nangis rasa.. orang jalan kaki pun boleh potong kereta kami...

Tapi bila dah sampai ke dalam Masya Allah cantiknyaaaaa.... saujana mata memandang lake yang betul2 berhadapan bilik dan memang layan la drone kat sini.. sorry tak dapat share video drone kami..boleh follow IG saya la ya kalau nak tgk ataupun follow hashtag #nietanewzealand di instagram... 

ok layankan pemandangan cantik ni... 


sambil jalan pun sempat snap


view sepanjang perjalanan Queenstown - Kinloch



ni jalan tak berturap tu...mmg x boleh bawak laju bergoyang habis satu kereta

tapi view mmg cantik la dgn sheep ni lagi


inilah Kinloch... 



nie la dapur ...ada kemudahan bbq ...kerusi depan tu tak sempat duduk pun... 
parking kat bawah..tapi boleh je kereta nak naik sampai atas utk drop bag



ni nama bilik kami..dah macam nama Jepun kan...uniquenya keychain.. besar hahaha

sheep tu takkan terlepas sbb ada pagar letrik tu...



first time jumpa lupin..excited gila... cantiknyaaaaaa... ni main motive saya nak ke NZ bulan 11 

kami bergambar guna monopod stand je... gigih kan...

layan sunset... macam tak nak balik bilik tapi sejukkkk

gigih nak bergambar dgn lupin dan kat sini la kena attack dengan sandfly... gatal oooooo

tenang sangat kat sini....


thanks drone... 



unit kami yang tingkap ngadap sini..block kanan tu dapur

shared kitchen yang sgt bersih..complete. tu cik midah kita sibuk masak nasik goreng..sbb kami drive harini kami boleh rehat daripada memasak :D

heavennya nasi goreng dan telur goreng tu... minum pulak air coklat panas masa cuaca sejuk yang amat malam2 ni...

ok perut dah kenyang...jom la kita beradu dulu...



Summary Day 9 : 
  • Kinloch Lodge - YHA Glenorchy - lake view  NZD156 iaitu RM520 (4 pax)
  • Lokasi: cantik tapi agak jauh
  • 1 superior king + 2 double decker
  • agak mahal

ok esok hari ke-10 saya akan sharekan gambar2 di Glenorchy. Sumpah cantik dan mesti datang kalau ke NZ


POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye