Tuesday, March 13, 2018

Day 12 - Kia Ora New Zealand : Kaka Point - Dunedin - Moeraki Boulders

Hari ke 12 dah kita di bumi Kiwi... pejam celik pejam celik kan..

selepas siap bersarapan dan mandi, kami check out awal dan meneruskan perjalanan ke Dunedin. Kalau ikutkan host benarkan kami checkout lambat, baik kan diorang.. smlm pun sempat jumpa diorang. Sebab majority host2 airbnb ni tinggal di tempat lain. Sebab tu kena mention pukul brp dijangka tiba.

harini plan kami santai2 je.. ke Cadbury World Dunedin dan shopping2 di pekan Dunedin ni. apa yang ada di Dunedin ni? sebenarnya ada banyak tarikan tapi kami pilih 2 saja sbb akan ke Baldwin the Steepest Street pulak lepas ni. Percaya atau tak kami tak booking apa2 accomodation utk malam nanti.. memang tak nak terikat harini sbb kami ikut kaki melangkah je.. yang pasti kami tak memilih Dunedin utk menginap sbb hari masih muda. (Syukur kami tak stay di sini sbb kalau salah pilih hotel takut terkena yang seram mcm kawan kami kena).

ok dah sampai di Cadbury World Dunedin. dari jauh dah bau coklat cadbury membuatkan perut terus berkeroncong.


























di Cadbury World ni kami cuma memilih package tour centre NZD5. Ada juga tour utk sejam tapi kami tak pilih yang tu.

ucapan bday utk Alesya 26 Nov














































































  









































lepas tour tu kami beli sedikit cenderahati 


















bagi saya yang bkn peminat coklat, rasanya biasa2 je


*****




























Sementara tu sempat kami booking penginapan utk malam di Moeraki Boulders. Nampak review ok, location pun ok..hopefully ok la kan..harga pun ok...

****

ok jom sambung jalan2 kaki dlm Dunedin ni. Arah tuju kami ke Frames Footware sebab katanya kat sini banyak kasut branded.. jauh la jugak kami menapak tapi hasilnya agak kecewa. Tak la murah sgt pun dan kami tak beli apa pun.

ok apa lagi yang menarik di Dunedin ni? 


- Cadbury World
- University Otago
- Masjid Al-Huda
- Baldwin Steepest Street
- Dunedin Botanical Garden
- Frames Footware

lepas tu kami teruskan perjalanan ke Baldwin. Bersedia utk memanjat jalan paling curam di dunia yang berada di tengah2 kawasan perumahan. Berjaya atau tidak kami sampai di atas?

























nampak tak tu "No Exit No Turning" mmg jln mati ya..kalau dah pandai naik kena la pandai turun.. tinggi weh.. mengah jugak la..

nampak mcm tak tinggi tapi sebenarnya tinggi dan curam

yeah sikit lagi nak sampai atas...

uish panas betul harini...


amboi mentang2 takde kereta boleh pulak duduk atas jalan..kdg2 ada jgk

dah sampai atas boleh bergambar di mural ni






















kalau dah sampai boleh la print certificate kat rumah bawah

nak mendaki boleh ikut tangga ni jadi tak bahaya kalau ada kereta atau basikal lalu
hebat rumah2 kat sini... bukan senang nak alih kereta tu












































Kami parking tepi jalan ni je.. sbb mmg takde parking disediakan. Almaklumla ni kan kawasan perumahan. Tapi ada public toilet di tepi jalan ni. Jangan lupa bawak botol kosong ya.

**
ok jom sambung perjalanan ke arah Moeraki Boulders.
ini lah tempatnya.. Moeraki Boulders Kiwi Holiday Park

kami sampai dah petang dah start sejuk..apa lagi sarung coat la

jom jalan kaki ke arah Carliste Street tu... 


































































ada pantai tp biasa2 je...




makan malam sedap dan cepat :D


































ni dapur ..complete dan bersih

selimut sorang satu..comel je

ada extra katil di atas..sbb blk ni utk 5 pax..sebelah double deck tu toilet

siap ada meja makan


Summary utk hari ni Day 12

Name : Moeraki Boulders Kiwi Holiday Park
Booking via : Agoda 
Type : house for 5 pax
Price : NZD 150


Review : Best sangat sebab rasa mcm di Country side ada arnab lompat2 dpn blk dan boleh melawat ladang kambing biri2 di kampung sebelah. Cuma di sblh belakang ada cemetery, tp ok je takde kejadian aneh berlaku :D


POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :















No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye