Memandangkan kami agak lama di NZ, sememangnya kami ada membawa stok makanan sendiri selain daripada plan untuk memasak di NZ nanti. (siap bawak periuk nasi travel). Kenapa kami plan nak memasak dan bukannya makan di restoran di sana saja? semestinya kerana kos yang tinggi dan agak susah berjumpa kedai makanan halal. Almaklumla kami akan road trip dan menetap di sesuatu tempat hanya untuk 1 malam. Bukan semua tempat tu ada kedai makan halal.
Tips penting yang saya nak bgtau cuma dua..kalau ikut tips ni, kemungkinan untuk bag dibuka atau dihidu anjing pengesan sangat kecil. Macam kes kami Alhamdulillah semua proses berjalan lancar tanpa perlu buka bag.
TIPS 1 : Tick semua kotak di dalam form declaration (yg berkaitan dengan makanan/ubatan).
Declaration form akan diberi semasa di dalam flight. (Arrival card)
TIPS 2 : Prepare list, description & ingredient barang yang di bawa (Declaration list)
Percaya la para kastam di NZ akan tersenyum lebar kalau tgk pelancong yang rajin prepare semua list yang dibawa. Bukannya susah pun, cuma snap depan dan snap ingredient. Jika lebih rajin boleh la type sedikit description contohnya kegunaan ubat/makanan tersebut. (Nama, jenis, kuantiti, kegunaan).
Print dan terus tunjuk semasa proses tapisan.
Asingkan semua makanan/ubat utk declare dlm 1 bag (mudah untuk diperiksa).
declaration list yang kami print di Malaysia |
Semasa proses pemeriksaan tu (line goods to be declared), En. Kastam akan panggil semua ahli rombongan yang datang sekali. Kemudian dia selak2 list yang kami prepare tu tanya serba sedikit dan dia menentukan kami ke Line yang mana. Alhamdulillah kami trs proceed ke line yang tidak perlu buka bag jadi perjalanan lebih pantas dan smooth.
Kalau diminta buka bag sekali pun jangan risau jika kita declare di dalam form tu, kita tidak akan dikenakan denda NZD400.(RM1200.00). Mereka cuma akan rampas dan buang. Jadi pastikan declare ya.
Antara pengalaman kami dan kawan2 semasa pergi haritu, packet nasi beriani segera yang sekali dgn ayam tu lepas. Ada kawan (group lain) bawa sambal goreng pun lepas. (pastikan wrap properly). Mana2 makanan segera yang mmg dibungkus menggunakan bungkusan komersial tak ada masalah langsung terutamanya yang mmg sudah terkenal di NZ seperti Brahim's dan Maggi.
Kawan saya juga ada bawa masuk chocolate energy bar. Juga lepas. (pastikan maklum En. Kastam tujuan energy bar tu. Tapi kalau kena rampas redha je la.
Untuk susu baby juga tak ada masalah. Maklumkan saja jangan takut ya.
Maggi/mee segera tak perlu la bawa sebab di sana juga banyak dijual dan harganya tidak mahal. Kami cuma bawa perencah seperti asam pedas, pes ikan bakar, sambal che nor, kicap mini. Selebihnya seperti beras, roti, telur, sayur semuanya beli di supermarket di sana.
Untuk maklumat lanjut makanan/ubatan/supplement yang tidak dibenarkan, boleh rujuk di bawah ini :
https://www.mpi.govt.nz/travel-and-recreation/arriving-in-new-zealand/items-to-declare/
murah je jual di NZ.. |
Jangan lupa bawa sabun taharah ye untuk samak utensil di sana nanti. :)
POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND :
No comments:
Post a Comment
Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye