ok jom belek peta lagi..kalau semalam kita di nombor 5, harini kita akan ke nombor 7 & 8.. ada tambahan di peta sbb dalam perjalanan kami singgah Puzzling World & Cardrona Bra Fence.
ok jom start dengan Puzzling World. Dekat je dengan Wanaka. Tapi bagi saya Wanaka ni sepatutnya boleh stay lebih daripada 1 malam kalau ada masa. Sebab cantik sangat dok tepi Wanaka Lake tu.
ok layan gambar di Puzzling World dulu.
|
panas terik masa ni.. |
|
bergambar dulu sbl ramai yang datang.. datang awal la sini kalau nak memudahkan sesi bergambar |
Kami singgah juga masuk ke dalam cafe minum2 dan beli fridge magnet puzzling world sebagai tanda kenangan utk diri sendiri. Sebenarnya dalam ni ada byk aktiviti contohnya Maze Park tu...tapi sbb kami tak bawak anak2 elok la skip je.. panjang lagi perjalanan hari ni kan..
ok jom terukan perjalanan ke arah Cardrona. Di tepi jalan ni ada Bra Fence tempat yang gantung banyak2 bra tu...jangan salah anggap ya tempat ni sebenarnya untuk mengutip fund kepada pesakit2 breath cancer. ada tabung disediakan dan juga siapa2 yang nak menderma bra masing2. Besar2 you alls. :D ...
|
berhadapan bra fence.. cantikkan cuaca pada bulan November.. terang benderang padahal sebelum datang tgk forecast tiap2 hari hujan..tak betul la jugak forecast tu |
|
ni kotak pink utk menderma |
|
boleh horse riding juga di sini.. ranked no 1 tripadvisor tu |
|
bayangkan kalau winter..mesti penuh salji kan |
|
abaikan tangan cik photographer...haish nak kena babab ni |
|
nie la kereta sewa kami sepanjang 10 hari di South.. Nissan Teena..boleh la...padan dengan harga yang tak berapa mahal |
ok jom sambung perjalanan...ada tempat cantik kita singgah k.. jgn risau sepanjang perjalanan akan ada signboard scenic lookout yang terdekat so dah boleh slowkan kereta untuk singgah. ada parking yang luas di tepi jalan cuma perlu berhati2 kalau nak singgah bg la signal elok2 ya..
kemudian kami singgah di Cardrona Scenic Lookout. Cantik sangat view boleh nampak bawah..fefeeling hindustan gitu...
|
belakang tu jalan besar.. |
|
nampak tak view kat bawah tu |
|
ada yang sanggup ke bawah tu nak ambik gambar |
|
dah habis berangan jom sambung perjalanan ke arah Queenstown..
Queenstown ni hot site ya..kalau nak ke NZ make sure booking yang ni paling awal sbb kalau lambat tinggal yang ribu riban ja..
sementara nak ke Queenstown kami singgah lagi...panjang lagi perjalanan kami sbb target sampai di Qtown sbl pukul 6 ptg..sekarang pagi lagi...
kami singgah makan aiskrim fresh fruit di Jone's Fruit Stall. Ianya terletak di Cromwell. Yg ni pun wajib singgah sbb sedap sgt ais krim fresh fruit ni... teringat2 pulak..kebetulan mmg panas hrni mmg sedap la makan aiskrim sejuk2..
|
|
segar2 buah...boleh test jugak diorg dah siap potong |
|
kiwi yang manis.. |
|
ais cream cherry + strawberry NZD5 |
|
bunga sebesar muka |
|
colorful sangat |
|
free entrance |
|
best golek golek ni |
ok jom sambung perjalanan ke arah Kawarau pula..tapi elok je jalan sikit nmpak pulak lookout cantik..berbaloi kami singgah walaupun panas terik..cuba tgk gambar di bawah ni. Cantik kan?
Inilah
Wild Earth
ok sambung perjalanan ke Kawarau. Apa ada di Kawarau? mestila
bungy jumping dan zipride kan...
sorry gambar tak banyak dan agak gelap sbb keadaan yang panas terik..tak mampu nak berlama di sini..kami tak terjun pun walaupun pada mulanya ada salah sorang yang nak terjun. Tapi disebabkan dah nak tutup mmg tak dapat la terjun. Lagipun takde dlm plan..
|
pandangan dari atas tempat penerjun. Crew dah standby di bawah |
|
terjun dari atas ni.. boleh jugak kalau nak terjun berdua..tapi bayar pun berdua la |
|
ni contoh yang akan terjun berdua dengan crew (tandem)..diorang bagi masa utk menenangkan fikiran |
|
ini harganya ya...siapa yang terjun akan dpt tshirt tanda dah terjun :D |
ok sambung perjalanan ke Queenstown..
jom check in dulu ..lepas tu kita ke Queenstown Skyline utk naik gondola dan main luge yang kami dah beli melalui bookme NZD59 utk 7 kali luge round (byk kan)
|
mula2 naik cable car ni dulu naik atas |
|
lepas tu naik gondola ni utk ke luge station |
|
berhati2 sbb ada kes kanak2 jatuh daripada gondola ni dan berjaya diselamatkan |
|
tinggi tak sesuai utk yang gayat sbb gondola ni tak berpintu |
|
daripada pandangan atas |
|
bawah tu laluan LUGE |
|
queenstown dari atas |
|
cantikkan...ni dah petang... |
|
hampir senja... |
|
ok dah settle luge...sakit jugak tangan kena tarik break |
|
sunset tu... |
|
sempat lg posing wpun agak gayat |
|
semua orang dah habis main |
|
gambar yang kami beli..make sure posing setiap kali lalu di dpn camera spot |
|
senyum jangan tak senyum...ada camera di depan |
|
posing lagi...siap slowkan luge lagi sbb nak make sure senyum cantik2 ...nak beli ni..hahaha |
|
sorang pulak kali ni... |
|
ok dah jom nak balik.. penat dah .. |
|
muka kepenatan mana entah gambar ramai2 ada mintak tlg pelancong taiwan ambikkan... |
jom cari makan di Qtown pulak...lapar ni harini makan aiskrim buah je...
ok kami pun singgah Ferg Burger (halal). beli burger besar gila sampai tak habis.. maybe sbb terlalu penat.. terus balik bilik dan zzzzzzz...goodnite Qtown esok kita jalan2 ya
|
Ferg Burger ni sentiasa ramai orang..kena ambik number... |
Summary accomodation utk harini :
- Base Queenstown Backpackers NZD27.78 iaitu RM85
- Lokasi: strategik di celah2 kedai tengah bandar Queenstown
- Dorm 8 orang tapi ada toilet di dalam dorm, seperti biasa tak berebut toilet pun sbb kami yang masuk paling lambat dan bangun awal
- untuk jimat boleh sangat.. tu paling murah dah tu..tumpang tido dan mandi je pun..
POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND :
No comments:
Post a Comment
Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye