Sunday, March 4, 2018

Day 1: Kia Ora New Zealand - Berlepas dari tanah air & Auckland City

Hari Pertama : KLIA 2 - GC - AUK (lebih kurang 12 jam termsk transit 1 jam) flight kami tgh malam..

pegi awal utk mengelakkan que panjang

isi perut dulu sebelum naik kapal di tgh mlm

muka keletihan tapi excited selepas balik dari keje ptg td trs siap2 ke airport sblh malamnya

not bad kung pao chicken ni, masih boleh masuk dlm tekak kerana saya dah jemu dgn nasi lemak pak nasir

cantiknya lah...

hati dah tak sabar nak sampai Auckland ni
Day 1 :
Kami tiba di Auckland Airport lebih kurang pukul 6pm, masa ni hari dah agak gelap. Agak lama di bahagian tapisan sbb perlu beratur. Alhamdulillah kami lepas dgn selamatnya tanpa perlu bukak bag ataupun dihidu oleh anjing. Yang penting ikut tips saya letak sebelum ni. Declare dan print cantik2.

Selepas keluar daripada penapisan Kastam kami terus cari counter yang jual simcard Spark. Pada mulanya jumpa counter yang jual sekali package Voice + Data. Tapi kami nak cari yang data sahaja sebab tak guna pun voice tu. Rupanya counter yang jual data sahaja di bawah dkt pintu keluar. Baru la jumpa.. masing2 dah beli dan ready to rock New Zealand..yeayyy !!!!


kemudian kami terus ke arah Domestik Arrival utk menunggu Super Shuttle. Kami tak booking pun cuma main terjah je masa tu. Alhamdulillah kebetulan mmg ada yang available tgh menunggu walk in customer mcm kami..apa lagi kan.. 'pilot' tu isi bag dlm storage belakang tu dan kami pun bergerak ke arah Auckland City. Tak sabar nak tgk 1st accomodation kami di NZ iaitu Princeton Apartment.


supershuttle kami dah smpai apartment


ni lah apartment kami.. Princeton Aparment yang tinggi kurus sebelah church tu

sangat strategic opposite Starbucks dan convenience store lain

dapur yg comel, masih boleh masak

masak apa kita malam ni..maggi je la,  penat kan

ok sedikit review mengenai Princeton Apartment ni :
Harga : NZD 113 (RM320) utk 4 org = RM87 per person

untuk makluman, kami sewa apartment ni 3 kali. masa baru sampai, sebelum ke south dan sebelum balik KL.

Kelebihan apartment ni : 

  • dekat nak jalan2 shopping di Queen Street, Auckland Harbour dll
  • bersih
  • boleh tinggal barang di store lobi (selamat)
  • dapat free wifi (jika pakai spark simcard sbb pondok spark sebelah je)
  • boleh memasak
  • convenience store seberang jalan je..senang nak beli susu atau roti
  • agak murah berbanding apartment lain, kecuali tinggal di backpackers
  • terletak di kawasan University of Auckland (UOA). sesuai la utk yg nak melawat anak atau saudara
kelemahan apartment ni : 
  • kena angkut bag ke basement (turun bukit daripada jln besar), sgt menguji kekuatan especially kalau bag byk dan berat. kadang2 kami agak bernasib baik ada yang lalu lalang tolong angkatkan. 


bertabah la naik anak tangga, ni baru separuh jln blkg ni jgn pelik pulak sbb semak. kalau jln dpn tangganya lurus ..
fefeeling student UOA sekejap
ok utk post2 lain berkaitan New Zealand boleh terus click di gambar new zealand sebelah kanan ya. saya masih lg dlm proses update utk 17 hari.

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye