Friday, March 9, 2018

Day 10 - Kia Ora New Zealand : Glenorchy - Te Anau


Pejam celik pejam celik dah sampai ke-10 di bumi Kiwi.. preparation setahun tapi bila datang terasa kejap je..

Harini kami bangun awal pagi sbb nak mengejar skydiving 2 buddies yang tak berjaya buat di Queenstown smlm.. angin kuat katanya.. rezeki masing2 la kan..

Jadi selain di Queenstown, skydiving juga boleh dibuat di Glenorchy (Southern Alps Skydive) tapi of course viewnya tak sama..







group yang berjaya fly..kalau berangin dia tak bagi terbang
sementara menunggu diorang que, kami sempat la bawa kereta ke arah Glenorchy Red House yang glamour tu.. biasanya kalau datang Glenorchy tak sah kalau tak singgah red house ni...

cantik tempatnya ada byk burung boleh la bg roti kat burung2 kelaparan ni...

jom layan gambar dulu..
saya dan buddy sorang lagi sempat singgah bergambar di tepi jalan ni.. cantikkan view.. sejuk masa ni...





























Sempat tukar jacket ...ootd punya pasal :D








ada Sarawakian yang tolong ambikkan gambar..kebetulan kami sama flight balik...




























































Seterusnya kami patah balik utk pickup 2 lagi buddies dan meneruskan perjalanan ke arah Te Anau.

Apa ada di Te Anau? Te Anau ni merupakan pekan kecil yang terdekat dengan Milford Sound * Mirror Lake. Kami dah beli Milford Sound cruise esok pagi, jadi harini kami bermalam dulu di Te Anau.

Sementara tu singgah makan di kedai makan India di Te Anau. Makanan agak mahal dan tak la sedap pun, makan nasik dgn sardin pun ok tapi sbb dah lapar sgt kan singgah je la makan..

ok layankan gambar lagi..

kami makan di Radhas..nasi beriani NZD5, sambal udang NZD23, kari ikan NZD22
nasi dan kari ikan 
selain dari kedai curry ni boleh la makan fish n chips di kedai sederet dengan kedai ni..kami bungkus dan mmg sedap makan panas2...terbaik... Mainly Seafood


jalan2 Te Anau Lake lepas check in

Te Anau Lake
boleh naik cruise di sini


sebelah kiri tu heaven kan banyak nya pondok free wifi


ni bilik yang kami book..1 king + doubledecker
seperti biasa complimentary susu segar comel2 tu...


toilet yang selesa dan bersih

Te Anau Kiwi Holiday Park

kawasan tempat utk campsite juga








































kat depan tasik ni ada kedai2 souvenir yang boleh tahan la harganya. Tak mahal sangat just incase tak sempat beli di Qtown boleh la beli di sini. Nama kedai tu Khowai. Berdekatan dengan stesen minyak dan  jetty ni...

ok ini saja utk harini..nnt kalau dah jumpa gambar Khowai tu saya tambah di sini...

Summary Accomodation utk harini :

Name : Te Anau Kiwi Holiday Parks & Motel 
Type : 1x4 suites
Price : NZD 171 (RM522) kedua termahal selepas Tekapo. 

ok jumpa esok..kita akan ke Milford Sound naik cruise yeehaaaa


POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye