Sunday, March 4, 2018

Day 2: Kia Ora New Zealand : Auckland - Rotorua

Good Morning !! wahhh segarnya badan dapat tido sepuasnya di atas katil yang empuk. Memang tido tak sedar dunia..

Hari ke-2 kami di bumi kiwi. Hari ni kami perlu bersiap-siap utk checkout dan meneruskan perjalanan ke Rotorua. majority checkout time adalah 10.00 am ya sbb sini kan cepat siang (sumber)

agenda pertama harini adalah pickup kereta dan angkut semua barang naik ke atas. Macam saya cerita semalam satu2nya kelemahan apartment ni adalah kena naik tangga ke atas sbb liftnya di basement. Jadi angkut la semula segala bag yang penuh dgn stok makanan dan baju ootd utk 17 hari tu kan.. nak gambar cantik kan..bertabah la ya...

ok ini lah kereta pertama kami... Toyota Rav 4.. lawa uols belum ada di Malaysia pada masa ni. Millage pun sikit ja nampak sgt kereta baru. Tapi bawa kereta baru ni cabarannya adalah takut la tercalar ke apa kan..almaklumla kereta orang..

inilah kereta kami..muat elok je 4 orang dan barang2 pun ngam2

kite dah siap ber ootd merah harini ;)



hentian pertama kami..tasik apa pun taktau tapi bau air dia sama spt bau salmon.. agaknya byk salmon dlm tu kot.. ni dlm perjalanan ke Rotorua
trip kami ni chill chill je.. mmg berhenti bergambar rehat2 tak rushing...






ok kita sambung perjalanan mencari bekalan makanan tgh hari.. 
ok dah jumpa Countdown. Excited first time masuk 

seronok tgk sayur2 fresh... tapi kami tak boleh beli sbb roadtrip kan..nnt habis layu



dah settle beli croisant dan mix salad utk dibuat sandwich tuna

air puhoi pertama kami...Puhoi ni wajib cuba la sbb made in NZ... Caramel tu agak manis..cuba coffee la..saya tak boleh mnm coffee sbb tu beli chocolate


Kami singgah di sebuah taman on the way ke Taupo.. masa tu search je di GPS park apa yang berkaitan utk kami singgah makan...cuaca masa ni nyaman sangat.. macam musim bunga la..
sebelum makan kita posing dulu.. 

haa tudia bekalan makanan kami
ok dah habis makan kita posing2 atas rumput..nampak tak bunga renit2 comel tu... 

patut la semua org cakap NZ  ni di mana2 pun cantik...padahal sebelah tu ada tanah perkuburan besar... cantik je

cantik kan... 

bunga subur betul..













ok lepas sessi bergambar kami teruskan perjalanan ke arah Rotorua.. acoomodation ke-2 kami iaitu Rotorua Downtown Backpackers 


I-Site Rotorua, berhadapan dgn Rotorua Downtown backpackers, jalan kaki saja

parking kereta depan hostel dan jalan kaki je explore Rotorua City

tenang je sini kan sunyi...tapi ada kisah di sini..



gambar sumber google



Accomodation 2 : Rotorua Downtown Backpackers 
Harga : NZD 115 (2 double rooms), 1 blk 2 org iaitu RM89 per pax

walaupun jika dilihat pada nama adalah backpackers, kami memilih blk yang hanya berkongsi 2 org. Jadi sama saja spt hotel. Cuma bezanya kami boleh masak di dapur yang kongsi (lbh kurang ada 4 stove) dan ruangan makan. Agak menarik dan bersih. Kami juga dapat berkenalan dgn backpackers daripada negara lain. Menariknya kalau berkongsi kitchen area ni, kita boleh tgk cara diorang menyediakan makanan mereka. Terpegun juga la nampak dah ala2 chef diorang ni.. Nampak je backpacking tapi makanan mmg complete bkn macam rata2 orang kita yang bawa mee segera ataupun telur goreng (kami la tu).

Majority diorang ni menginap lama berbulan pun ada. Banyak duit diorang kan. 

Kami pula hanya bermalam satu malam di sini. Sebab esoknya akan meneruskan perjalanan ke Mata-Mata. Sebenarnya Rotorua ni hanyalah persinggahan kami disebabkan Mata-Mata adalah jauh lagi. Kami tak nak rushing2 jadi elokla berhenti satu hari di tgh2... Dan sebenarnya ada bermacam aktiviti boleh dibuat di Rotorua ni tapi disebabkan ada 1 peristiwa agak hitam terjadi kepada kami pada hari ke-2 di bumi Kiwi ni terus kami batalkan semua aktiviti di Rotorua. Cukup la hanya bermalam dan berjalan dekat2 saja

Ni plan itinerary kami di Rotorua :

  1. Agrodome farm Tour (tak sempat ada masa) 
  2. Agroventures Jet Boat (optional)
  3. Skyline Rotorua (skip sbb nak pegi Skyline Queenstown)
  4. Rotorua Lakefront
  5. Lakeland Queen (ni je yang kami pegi)
  6. Whakarewarewa Maori Village
  7. The Red Woods
  8. Kuirau Park Rotorua
  9. Rotorua Vegas




apa kisah hitam yang berlaku di Rotorua ni? saya kongsi di next post ya.. dah cukup panjang ni...

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :





No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye