Hari ke-11 jom belek peta..sekarang kita berada di nombor 10 & 9.. Dari Te Anau kami bertolak seawal pagi naik ke
Milford Sound. Kami dah beli siap2 tiket cruise melalui website
Go Orange Cruise iaitu NZD45 per pax (RM135). Masa beli tu jangan lupa pilih Cruise Milford Sound ya bukannya Milford Sound ex Te Anau atau ex Queenstown sbb tu bermaksud bertolak daripada jetty Te Anau / Queenstown. Kami pilih pagi sbb tak panas sgt dan banyak lagi aktiviti hrni. Rugi kalau ambik petang, melainkan mmg nak stay di situ. Dalam ni dapat free breakfast (jgn lupa mention vege breakfast ya bg yang Muslim).
perjalanan dari Te Anau ke Milford Sound agak mencabar. Jalannya ala2 Fraser Hill jugak la jgn mabuk sudah. Tapi pandangan luar pun cantik yang amat. Kami cuma mampu snap drp dalam kereta sebab mengejar masa. Nanti akan berjumpa dengan 1 terowong (1 way) jd kalau lambat takut jammed kat situ.
Lagi satu kalau pergi pada musim sejuk atau salji, pastikan sehari sebelum pergi check dgn I-site Te Anau keadaan jalan ke sana kerana kalau jalan licin dan bersalji tebal mereka akan tutup jalan.
Alhamdulillah perjalanan kami smooth...cuaca sejuknya la sbb kita makin naik ke atas. Mmg kitorang dah prepare jacket kalis air sbb nanti akan basah sikit masa lalu bawah waterfall sepanjang tour tu..
sampai je di Jetty parking kereta cepat2 dan jalan kaki ke arah counter utk redeem. Make sure sediakan buffer time dlm 30 minit sebab nak jalan kaki agak jauh..lagipun kalau ada byk masa boleh la singgah2 ambik gambar. Tapi saya cadangkan ambik je gambar waktu balik nanti. Takde la terkejar-kejar.
Sampai je di Jetty Counter ada beberapa nama Cruise cthnya Jucy cruize, Go Orange, Real Journeys. Real Journeys ni macam kepala kepada semua la. Tapi boleh je compare harga mengikut tarikh yang akan dipilih kadang2 agak berbeza.
Bagi kami mana2 pun ok..
Go Orange tu pun ok je.. ada 3 tingkat ikut suka nak naik ke mana..kalau nak nampak semua boleh la duduk di depan cruise.. Kami haritu explore semua tingkat sbb perjalanan kan lama dlm 2 jam pergi balik jadi tak rushing apa pun dalam tu.
ok layankan gambar dulu...
|
beratur nak redeem ticket. jangan lupa print voucher yang book online tu |
|
dah boleh naik cruise... cantikkan... |
|
ni ticket..comel kan.. tapi dia kutip balik masa nak naik ... yang hijau tu kena tunjuk masa nak makan dlm cruise nnt,..veggie sandwich dan orange juice... |
ok let's rock Milford Sound!
|
air terjun ni akan jumpa selepas patah balik... |
|
jgn lupa bawak topi sbb pns sgt direct |
|
sandwich keras skit la :) |
ambik makanan di bawah dan boleh je nak makan di mana pun kami makan di level yang sama senang
|
jalan kaki ke arah counter |
|
terowong laluan ke Milford Sound |
sesudah puas bergambar di kawasan Milford Sound ni kami teruskan perjalanan dan singgah di
Mirror Lake. Mirror Lake ni seeloknya pergi pagi baru la nampak effect mirror tu (biasan)
|
biasa-biasa je tempat ni..parking pun tepi jalan je |
|
sempat tukar cardigan beli di Queenstown haritu sbb masa ni dah panas... |
Lepas ke Mirror Lake kami singgah semula di Te Anau utk lunch.. kali ni kami makan fish n chips di
Mainly Seafood. Kami juga tapau fish n chips ni utk dimasak dgn paste asam pedas di
Rata Cottage nanti..yummy !!! sempat la singgah di
Count Down Te Anau beli groceries. Kat sini kami borong banyak la juga coklat sbb kebetulan murah...
|
ni dia Khowai Gifts yang saya cakap di previous post tu...
|
ok jom sambung perjalanan ke rumah comel di Kaka Point.. tak sabarnya...
|
ok dah sampai..eh besarnya cottage kami book? |
|
tu belakang yang comel tu yang kami book airbnb |
|
view dari parking kereta |
|
la rupanya rumah comel belakang ... |
|
collect kunci |
|
toilet comel dan bersih |
|
sofa bed utk 2 lagi... |
|
complete semua ada |
|
bukan main lg walpaper dia |
|
ocean view |
|
best kan cottage ni |
|
bilik utk 2 org..best ada blanket warmer... |
|
dapur comel tapi complete..boleh memasak..utinsel semua ada |
|
dari pandangan bawah |
ok lepas check in kami gerak ke arah
Nugget Point Light House iaitu mmg aim kami di sini. masa nk booking tu dah email host tanya jarak ke nugget point ni. Katanya 15 mins ok sgt la kan.
selain dari sini kalau nak cari accomodation yang dekat boleh cari di the Cathlin. Tapi limited sgt tempatnya..
|
itulah nuggetnya ... batu2 yang nampak spt ketulan nugget |
perjalanan jalan kaki ke light house ni lebih kurang 600meter.. 1km lebih la kalau pergi balik.. tak terasa pun sbb asyik menyinggah ambik gambar..kena pulak cuaca dah makin sejuk mencengkam tulang sbb dah nak senja masa ni...
selesai bergambar kami patah balik ke Rata Cottage utk berehat dan memasak utk mlm ni...
|
tudia dinner kami.. sedapnya lah makan panas2.. scramble egg + sambal che nor + asam pds |
ok itu saja utk hari ni...
Summary Accomodation utk harini :
Name : Rata Cottage
Booking via : Airbnb
Type : house for 4 pax
Price : NZD 88 (RM216)
murah gila kan !!!!!
POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND :
No comments:
Post a Comment
Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye