Friday, March 16, 2018

Day 16 : Auckland City & Dress Mart

Sampai saja di Auckland hari masih pagi. Kami terus ambil Super Shuttle spt saya ceritakan di post2 sebelum ni. Penginapan kami adalah sama spt hari pertama dulu iaitu di Princeton Apartment. Cuma disebabkan belum masanya utk check in kami tinggalkan dulu semua bagasi di bilik store sebelah dgn Receptionist. Selamat jangan risau. Pastikan berkunci dan bawa barang berharga.

Seterusnya kami berjalan kaki ke arah Britomart (Stesen keretapi Auckland) dan beli tiket keretapi ke arah Onehunga. Sebenarnya ada beberapa cawangan outlet Dress Smart ni. Tapi kami memilih Dress Smart Onehunga kerana lebih dkt dgn Auckland dan mudah nak ke sana. ada lebih 100 kedai berjenama spt Nike, Under Armour dll.. Tapi kalau ditanya pendapat saya, saya lebih suka shopping di Queenstreet. Boleh dikatakan semua brand yang ada di sini ada di Queenstreet, Auckland. Cuma pilihannya lebih byk dan baru di QS. Kalau barangan outlet di faham2 la kan..majority yang off season dan harganya jg tidak la murah. Jadi jika tak banyak masa elok la skip ke sini.

train ke One Hunga & Britoamart




saya beli jaket ni sbb sejuk pulak tiba2..


sepanjang perjalanan dari stesen menuju ke Outlet..

dalam train.. kepenatan...

Seterusnya kami balik ke Auckland dan singgah makan di kedai favourite kami Uncle Man.

mihun goreng dan nasik goreng pds..sedapnya.. terliur saya masa menulis blog ni

roti canai pun sedap..

jamu2 mata di sepanjang shooping street di Queenstreet

Kemudian kami jalan2 sekitar Auckland City saja utk menghabiskan masa yang ada.. di sini ada Warehouse (ada perfume murah). Jadi boleh la singgah kalau ada masa.. kami smpat lg beli souviner2 last minute sbl berangkat balik ke Malaysia tgh malam nnt...


saya beli flask pink tu.. utk kenang2 an..

sempat beli romper utk anak buah..

Dari Auckland City seperti biasa kami booking Supershuttle utk ke Airport. Tunggu di tepi Apartment je nanti dia akan datang ambil. Bleh jugak check pergerakan Supershuttle tu dah di mana.. Tapi dinasihatkan tunggu awal sbb supershuttle ni sangat2 sharp... dan dlm shuttle tu bukan ada kita je..ramai...kesian kalau disebabkan kita perjalanan yang lain lain tertunda kan..


Akhir kata terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog perjalananan dan pengalaman kami di NZ.. maaf jika ada kekurangan..saya akan tambah info2 dari semasa -semasa utk penambahbaikan. Saya juga sangat menghargai jika para pembaca budiman dpt komen di ruangan komen. Jumpa lagi di travelog akan datang.. InshaAllah Vietnam & Korea.. dan hujung tahun nanti Umrah..





POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :

Thursday, March 15, 2018

Day 15 : Akaroa & Christchurch

Sejuk betul malam tadi, mmg liat sungguh nak bangun pagi ni.. tapi kami kena gerak awal sbb boleh dikatakan majority penginapan (kecuali Air BnB), waktu check outnya adaah pukul 10.00 pagi. Awal kan? tapi padan la dgn waktu summer yang cepat siang. Pukul 10 dah macam puku 12.00..

Harini kami habiskan majority bekalan makanan yang ada .. sbb dah tinggal 2 hari je lagi sbl balik.. esoknya dah nak fly ke Auckland semula..

Seperti biasa hidangan kami nasi goreng (nasi dari periuk nasi comel) pernah saya sharekan gambar sebelum ni masa di Kinloch. Berjasa sungguh periuk nasik tu..

Rasa tak puas berada di Akaroa ni sbb kami sampai smlm dah gelap pastu pagi2 dah gelap. Akaroa ni cantik sebenarnya. Di sini mmg terkenal dgn sukan air seperti jetboat. Sebenarnya dalam itinerary kami juga ada plan utk main jetboat di Rakai George iaitu berdekatan dgn Akaroa ni. tapi atas sebab2 tertentu kami decide utk trs ke Christchurch. Sbb kami perlu pulangkan kereta sewa harini.

Ok layan gambar yang tak banyak di Akaroa ni..

dah siap berkemas. bag pun dah masukkan dlm kereta separuh

bilik selesa.. dapur & bilik air ni block sebelah.. dkt je

motorhome yang bermalam di sini...nanti diorang akan masak di shared kitchen di gambar bawah..tapi x crowded pun sbb byk facility dapur.. 

kat luar pun boleh makan..kalau tahan sejuk la.. ada playground jugak

harini habiskan porridge + telur + sambal

sini la kami stay.. Top 10 Holiday Park Akaroa

Pemandangan sepanjang perjalanan sebelum balik

75 Km lagi nak ke Christchurch..tapi kami bertolak awal utk mengelakkan sebarang kelewatan pemulangan kereta






Kami tiba di Christchurch awal. Jadi sementara menunggu masa utk pulangkan kereta, kami singgah di Christchurch Botanical Park. Tak ada apa yang menarik pun. Biasa2 ja kat sini tak datang pun tak apa.. bagi saya Christchurch ni agak boring. Kalau baca sebelum ni pun mmg bandar ni agak lengang disebabkan oleh gemba bumi kuat yang berlaku sebelum ini, banyak kerosakan yang terjadi. Jadi golongan muda lebih ramai berhijrah ke bandar2 besar lain. Memang teringin juga nak berjalan2 di dlm Christchurch ni, tapi memikirkan agak susah nak cr parking kami masuk rehat2 dlm park ni je..




muka dah penat setelah lebih 2 minggu kami berpindah randah..
tasik yang biasa saja.. tenang tapi kurang daya penarik..
Lepas pulangkan kereta, kami menaiki shuttle yg disediakan oleh Apex Rental Car ke Jucy Snooze yang tak jauh dari Airport. Itu lah kemudahannya kalau kita ambil kereta sewa di Airport, senang nak ulang alik ke Airport. Lepas siap check in di Jucy spt sbl ni.. kami jalan kaki je ke block sebelah utk makan dan shopping skit2 di Countdown. Strategic sgt sbb boleh beli dan makan2 di sini..

singgah alas perut di muffin break..
block putih sebelah tu je ada kedai2 makan spt Burger Fuel , Muffin Break, Indian Food & Countdown

Lepas makan, kami jalan2 ke arah Airport sambil ambil masa sbb kami belum decide nak ambil teksi atau berjalan kaki saja ke Airport. Shuttle belum ada pada masa tu memandangkan awal pagi.  

Puas berjalan di Airport... semua kedai kami masuk almaklumla byk masa terluang sementara menanti malam. Esok pagi kami akan naik domestic flight Jet Star di sini utk ke Auckland.

makan malam di ruang rehat Jucy.. ada dapur & charger port..


sekali lagi dpt pod di atas..memanjat lagi la.. tapi masa ni tak best sgt sbb share blk dgn org Malaysia.. hemmmm kalau kita ke negara org boleh tak kalau kita ikut cara kesopanan diorang..jangan tunjuk sangat ketidaksopanan tu.. dah la bising dlm blk ni.. (cakap kuat) tanpa menghormati pelancong lain tidur (pelancong Jepun). saya rasa kurang selesa. baik la kalau sebilik dgn pelancong negara lain yang lebih menghormati rakan2 lain yang mahu berehat. 



keesokannya kami bergerak ke Christchurch Airport menaiki teksi yang dibooking melalui receptionist. Nak jalan kaki pun boleh tapi bila memikirkan bag kami yang banyak dan berat elok la naik teksi saja. lagipun awal pagi pada masa tu. Kami booking 2 teksi.. sbb bag banyak..

bye bye Christchurch... Hi Auckland....

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :

Day 16 : Auckland City - Dressmart Outlet


Wednesday, March 14, 2018

Day 14 : Tekapo Lake - Church of Good Shepherd - University of Canterbury Mt John Observatory


Hari Ke 14 kami di bumi kiwi.. Rasa sayang nak check out dari Lake Tekapo. Dah la cuaca yang sejuk..mcm tak puas bermalam di tepi tasik ni.. Tapi apa kan daya byk lagi itinerary yang kami dah plan awal. Kalau keluar lambat alamatnya ramai org.. 

Seterusnya kami ke Church of The Good Sheperd. Kat sini biasanya lokasi stargazing pada tgh mlm. Tapi memandangkan kami pergi musim summer. Tgh malam nak tgk bintang maunya pukul 2 pagi memang tak terjaga la jawabnya. 

pandangan Lake Tekapo dari bilik kami... 
bye bye Tekapo..jumpa lagi jika ada rezeki

penjaga church di hadapan pintu. kami tak masuk pun..
Sebenarnya ini merupakan lokasi popular dan ramai orang. Siap ada pengantin dari China/Korea yang dtg photoshoot harini. Bas2 pelancong pun banyak yang berhenti sbb di sini view Lake Tekapo sangat cantik.  


pandangan Lake Tekapo dari belakang

lupin yang dah start blooming hujung bln 11

konon2 tak ada orang padahal ramai tu..

Seterusna kami bertolak ke arah Mt John Observatory.  Nak naik ke atas ada fees tapi saya dah lupa. Tak mahal. Cuma perlu cekap sebab jalan naik ke gunung ni agak curam dan tinggi. Seriau jugak la sbb berbatu...


tutup jam 6 petang..kami sampai pagi masa ni...

pandangan dari atas Mt John Observatory. kat sini ada tandas dan cafe

cuaca masih berkabus sbb pagi lagi..

pandangan dari atas.. 
Seterusnya kami turun semula dan meneruskan perjalanan ke Mount Cook. Kami agak terlambat sebenarnya kerana perjalanan ke Mt Cook sepatutnya dimulakan awal pagi, jadi tak la panas utk kami tracking ke Hooker Valley. Ermmm nampaknya masa yang ada tak cukup utk kami berjalan sampai atas. Cuaca pulak sgt terik.. jadi reseki kami sampai setakat bawah sahaja. (separuh perjalanan, 30 minit) Sepatutnya habiskan 1 jam dan boleh smpai ke atas. Tapi Walaupun di bawah view sgt cantik dan cerah. Berbaloi berpanas terik.. layankan gambar.. semuanya cantikkkkk geram saya tgk gunung ganang tu...

post wajib atas jalan sbb kereta tak banyak.. tapi kena ada yang jd polis trafik.. takut mati katak pulak kat situ..

sebelum tracking dah bergambar sakan mana nak cukup duit..

sempat tukar jacket hehehe


















sepatutnya kami tracking sampai bawah tu...sob sob sob


panas terik muka dah berkilat




berteduh bawah pokok sbb tak tahan pns.. jacket pun dah tanggal....