Apa pengangkutan yang kami pilih dari Airport ke => Auckland City dan sebaliknya?
Super Shuttle
Kenapa Kami pilih Super Shuttle?
Harga reasonable.
Sangat selesa.
24 jam.
Ada ruangan untuk bag besar dan oversized. (trailer)
Bus lane (tak sangkut dalam jem sbb dibenarkan menggunakan bus lane di sebelah kiri)
free wifi
door to door service
11 penumpang sahaja
Cuma tunggu di depan hotel. Sangat sesuai untuk kami yang mempunyai banyak bag dan berat. Cuma booking online (charge ke credit card). Kami cuma online booking semasa hendak ke Airport. Daripada Airport kami walk in sahaja. Nanti bayar cash semasa sampai di destinasi. Lokasi walk in, tunggi di hadapan pintu International Arrival. cari van yang ada tulis super shuttle. Biasanya driver supershuttle ni setia menanti di luar van dengan senyuman. Jangan malas bertanya ya. sebab kadang-kadang ada supershuttle yang dah fully booked. Tapi 2 kali kami walk in Alhamdulillah mmg ada vacant tak perlu menunggu. paling best layanan mmg VIP siap tolong angkatkan bag masuk ke dlm ruangan bag di belakang sekali (trailer yang ditarik). Jadi semua penumpang akan berasa selesa di dalam shuttle tanpa diganggu oleh bag2 yang banyak. Berapa anggaran tambang? Auckland Airport ==> Auckland City (Princeton Apartment) adalah NZD 15.5 (sangat berbaloi kerana tidak perlu berjalan jauh mengheret bag).
muka terpaksa dipdm nnt tuan punya gambar marah pulak gambar tak bersedia..hehe
ok ni website supershuttle tu ya.. https://www.supershuttle.co.nz/ boleh free call (walaupun menggunakan simcard data sahaja). mana la tau kalau ragu2 takut tak sampai ke hotel boleh je terus call. Tapi ssupper shuttle ni biasanya sharp, kalau mcm apartment kami di tepi jalan mmg kena tunggu awal takut nanti mengganggu lalu lintas dan masa penumpang lain.
FREE 0800 748 885
+64 9 522 5100
Next post saya akan ceritakan mengenai kelebihan simcard yang kami pilih.
Sebenarnya antara proses yang mendebarkan bagi saya semasa hendak travel ke NZ adalah semasa pemeriksaan Kastam. NZ memang terkenal dengan negara yang sangat strict terutamanya dari segi makananan yang dibawa masuk. Kalau yang dah pernah ke Australia, peraturan adalah lebih kurang sama iaitu tiada daging, product tenusu, telur, madu dll. Memandangkan kami agak lama di NZ, sememangnya kami ada membawa stok makanan sendiri selain daripada plan untuk memasak di NZ nanti. (siap bawak periuk nasi travel). Kenapa kami plan nak memasak dan bukannya makan di restoran di sana saja? semestinya kerana kos yang tinggi dan agak susah berjumpa kedai makanan halal. Almaklumla kami akan road trip dan menetap di sesuatu tempat hanya untuk 1 malam. Bukan semua tempat tu ada kedai makan halal. Tips penting yang saya nak bgtau cuma dua..kalau ikut tips ni, kemungkinan untuk bag dibuka atau dihidu anjing pengesan sangat kecil. Macam kes kami Alhamdulillah semua proses berjalan lancar tanpa perlu buka bag.
TIPS 1 : Tick semua kotak di dalam form declaration (yg berkaitan dengan makanan/ubatan). Declaration form akan diberi semasa di dalam flight. (Arrival card)
TIPS 2 : Prepare list, description & ingredient barang yang di bawa (Declaration list) Percaya la para kastam di NZ akan tersenyum lebar kalau tgk pelancong yang rajin prepare semua list yang dibawa. Bukannya susah pun, cuma snap depan dan snap ingredient. Jika lebih rajin boleh la type sedikit description contohnya kegunaan ubat/makanan tersebut. (Nama, jenis, kuantiti, kegunaan). Print dan terus tunjuk semasa proses tapisan. Asingkan semua makanan/ubat utk declare dlm 1 bag (mudah untuk diperiksa).
Alhamdulillah selepas setahun plan berjaya juga menjejakkan kaki di bumi Kiwi. InshaAllah saya akan share banyak info tentang bumi NZ hasil pengalaman dan research sebelum pergi. Semoga saya berkesempatan untuk menulis .. terima kasih untuk yang sudi singgah di blog kerdil saya.. boleh refer IG saya i_am_nieta_ di situ banyak saya upload gambar dan boleh komen di situ jika perlukan maklumat segera ya...
saya belanja gambar sikit ya...ni semua mengikut susunan 17 hari saya di North dan South.. maknanya 17 post saya kena tulis mengikut tempat :D..all the best to me..chaiyok chaiyok
NORTH NEW ZEALAND
1. Auckland
2. Rotorua
2. Matamata - Hobbiton
3. Huka Falls
SOUTH NEW ZEALAND
4. Castle Hill
5. Wanaka
5. Puzzle World
6. Cardrona Bra Fence
7. Cardrona
8. Queenstown Skyline
9. Queenstown City
10. Kinloch
11. Glenorchy
12. Milford Sound
13. Mirror Lakes
13. Nugget Point
14. Cadbury World Dunedin
15. Baldwin The World's Steepest Street
16. Moeraki Boulders
17. Ahuriri - Omarama
18. Tekapo
19. Tekapo Lake
20. Church of the Good Sheperd, Tekapo
21. Mount Cook
Harini saya sharekan itinerary (secara kasar) mengikut route pilihan kami. Untuk makluman perjalanan kami adalah selama 17 hari jadi jika ada yang akan pergi kurang daripada tu boleh la skip mana yang kurang popular tu. Post akan datang saya akan kongsi kelebihan sesuatu tempat. Ada juga tempat kami jadikan persinggahan untuk tidur sahaja kerana destinasi agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Ada yang mengambil masa 5 jam (kereta). Masa kami di sana juga merupakan peak season kerana pada musim summer ni la bunga lupin akan berkembang (Mid Nov - Jan).
Pengangkutan : KUL-AUK-KUL (Air Asia X) - transit di Gold Coast selama 1 jam untuk mengisi minyak
Pengangkutan di NZ : Kereta sewa & Jetstar (domestik)
South : https://www.rentalcar.co.nz/ : Nissan Tiida
North : https://www.ezicarrental.co.nz/rental-locations/auckland-city : Toyota RAV4
Visa : tiada
Currency : NZD 1 = RM3.02
Total Pax : 4 orang
Musim : Penghujung Spring dan Awal Summer (bunga lupin)
Total Kos : RM6,800 (selepas dibahagi 4 pax utk makan, minyak, sewa kereta & penginapan)
Penginapan : semua dibooking online daripada Malaysia kecuali Moeraki Boulders (Bookingdotcom, A*goda)
Route :
North
1. Auckland
2. Rotorua
3. Matamata (Hobbiton)
4. Auckland
South
5. Christchurch
6. Hokitika
7. Wanaka
8. Queenstown
9. Glenorchy
10. Te Anau
11. Kaka Point
12. Moeraki Boulders
13. Tekapo
14. Akaroa
15. Christchurch
16. Auckland
berikut merupakan route kami bermula daripada North dan ke South menggunakan Jetstar dan turun di Christchurch.
Route kami di South adalah mengikut lawan arah jam..iaitu bermula di Christchurch dan juga berakhir di Christchurch utk pulang ke Auckland semula (ambil AAX di AUK).
Tips buat itinerary : study peta + jarak di google map kami ambik masa berbulan utk finalised itinerary dan slp siap baru boleh booking accomodation. Jangan salah book nnt rugi masa dan kalau peak time kena book awal kalau tak akan penuh atau mahal. (Read : Tekapo, Te Anau) Atas permintaan rakan-rakan saya pastekan di sini rangka itinerary dan aktiviti sepanjang kami di NZ. seperti kita maklum tak semua yg kita rancang tu 100% kita ikut. Ini hanyalah plan selebihnya apa yang kami buat sepanjang 17 hari tu nanti saya ceritakan details untuk setiap tempat selepas ini. Diharap rangka itinerary saya ni dapat membantu kawan2 serba sedikit utk merancang itinerary masing2... paling penting plan jarak dan masa. Jangan terlalu padat kerana di NZ kita tak boleh bawak laju2 macam di Malaysia. Apa yang penting ..enjoy !!!
Jangan malu2 bertanya ya ..saya sangat berbesar hati kalau ada yang comment di sini... sekurang2 nya saya tau blog saya ni ada pembaca :) ...tq
untuk next post saya sharekan persediaan dan pengalaman kami semasa tapisan kastam di New Zealand (custom clearance).
Date 17 October - 21 October 2017 (Deepavali & cuti sekolah seminggu) Airways : Air Asia (Banda, Acheh) Total pax : 6 orang (3 Dewasa 3 kanak2) Penginapan : Hotel Medan (Banda) & Freddy Sumur Tiga (Pulau Weh) Jika ditanya saya apa yang menariknya di Acheh. pastinya adalah pantai dan laut yang cantik. Jadi sekiranya saya akan ke sana lagi, saya akan terus menginap di Pulau Weh (Sabang), berehat-rehat di chalet Freddy sambil mendengar alunan ombak di depan bilik. Nikmatnya...
Itinerary yang diberikan oleh tour guide kami adalah seperti di bawah : Nama Tourguide : Banda Acheh Tour (fb) 17 October 09:00 Go to Jetty 09:30 Arrive at Jetty 10:00 Go to Sabang 11:00 Arrive at Sabang 11:10 Go to “ I Love Sabang “ 11:20 Arrive at “ I Love Sabang “ 11:40 Go to Kedai Makan ( Kencana ) 12:00 Arrive at Kedai Makan 12:40 Go to Freddie 13:00 Arrive at Freddie * Rest , Relax & Free xtvt * Dinner di Freddie ( Buffet Dinner Resto I ) 18 October * Sunrise 05:40 dari bilik * Breakfast di Freddie 09:00 Go to Pulau Klah 09:20 Arrive at Pulau Klah 09:40 Go to Goa Sarang 10:10 Arrive at Goa Sarang 10:30 Go to 0 KM Sabang - Indonesia 11:00 Arrive at 0 KM Sabang - Indonesia 11:30 Go to Iboih 11:50 Arrive at Iboih * Xtvt Snorkeling * Lunch kat Kedai Rubiah Island 17:00 Go to Freddie 17:40 Arrive at Freddie * Dinner di Resto II Freddie 19 October * Sunrise 05:40 dari Bilik 08:30 Go to Kedai Kopi ( Breakfast ) 08:50 Arrive at Kedai Kopi 09:40 Go to Bunker Jepun 10:00 Arrive at Bunker Jepun 10:50 Go to New Street 11:10 Arrive at New Street 11:30 Go to Pantai Anoi Hitam 11:50 Arrive at Pantai Anoi Hitam 12:30 Go to Kedai Makan 12:50 Arrive at Kedai Makan 13:40 Go to Freddie 14:00 Arrive at Freddie * Rest , Relax & Free xtvt 18:30 Go to Sabang Fair ( Dinner skali disini sambil layan Sunset ) 18:50 Arrive at Sabang Fair 19:40 Go to Pasar Sabang 20:00 Arrive at Pasar Sabang 21:10 Go to Freddie 21:30 Arrive at Freddie 20 October 06:40 Go to Jetty 07:00 Arrive at Jetty * if nk breakfast di Kedai Makan area Jetty 08:00 Go to Banda Aceh 09:00 Arrive at Banda Aceh 09:10 Go to Museum Tsunami 09:30 Arrive at Museum Tsunami 10:30 Go to Kapal Atas Rumah 10:50 Arrive at Kapal Atas Rumah 11:30 Go to Kedai Makan 11:50 Arrive at Kedai Makan ( TAPAU ) 12:00 Go to Hotel 12:20 Arrive at Hotel * SHOLAT JUMAT 14:30 Go to PLTD Apung 14:50 Arrive at PLTD Apung 15:30 Go to Peukan Bada 15:50 Arrive at Peukan Bada 16:30 Go to Pasar Atjeh 16:50 Arrive at Pasar Atjeh 18:20 Go to Masjid Raya Baiturrahman 18:40 Arrive at Masjid Raya Baiturrahman 19:30 Go to Mie Aceh Razali 19:40 Arrive at Mie Aceh Razali 20:30 Go to Hotel 20:40 Arrive at Hotel 21 October 06:30 Go to Airport 06:50 Arrive at Airport
( PRIVATE TRIP/TOUR ) INCLUDE ● 6 Ticket Fast Ferry ( Return ) ● Van , Driver , Petrol , Parking , Entrance Fees ● Airport Transfer ● Banda Aceh & Sabang Tour EXCLUDE ■ Makan , Ticket flight, Hotel & xtvt Snorkeling / Diving
makanan dalam flight AA
lasagna
Selamat Pagi Acheh
Airport Banda, cantik kan... bangunan ada ciri2 Islam
singgah sarapan di kedai kopi, merasa kopi Acheh yang terkenal
melawat muzium tinggalan rumah Pahlawan Aceh Cut Nyak Dhien
menzirahi perkarangan Masjid yang terlibat semasa tsunami. Masjid ini terletak di kampung supir kami dan semua anggota keluarganya meninggal dunia semasa tragedi. Beliau masih bekerja di Jakarta pada masa itu.
berehat dan makan tengah hari di PANTAI LAMPUUK
banyak pondok2 rehat utk makan di sini
Yummy sedap makan ikan bakar fresh
walaupun panas terik layankan aja anak2 bersantai
tgk air yang biru tu dah tak sabar nak naik feri ke Pulau Sabang sebentar lagi
nak naik ni kena bayar, takpe la kita bantu ekonomi mereka
Tour kami adalah termasuk tiket ferry express. Selepas dihantar oleh supir Bob di jetty, kami akan berjumpa dengan supir Bob sorang lagi di Pulau Sabang. Perjalanan tidak terlalu lama lebih kurang sejam.
ok dah sampai Freddy (pemiliknya adalah Mat Saleh tapi makanan halal dan disediakan oleh penduduk tempatan)
Inilah Freddy Resort. Cantik sangat. Betul2 berhadapan dengan laut.
tak perlu ke tempat lain dalam kawasan Freddy ni pun dah cantik
kami booking melalui Agoda. Boleh juga minta tolong supir bookingkan kadang2 lebih murah
dari balkoni bilik. Kami pilih Apartment Family Seaview. (boleh muat lebih daripada 6 org)
maaf lupa nak snap gambar di dalam bilik. walaupun biliknya nampak klasik tapi tandas adalah moden.
tenang je...
sebelah malamnya kami dinner di tingkat bawah Freddy (order nasik goreng), jika nak makan di tingkat atas iaitu buffet perlu booking dan pergi awal.
kekenyangan dan keletihan
ada western dan nasik
Hari Kedua :
keadaan resort yang bertangga
dah ready nak jalan2 hari Kedua
singgah sarapan nasik lemak di kedai kopi
view Pulau Klah dalam perjalanan ke Iboih & Zero Kilometer
boleh panjat pokok ni..view mmg cantik.. nak naik pokok ni kena bayar di kedai kopi sebelah
nasib baik anak2 tak gayat nak panjat tangga tu
sebelah tu kedai minum, kena bayar upah naik atas pokok di situ
dah sampai di Pulau Iboih. (seberang pulau Rubiah). Kami tak pergi sana sbb tak nak snorkeling pun sbb panas.
cuma main air di gigi2 pantai..nampak tak jernihnya air. MasyaAllah
jetty nak naik bot ke Pulau Rubiah. ada resort jgk di sana. Jarak dgn freddy jauh. better sewa dua tmpt
meneruskan perjalanan ke Titik Nol Kilomete Sabang
Kemudian kami balik bilik utk berehat dan solat. Sebelah petangnya kami akan ke pekan Sabang untuk menikmati sunset.
Sabang Fair
kami dinner buffet di Freddy. Bread pudding desert ni sedap sg
santai2 je makan malam
udang tu fresh...sedappp
nasik kunyit tak brp boleh masuk tekak
bread pudding terbaik
sementara tunggu buffet ready dan dihidang..
HARI KE - 3
Benteng Jepang (perlindungan semasa serangan Jepun)
Bunker di belakang
singgah beli buah tangan. Jika nak beli baju atau fridge magnet Sabang better beli di sini sebelum balik ke Banda
Kami bungkus saja makanan tgh hari di pekan, balik bilik dan rehat sementara menunggu petang.
bersedia untuk keluar jalan2 dan dinner lobster
kedai ikan bakar depan "I Love Sabang"
sedapnya lobster
Alhamdulillah kenyang...kami balik bilik utk berehat dan bangun awal pagi esoknya utk mandi pandai sebelum bertolak ke jetty ke Banda.
kami jalan kaki je ke kampung sebelah dan pantainya lebih besar. Puas la anak2 main air..
jernihnya air..ni depan Freddy je...
dah sampai di Jetty untuk ke Banda semula
ini supir kami di Pulau Sabang, Bob..baik orangnya
HARI KE-4 : BANDA
Muzium Tsunami
senarai nama yang terkorban bersama alunan surah Yasin
menginsafkan..Alfatihah kepada yang telah terkorban
keadaan selepas tsunami
pergi lah lihat sendiri...
menggerunkan gambaran gelombang ombak besar yang datang menarik ke tengah lautan
selepas itu kami dibawa makan tengah hari di salah sebuah kedai makan. sedap lauknya. walaupun kuah kari kambing tu nampak cair tapi sgt sedap. Ayam pula digoreng panas2 kami siap minta tambah.
dengan Van Uncle bob. Boleh muat 12 penumpang
kami singgah ke kampung bahtera di atas rumah (Kapal Tsunamu Lampulo). Makcik2 ni menulis sendiri buku pengalaman mereka. Ada yang tersangkut di atas pokok. Tabahnya mereka. Jangan lupa membeli sambil bersedekah.
kapal yang tersangkut di atas rumah dan semua yang menaiki kapal sesat dari laut ini selamat.
Muzium Rumah Acheh
PLTD Apung (kapal yang terlibat dan menceritakan keadaan semasa tsunami), baju biru adalah Uncle Bob dan paling kanan adalah petugas yang memberi penerangan tentang kapal ini.
dalam kapal
kubah masjid yang hanyut ke kampung.. tiada cacat atau kerosakan
Masjid Raya Habiburrahman
sebelah malamnya kami di bawa makan malam di Mie & Nasi Goreng Bardi. Dapat la merasakan makan Mee Acheh ketam...
Hotel Medan, jalan kaki je beli souviner
di Airport Banda
Bye Bye Acheh...ada rezeki kita berjumpa lagi...
Tips sebelum ke Pulau Sabang:
1. Minta supir singgah di convenient store seperti Indo Maret dan beli jajan + maggi goreng Indo. senang boleh makan2 dan piknik di Sabang nanti.
2. pakai pakaian yang longgar seperti palazo jika hendak ke masjid. Jika tidak mereka akan berikan kain telekung utk dipakai di perkarangan masjid.
3. Kami siap bawa balik jajan yang sedap2 sbb murah di sana. Air Cappucino 3 in 1 pun sedap.
4. Selain daripada tu boleh la beli ikan salai dan kopi Acheh utk dibuat buah tangan.