Wednesday, November 6, 2019

Trip Mencari Autumn di Seoul 2019 - ibu dan anak... Part 2 : Nami Island (tanpa ITX atau bus package Klook)

Rata-rata yang akan ke Nami susah hati nak pegi macam mana kan? susah ke jauh ke mahal ke?
Ini merupakan kali ke-3 saya ke Nami.. spring, winter dan autumn..summer saya skip sbb rasa mcm takde keperluan ke sana saya ubah ke Morning Calm Garden masa tu sbb nak tgk hydrangea yg ada pada musim summer sahaja.

Ok jom kita cerita tentang autumn.. apa yang menarik di Nami? walawehhhh mesti la sangat2 lumayan viewnya... kat sana la kita boleh nama pepohon ginkgo yang tersusun cantik berwarna emas.. disulami daun2 yang berwarna oren kemerahan.

Ok layan gambar... video dan cara-cara nak ke sana ya..post ni agak panjang kerana semua gambar di sini amat la saya suka.. di hujung cerita saya akan ceritakan pengalaman kami berdepan dengan para photographer Korea yang bukannya sorang dua.. tapi hampir 10 orang offer kami utk dijadikan model Nami.. auwwwww !!!



Cara nak ke Nami :
1. ITX train (kena book ticket online utk mengelakkan tiada seat), click sini utk beli ticket online 
kelemahan : mahal, dan perlu slot masa yang tetap 

2. Beli package di Klook/KK Day (bas) RM62 roundtrip
kelemahan : bertolak lambat dan bila sampai org dah ramai

3. Naik subway seperti biasa (tukar2, dan murah) 2350 subway + 3000 taxi +- RM20 round trip

ok jika ditanya saya, mesti lah saya pilih option ke-3. Mengenali saya mmg la saya sukakan masa yg flexible dan keluar awal pagi untuk mengelak org ramai. Dan inilah cara yang paling flexible.

Cara naik train ke Nami Island 
Apps : kakao metro

pastikan buka apps ni bila dah nak bergerak kerana masanya adalah tepat. Jadi kita dapat tau pukul brp train akan sampai

Destinasi : Gapyeong + naik teksi ke Nami (tambang 3k utk 1 kereta)
Route saya : Myeongdong - Ichon - Cheongnyangni - Gapyeong (follow je tanda arah di dlam train, dan tukar2 pun di dalam station)



Opening Hours
Kaunter feri buka pukul  7.30am dan jika plan nak naik zipwire pukul 9.00am
Cadangan masa bertolak? ya kami bertolak sesudah subuh iaitu pukul 6am dan sampai di sana pukul 8am (duration lebih kurang 2 jam)

Harga Tiket
13,000 (adult) 
10,000 (teenagers/kids) 

ok dah sampai di Nami.. beli ticket di counter dan beratur la untuk menaiki feri..feri tu tak lama pun 5-10 minit dah sampai pun ke pulau Nami :D

Cadangan Masa di Nami Island
5 jam di sini (solat dan makan sekali) sbb tempat ni sgt luas dan cantik pada musim autumn

Kemudahan di Nami Island
  • Kedai makan halal (kami makan di Asean Cuisine)
  • pejabat post di Info Centre
  • tandas yang agak byk
  • surau (atas Asean Cuisine , sebelah kanan)
  • sewa basikal 16k)
  • train yg sesuai jika ada bawa kanak-kanak
ok layan kan gambar dulu ya
jangan lupa ambik brochure map ni di counter ticket..nnt senang boleh tau ke mana arah tujuan

tiket ke Nami, jgn lupa jika ada anak sekolah menengah boleh dpt harga teenagers, naik bus pun sama kena bgtau

Rezeki kami masa tengah syok bergambar dengan tripod, kami di sapa oleh seorang photographer amatur (katanya).. Beliau (Mr. Yun) offer kami untuk untuk dijadikan model photographynya.  Apa lagi macam org mengantuk disorongkan bantal la sbb saya memang ada survey2 harga private photographer di Nami. Memang lah harganya ribu2 .. ini free pulak siapa yang taknak kan..

Lepas kami posing2 di beberapa tempat (sejam lebih kurang), bertukar2 email, Mr Yun pun meminta diri kerana perlu ke lokasi lain. Dalam hati cptla Mr Yun ni emailkan gambar sbb kami dah byk buang masa kat situ.

Kami pun sambung bergambar sendiri dan sesekali disapa tourist dan local utk diajak bergambar sekali.. ada sekali tu sekumpulan photographer agaknya masa tu ada trip outdoor photography kot. Tadah je la muka bg diorg snap.. sampai ke tahap anak saya cakap, jom mama sebelum kena tahan lagi bergambar :D..bila diingatkan kelakar pun ada.. itu semua kenangan manis di Nami..dan hasilnya pun cantik gambar2 yang diemail diorang.. rezeki kami sangat2...


gambar drp lensa photographer



gambar drp lensa photographer

gambar drp lensa photographer

gambar drp lensa photographer

gambar drp lensa photographer






gambar yang disnap anak saya


gambar daripada tripod dan remote



ok kita berhenti makan dulu... salin baju dan solat... 


ok sesi ke-2 kami kenakan persalinan merah pulak.. sbb dah memang plan daun kuning ni nak kontrakan dengan baju merah

berhenti rehat sambil menikmati susu pisang yang dibeli di station Gapyeong tadi

pos postcard utk alamat sendiri di Malaysia..ini merupakan koleksi peribadi saya, poskad 1k, stamp 1200

makan pau kacang merah panas2..

orang dah mulai ramai selepas kami tukar baju



ok kita bersambung lagi ya... saya akan tambah lg info2 dan cerita Nami ni jika ada masa..untuk gambar2 yang diambik oleh photographer boleh tgk di IG saya : i_am_nieta_ 




untuk post berkaitan :

Day 2 : Haneul Park 
Day 3 : MBC Drama & Harry Potter Cafe
Day 4 : Nami Island
Tips sewa hanbok murah 

No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye