Thursday, November 7, 2019

Rakyat Korea Racist ke?



Baru ni saya ada terbaca 1 'artikel' yang bagi saya agak berat sebelah bila pukul rata semua orang Korea racist katanya.. Komen saya... Saya tak setuju!


Soalan saya... 
1. Dah berapa kali ke Korea sampai nak judge semua orang mcm tu? 
2. Dah berapa negara pernah pergi sampai tak nampak semua negara ada masalah yang sama
3. Pernah tak anda nilai kembali apa yang anda buat sehingga ada yang seperti 'lari' ..Mungkin muka ketat? Mungkin cakap kuat2 dlm train sampai annoying? Mungkin gelak-gelak sampai diorang terasa..
4. betul ke yang buat perangai tu rakyat Korea? Anda dapat bezakan ke antara Korea dan China? sbb diorang mmg ramai bekerja di Korea dan pandai bercakap Korea.  

Ok ini pengalaman saya.. saya bukan travel agent yang mempromosikan Korea.. saya bukan hanya travel ke Korea.. dah byk negara saya pergi.. dan setiap negara saya akan ceritakan dengan telus apa yang saya alami. Ya yang saya alami bukan sekadar mendengar rumours. Contohnya saya pernah ceritakan saya kurang suka Paris kerana kotor dan kurang selamat.. ya saya telus..

Sepanjang pengalaman saya berulang alik Korea sejak 2014 (7 kali), tak pernah saya jumpa orang Korea yang mencebik, menjeling ataupun melarikan diri bila nampak kami. Malah saya jumpa yang sangat2 baik.. memang ada generasi muda yang sumbat telinga dengan earphone tanpa menghiraukan org sekeliling. (Tapi itu juga berlaku di Malaysia dan Jepun).

Pengalaman Pertama (2014)
Pertama kali ke Seoul, saya terpisah dengan kawan-kawan masa dlm perjalanan balik ke Hongdae. Kena pulak itu merupakan train terakhir. Jadi saya tak dpt berpatah balik. Tapi saya sedikit pun tak rasa cemas, dengan tenang saya minta tolong seorang Korea yang berpakaian kemas balik drp kerja (suit). Beliau bukan sahaja menunjukkan jalan, malah menghantar saya sehingga ke pintu teksi. Tolong bukakan pintu teksi dan bercakap dgn pemandu teksi ke mana destinasi saya (majority pemandu teksi di Korea tak pandai English). 

Setiap kali saya ke Seoul (walaupun berjalan seorang) di dalam Mall, ada makcik2 yang akan ckp sesama diorang (yipu) maksudnya cantik..malah ada yang toleh sambil cakap sendiri dgn saya..Yipu Yipu...so beautiful... Racist ka itu?

Pengalaman (2019)
i. Semasa di Nami, kami disapa lebih drp 10 orang utk diajak bergambar.. tipsnya jangan la buat muka ketat ala2 diva dik.. kat Malaysia pun org tak suka kalau buat muka camtu apatah lagi di luar.. senyummmm senyummm anda membawa nama baik Malaysia.. jaga peribadi...sampah simpan dlm poket :)

ii. Semasa berjalan di subway station, ada seorang makcik menarik tangan saya untuk ikut beliau ke arah lift.. (lift agak tersembunyi, kalau org tak biasa tak jumpa) sambil menunjukkan skirt saya yang labuh.. risau betul takut skirt saya tersekat di escalator agaknya..

iii. semasa saya touch T-money card (touch n go), card saya tak berfungsi..masa tu saya dah kepenatan dah nak habis bateri org kata.. belum sempat buat apa, ada seorang wanita ambik tangan saya alihkan card saya dan terus touchkan.. terpinga-pinga saya.. owhh kad saya terbalik rupanya.. (saya faham dia susah nak cakap  jadi dia tunjukkan terus dengan perbuatan).

iv. Gambar di atas adalah dengan salah seorang pelakon drama Korea.. elok je dia cakap English.. siap bgtau beliau ada kawan di Penang.. tak racist pun.. 

v. Sangat ramai yang membantu kami ambikkan gambar.. Jika membenci jangan harap la diorg nak offerkan. Betul tak? 

Bagi saya, jika dikata semua rakyat Korea tu racist, saya tak setuju... jangan pukul rata semua orang ya.. tapi jika ada yang hendak percayakan bulat2 terpulang la.. setiap tahun ramai je yang pergi dan repeat lagi dan lagi.. kalau racist mesti la serik ..betul tak?

ok akhir kata..selamat bercuti..jadi la traveller yang bijak. Membaca amalan mulia ;)

salah satu gambar yang diambil oleh local. Bukan kami yang minta tetapi makcik ni yg offerkan



No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye