Sunday, November 3, 2019

Trip Mencari Autumn di Seoul 2019 - ibu dan anak... Part 1 Haneul Park & Itaewon




Salam semua.. memandangkan ini bukan kali pertama saya ke Seoul, itinerary kali ni agak rare dan majority tempat yang kam pergi adalah berlainan dengan yang sebelum-sebelum ini. Selamat membaca ! jangan lupa tinggalkan comment ya

Day 1: 28/10/2019 - Arrival Incheon Airport, makan malam dan jalan2 sekitar Myeongdong

Day 2 : 29/10/2019 - Haneul Park : sesampai saja di Seoul dah petang jadi kami cuma habiskan masa dgn jalan2 sekitar Myeongdong.. Hari ke-2 terus ke Haneul Park sbb ni dah masuk masa kecederaan dah hampir habis musim pink muhly..Festival pun dah tamat sehari sebelum kami sampai.. sabar je la
Kami bertolak pukul 7.30 pagi dan target sampai di Haneul Park sebelum counter bungy car start iaitu 9.00 pagi sebab kami xnak beratur panjang.. Alhamdulillah kami sampai 8.30 selepas berpenat lelah jalan kaki dan panjat tangga.. fuhhh mencabar ...tak sesuai utk warga emas...hasil kajian mmg que panjang jika lambat.. dan seperti biasa kami org first sampai..driver bungy tu bawak kami 2 je..amboi terasa vip..
ticket shuttle 2k return
masuk park : free

Cara nak ke sini :
by bus : bus 7001 drp myeongdong (perjalanan sejam, turun di World cup stadium)
by train : 
World Cup Stadium : Exit 1 (south gate), daripada main entrance turun jambatan tangga hala ke car park utama (kanan), jalan straight sampai nmpk bangunan spt psr raya, lintas jalan, belok kanan dan straight smpai nmapak flyover biru. Ambik buggy car 2000 round trip. (simpan ticket utk turun)
utk video boleh refer story IG ..taktau nape x dpt attach pulak...


lepas keluar drp exit 1, jalan sampai jumpa bangunan ni, lintas jln dan belok kanan

jln straight smpai jumpa flyover biru ni



kalau taknak daki bukit boleh naik suttle ..tapi start pukul 9.00 pagi..jgn lewat nnt kena que panjang


jalan kaki ke arah shuttle booth di bawah sana

simpan ticket ni utk turun ke bawah

blm ada orang..yeayyyy kami first customer




















Day 2 : 29/10/2019 - Deoksogung Palace
Selepas ke Haneul Park kami sambung perjalanan ke Deoksugung Palace... Sewa Hanbok di King Hanbok sebelah dgn Gyeongbokgung Palace tapi kami ambik teksi ke Deoksugung Palace sbb selasa Gyeongbokgung tutup..takde hal dekat je pun..masa balik kami jln kaki je..nanti kita dtg balik Gyeongbokgung pakai hanbok lain pulak... boleh imagine tak kepenatan kami pagi td mendaki bukit..tgh hari sambung jalan kaki dalam palace..

COST
1. sewa hanbok : 9,900krw /hrs & hair accessories 3000krw
2. entrance : free (sekiranya pakai hanbok, tapi still kena ambik ticket di counter)



















italian tourist offerkan kami tlg snap




















29 October 2019 : Itaewon (final part) :
Jika siang tadi dah ikut itinerary mama.. sebelah malam kita ikut interest kakak pulak.. jiwa teenagers kena la follow juga nnt bosan la dia.. balik daripada palace kami ke Itaewon utk solat di masjid dan seterusnya makan makanan halal di sana. kakak dah lapar terketar-ketar. Alamak sorry la kakak kalau ikutkan perut mama ni makan sehari sekali je.. cukup dengan sebotol susu pisang dah kenyang.. ok takpe kita bg dia makan kenyang2.. nasik mama pun dia habiskan.. lapar benar tu ðŸ˜‚.. lepas tu singgah di Line & Friends , BT21 flagship.. baru la nmpak muka kakak kembali ceria.. dapat pulak merchandise ori Korea.. senyum sampai telinga la.. ok jumpa esok.. ke tempat jauh esok


cara nak ke sini : ITAEWON exit 3, straight sampai jumpa restoren Turkey Karvan, belok kanan dan belok kiri sbl sekolah..daki bukit sampai nmpak signboard Halal Food area..kat sini ada byk pilihan makanan halal sbb berdekatan dengan Central Mosque Seoul


kami memilih Muree seperti biasa.. mmg dah byk kali makan bulgogi di sini

shrimp fried rice..perut melayu sehari tak makan nasik









ok tamatlah hari ke-2 ...kita bersambung di hari ke-3 .. jeng jeng jeng..kami jumpa pelakon Korea tengah shooting drama esok.. 



JANGAN LUPA FOLLOW :  ig : i_am_nieta_


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye