Tuesday, November 5, 2019

Trip Mencari Autumn di Seoul 2019 - ibu dan anak... Part 2 : MBC Drama & Harry Potter Cafe (King Cross 9 3/4)

Hari Ke-3  30/10/2019 : Yongin Dae Jang Geum MBC Drama

Cara nak ke sini : 
1. Ambik Subway ke Nambu Terminal Bus
2. Beli ticket bus ke Baekam (5100 KRW) - interval 25 minutes
3. Baekam 3rd stop (alert utk turun)
4. Naik bas #105 di depan bangunan biru (jual ticket ke Seoul) - kami naik teksi je 9600 KRW
**** Jika naik teksi cuma sebut "MBC" tau la dia


Berapa harga ticket masuk?
Adult : 9,500 KRW
Teenagers : 8,000 KRW
Child : 7,000 KRW

Ada shuttle disediakan? 
ya ada.. 3000 KRW tapi percayalah jalan kaki lagi best sbb senang nak bergambar

Apa yang ada di dalam?
1. Information Center (sewa hanbok di sini 20k)
2. Istana, perkampungan yang digunakan untuk shooting historical drama (library, penjara, market, dll)
3. Cafe kecil di depan Information Centre
4. Kemudahan toilet yang ada air di dalam :)

Dalam ni tersangat luas dan keadaan muka bumi berbukit bukau..jadi tak sesuai untuk warga emas atau yang ada masalah berjalan kaki kerana shuttle hanyalah daripada counter ticket ke Info Centre sahaja.

keluar awal pagi supaya dapat sampai awal - Myeongdong ke Nambu Bus Terminal

yeayy sampai ngam2 sebelum bas gerak


sesampainya kami disambut para pelakon drama ni.. terus semangat nak daki bukit :D


saya pilih watak court lady ni sbb unique dan dah bosan jd princess hehehe..wpun court lady ni watak utama ni 

pilihan yang ada..semuanya ada kena mengena dgn watak yg dilakonkan..maksudnya baju2 yang diorang pakai dalam drama

posing di studio dulu sbl keluar ke outdoor location
in character sangat :D


best sangat sbb tak ada org pun selain crew2 drama






mengadap Maharaja



kami jumpa pelakon 

lupa la nak tanya beliau tgh shooting drama apa.. padahal beliau sgt ramah dan fluent English..adoi nyesal

kami naik sampai atas..atas ni ada tempat makan2 dan restaurant

mentang2 la cuaca sejuk sedap je duduk atas tangga
bus 105 ke Baekam dah datang1.30, tapi bas ni jalan pukul 2.00..kami tungu je dlm bas sebab dah puas roud daripada pukul 9am... amboi lama betul kami kat sini... siap piknik minum susu pisang dan makan bekalan...

tiket ke seoul..beli di dalam kedai kecik ni ye..dlm ni ada jual air dan ticket

30 Oktober 2019 - Gryffindor atau Slytherin?  King's Cross 9 3/4 Cafe (Harry Potter)

Address : 417 Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul, South Korea, 
How to Go : Subway Hongik University (Exit 9), walk around 15mins (use Naver Map)
.
.
Balik daripada Yongin dah petang, kami terus balik Myeongdong utk solat, makan dan tukar baju.. perjalanan disambung ke Ehwa University Stret  .. malangnya pukul 5 dah gelap.. jadi kami cuma ambil2 gambar di sekitar ehwa dan shopping skincare di street.. harga sama dgn Myeondong cuma sini x ramai org mcm di Myeondong smlm.. boleh pilih dengan tenang, stock byk, siap dpt 2 poster besar EXO ..suka la kakak..
kemudian kami sambung perjalanan ke Hongdae .. focus kepada King's Cross 9 3/4 Cafe (Harry Potter).. cafe ni agak tersorok ye kena bkk map.. dan pilihan kami tepat dtg sini malam sbb org x ramai x payah que nak bergambar dgn penyapu quiditch Harry Potter tu..
untuk makluman nak masuk ke dlm utk melawat dorm dll kena beli air dulu.. segelas air lebih kurang RM40++ just imagine kalau pegi 1 family ðŸ˜….. tapi kami anggap bayaran tu utk msk ke museum Harry Potter.. mengubat kerinduan Harry Potter world di USJ Osaka.. best juga dlm ni ada 5 tingkat.. puas bergambar dlm ni.. minum pun rileks2 je..
.
muffler tu kami bawak sendiri mmg ada beli di Harry Potter USJ.. tapi di dlm dorm pun ada disediakan uniform sekolah.. apa lagi mesti la pilih Gryffindor.. Ada peminat Slytherin kat sini ðŸ˜›

Hongik University Station

dapat free EXO posters



the wand

unique sgt cafe ni...penuh mistery wizard..lagu pun lagu tema HP

terasa spt di dlm Common Room Hogwarts School






air kena angkat sendiri naik tangga

sebelah malam tak ramai orang..kalau nak ambik gambar di luar ni je x perlu beli air dan masuk dalam

lengang...

depan cafe ada Aland...

memilih tongkat sakti ke tu :D


mesti la rumah Gryffindor..nak sama dgn Harry and the gang kan




kami beli chocolate dan coffee... chocolate tu sedap..x manis sgt.. 








singgah di Spao Hongdae

Hi Dobby :D


ok kita sambung Day 4 di Nami Island esok ya.. :D 

No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye