Wednesday, October 24, 2018

Bangkok Trip 2018



ok pertama sekali mintak ampun banyak2.. trip saya ni plg last minute..tetiba rasa nak join kawan ke Bangkok..jadi honestly cakap memang saya takde plan apa2 itinerary. Sedangkan hotel pun kami walk in je. Tapi saya kongsikan di sini nama2 tempat yang saya dah pergi, dan gambar2 yang sempat saya snap ya.

Airlines : MH (MAS)
Tambang : RM499.00 (return)
Total pax : 4 
Currency : 12.63 bhat
Simcard : 90 Bhat 4Gb - 4 days  (beli di luar Arrival)


DAY 1 : KLIA - Bangkok Suvarnabhumi - Pratunam 



salah satu sbb pilih MAS, sbb tak boring dlm flght tgk movie hehe

gang travel berempat..sorg lagi takde dlm camera..






































dah senja baru la kami sampai di Bangkok..almaklumla waktu di Bangkok advance sejam.. kebetulan baru lepas hujan huhuhu... 

sampai je di Airport, proses smooth dan kami terus ke City Link Airport Bangkok (sama spt ERL tapi murah yang amat) . 

Kos : 40 Bhat City Link Airport - Ratchaprarop Station (Pratunam)

dah sampai Airport.. selesai mengisi Arrival Card (biasanya akan diberi dlm flight, tapi jika tak dpt boleh isi di Arrival (jgn hilangkan sbb nnt akan dirujuk sebelum balik)


semasa di Imigresen, pastikan semua diisi di dlm borang cthnya nama hotel. Kalau nak walk in mcm kami cari je la nama Hotel yang ada dalam Ahgoda tu.. jgn smpai dia suspect kita takde haluan pulak..bahaya tu...

dalam train.. berdebar nak sampai ke Pratunam, tak sabar nak cr hotel dan start shopping...yeehaaa


sampai di Pratunam, kami dapat cari hotel yang sangat dekat dgn Psr Malam Pratunam tu, murah pulak tu. Tapi saya tak recommend. Walaupun hotel ni baru renovate, tapi kami kurang nyenyak tidur sebab bilik tak sound proof. Jadi saya cdgkan pilih la hotel yang ada bintang skit ya. Mcm kami ni dah memang nak jimat kos, yang penting dekat sangat2 dgn pasar malam dan BTS (train).

Lepas tinggalkan barang, kami pun apa lagi..nak cr makan dan shopping la kan.. plannya malam ni nak survey2 je dulu..almaklumla ada 2 malam lagi nak shopping slp ni..

Tapi malangnya majority kedai dah tutup. Jadi kami beli maggi (halal) di SevenE je..Rasanya semua tau di Thailand, Seven E ni sgt meriah. Nak cari apa semuanya ada, murah pulak tu.

Jadi tamatla pengembaraan untuk hari pertama. Kami balik hotel dalam pukul 11 lebih, dinner, mandi dan rehat. 






























lawa bag yang boleh customised nama ni..tapi pergi lepas tu dah takde sbb hujan..adoi nyesal betul tak beli 


dinner malam ni..maggi tomyam & susu pisang meiji (tak la sdp sgt, sdp lagi teh ais Thai mesin Seven E)





shopping jajan di Seven E

DAY 2 : Chatucak Weeekend Market - Platinum Mall - Pratunam Night Market
bag warna warni


memandangkan semalam kami tak makan nasik, pagi ni sebelum start jalan kami singgah sarapan nasik terus. heaven sgt rasa boleh makan tomyam ni... sambal belacan pun sedap.. tapi kawasan kami makan ni saya tak recommend jugak sbb kiri kanan ada jual (non halal food). tapi sbb lapar kita tawakal sbb yang jual ni pun boleh ckp melayu dan bertudung. 



Dari Pratunam kami ambik grab ke Chatuchak. Lama juga la menunggu ada yang cancel ada yang tak jumpa. Communication breakdown. siap mintak sorang penjual ni bercakap dgn driver grab tu. Macam2 hal...

 yeay finally sampai juga ke Chatuchak. Orang tak ramai lagi maybe sbb pagi ataupun smeua target nak pergi malam utk mengelakkan panas. 



ok layan gambar2 di Chatucak yang sempat saya snap. selebihnya tangan dah penuh memang tak larat dah nak snap. Pesanan khidmat masyarakat : bawa la bag troli atau shoppingbag beroda ke sini. sebab semua barang murah2, unik dan lawa. 
















































































































































Selesai shopping di Chatuchak tgh hari sbb rasa dah tak tertahan panas, bag pun dah berat. Masa ni orang semakin ramai. Kami decide untuk balik ke Pratunam dan lunch. Perut dah lapar. 

Masa balik kami ambil train saja ke Pratunam. Station Chatucak adalah : Mo Chit (sukhambit line).

Sampai di Pratunam, kami sambung shopping di Platinum Mall. Tempat ni memang sangat terkenal dgn shopping pelbagai barang terutama ya baju, bag, dan kasut.

nampak tak directory..ada 3 zone tu.. sehari memang tak cukup..














































bag dah beranak pinak. Kami berenti rehat kejap sbb tangan dah sakit angkat bag... alahai...



















































































Lokasi : Muslim level 5, Muslimah Level 2
Waktu : 12am - 8pm

comel dan bersih Alhamdulillah...


sebelah malamya kami dinner ikan bakar yang sgt sedap di tempat makan muslim. Memang sedap sgt2.. wajib ke sini..








ikan garam yang sgt fresh...






































tomyam, kerabu, dan lain2..semua sedap..





































nasi goreng udang...uish memang terliur bila membayangkan kesedapan..kudang tu besar dan fresh..
















































pencuci mulut puding kelapa
















































nak ke sini kena turun di station Ramkhamhaeng.. dan jalan kaki sikit. Nama kedai makan : Meangplahuamark. Kami naik grab je ke sini. Masa balik baru la naik train. kalau nak makan sedap selalu boleh juga stay di sini cthnya ada Hotel Nasavekas. 

Total Makan : 1030 Bhat
Kos grab dari Pratunam ke sini adalah 300 (MPV).


ok tamat lah hari ke-2. Hari ke-3 akan bersambung ya..


DAY 3 : Bombae Market - Platinum Mall - Pratunam
Seawal pagi kami bergerak ke Bombae Market. Kali ni kami merasai pengalaman menaiki tuktuk. Agak horror jugak la sbb laju dan rasa mcm naik motosikal di tgh2 kota. Kalau nak naik tuk tuk ni pastikan tanya dulu harga ya. Takut kena pancung nanti. 

ok layan gambar hari ke3 kami.. 


















































Sambung shopping di Pratunam... siang kedai lain, malam kedai lain..












































massage kaki di Platinum Fashion Mall, lunch kebab di luar bangunan dan sambung shopping lagi..





















































sebelah malamnya hujan, alternativenya beli baju hujan di Sevem-E dan sambung shopping. Agak frust malam terakhir ni tak byk kedai yang bukak...

DAY 4 : Platinum Mall - Pratunam -KLIA
Memandangkan harini hari terakhir sebelum kami berangkat pulang, masih sempat lg nak habiskan duit yang ada. Bukan setakat habiskan, siap tukar tambahan. hehehe..kalau yang kaki shopping tu elokla bawak duit RM tambahan. Nanti tukar je di sini. Rate pun ada yang lebih rendah. 







































Hati senang lepas tukar duit :D




























































teh ais Seven-E (18 Bhat)











bye bye Bangkok...see you next year :D

***********


untuk yang merancang hendak ke Bangkok boleh la tgk jugak senarai tempat2 menarik shopping di Bangkok :



  • Siam Paragon (mcm KLCC)
  • MBK Centre (Station Siam)
  • Terminal 21 (Station Asok)
  • Neon Talad Night Market
  • Haroon Mosque (makanan halal)
  • Ratchathewi (halal food)
  • Damnoen Floating Market
  • Ratchada Night Market
  • Train Market Bangkok

Selamat bercuti dan jumpa lagi di percutian seterusnya :D



4 comments:

  1. Weekend market tu bukanya on weekend shj je? Yg market ada train lalu tu pergi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hari biasa pun ada tapi tak meriah sgt kalau weekend lebih byk stall... dan awal dibuka.. yang mkt train tu tak pegi...

      Delete
  2. Nice blog, thank you for sharing your insights. I would like to recommend Bangkok Airport Limo Services Ltd

    ReplyDelete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye