Thursday, February 15, 2018

Cara Claim Tax (VAT) di Korea Selatan (Refund)

Hi semua, saya dah selamat tiba di tanah air selepas ber winter sonata di Korea.. aduh rasa mcm tak nak balik bila mengenangkan cuaca yang panas sekarang ni.. (over tak?)

ok sebelum saya terlupa saya sharekan dulu beberapa fakta penting yang saya ingat ya.. diharap dapat membantu para readers yang akan ke Korea Selatan nanti..


Claim Tax


1. Immediate tax refund 


Sangat mudah shopping di Korea Selatan (KS) sekarang, kerana dah ada sistem immediate refund ni.. majority kedai adalah immediate refund. 


Apa dimaksudkan Immediate refund ni? maksudnya automatik tolak daripada bil. Lagi banyak kita shopping lg byk range rebate ni..Sangat berbaloi, tak perlu isi borang tak perlu beratur di Airport cuma perlu tunjukkan passport.


walaupun kedai sekecil seven-eleven, daiso ataupun watson juga menyediakan perkhidmatan ni. Apatah lagi kedai2 terkenal seperti Nature Republic, Innisfree dan lain2...


jadi tipsnya, kumpulkan semua barang yang hendak dibeli (1 brand) pada 1 resit. Ini saya pastekan range refund ...5000 won pun dah berbaloi kan.. Anggap saja tu diskaun tambahan..


oh ya.. minimum amount yang layak utk claim adalah 30,000 won ya...kalau beli kosmetik mmg selalunya lebih :)



pastikan ada logo ni di depan pintu


senarai kelayakan refund

2. Tax refund di Lotte Mall


ok untuk tax refund di Lotte Mall agak berbeza dengan di tempat lain. Tapi utk outlet spt Nature Republik adalah sama iaitu immediate refund. (jgn lupa tanya)


Jika di kosmetik lain cthnya medicube & April Skin, cara claim tax adalah bawak resit utk claim tax ke tingkat 11, cari tax refund, ambil number dan tunjukkan passport. Nanti counter refund tu akan chop (stamping) tax refund dan bolehla claim di Airport nanti. (saya tunjukkan di mana).


sebab apa saya cerita di sini. sebab adakalanya SA di butik2 ni kurang fasih English jadi kita tak faham apa yang diceritakan. Ini terjadi kepada saya masa pertama kali shopping Medicube, apabila saya bertanya boleh tax refund tak dia ckp tak boleh tapi tkt 11 boleh. jadi saya faham jika beli di Tkt 11 baru boleh, Kebetulan tgh rushing masa tu.. dah melepas nak claim tax.. 2nd time ke situ saya tanya sekali lagi baru la saya faham rupanya kena bawa ke tkt 11 utk stamping. 


3. Hard Rock Cafe


Ok utk HRC yang berada di tkt 5 Lotte Mall, jgn lupa tunjukkan passport utk claim tax. Akan ada 2 jenis resit, 1 resit utk diri sendiri dan satu lg utk tax refund di Airport. Boleh ambil cash di Airport nnt ya. Cash atau transfer ke credit card pun boleh.



Di mana nak claim tax di Incheon Airport?


ok ni step2nya ya :


1. tak perlu tunjukkan barang dibeli (tak sama dgn negara lain)

2. bawa resit/form claim tax yang diberi oleh kedai dan passport
3. Lokasi pengesahan kastam di area counter D sebelah Lotte Ria (Ground Floor)
4. Bawa resit ke Gate 27, naik escalator daripada Tkt 3 ke Tkt 4  (akan nampak signboard tax refund)

Gate 27 ni selepas check in...


jgn risau diorang mmg sangat2 membantu semuanya diorg buatkan.. bravo!





Staff di Incheon akan bantu di kiosk ini


lokasi berdepan dengan kaunter D




kalau tak faham boleh tinggalkan komen ya.. harap dapat membantu dan selamat bercuti !





untuk selebihnya voleh refer gambar2 di IG saya i_am_nieta_

2 comments:

  1. Salam. Nak tanya passport tu perlu tunjuk sebelum bayar atau selepas bayar utk dapatkan tax refund resit tu? Atau adakah kita akan dapat dua resit, satu resit biasa dan satu lagi utk tax refund?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... passport perlu tunjuk di counter cashier masa nak bayar barang, tanya dulu entitle utk tax claim tak? sbb ada setengah dia x bagi sbb harga promo. Nanti akan dpt 2 resit. 1 resit tu panjang kena isi details spt passport no dll.. yang 1 lg tu resit barang. utk claim resit panjang berjela tu kena ada. Harap membantu

      Delete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye