Tuesday, May 20, 2014

Spring Di Korea - Day 5 : Nami Island, Namsan Tower

NAMI ISLAND 

Entrance fee KRW 8000


Route : Shuttle Bus (From Seoul to Nami Island)
* Bus Stop 
1) Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park (kitorang naik sini)
2) Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart

* Shuttle Bus Schedule: 
Insa-dong, Jamsil Station → Namiseom Island: 09:30 
Namiseom Island → Insa-dong, Jamsil Station: 16:00 

※ Advanced reservation required (Inquiries +82-2-753-1247)
※ More info about the shuttle bus on this page.

or

(SUBWAY) line 2 (green line) -> Wangsimni -> Jungang Line Sanbong station ->  Gyeongchun line Gapyeong station -> taxi to Gapyeong Wharf (Nami Island) -> Nami Skyline Zipwire OR ride a ferry 




Hari yang ditunggu-tunggu tiba.. selain daripada Everland, Nami island la yang paling akak tunggu-tunggu dalam itinerary kitorang.. (selain shopping la kan)

nak ke Nami Island ni ada 2 cara ya... 1. naik bas (sekali saja sehari)  2. naik train yang maha jauh
kitorang sangat bernasib baik sebab mmg gamble je pegi tunggu bas.. bila bas dah ada rupanya driver tu cakap dah full sbb hanya reservation sahaja yang dilayan. huhuhuhu... kitorang taktau pun kena reserve... tapi berkat kesabaran kitorang tunggu situ dia bagi jugak naik sebab ada yang kensel.. Alhamdulillah... berdebar akak... masa tunggu2 tu ada family singaporean ni cakap dia dah 3 hari que nak naik bas tu asyik penuh je... haritu rezeki dia dapat jgak...

ok ni akak share kan mcm mana nak buat reservation bas ni ya...korang boleh mintak pihak hotel book kan.... 




ingat ya anak-anak nak balik naik bas hanya pukul 4.00 petang ya.. kalau terlepas korang naik train la jawabnya... kitorang sekali bernasib baik tak plan pun nak balik naik bas sbb taknak rushing2... taktau pun bas last kol 4.. kebetulan elok2 turun ferry nak balik tgk2 bas tgh tunggu.. apa lagi.. terus la terjah naik bas kan...


sampai-sampai je geng2 rombongan akan semunya nak baik zip wire ni.. akak dalam dilema sebab akak dah terkena masa kat Everland haritu.. sib baik ada sorang lagi memang tak nak naik..so akak join kawan akak tu naik feri mcm biasa.. best apa naik feri lagi ramai orang leh tangkap2 gambar snelain menjimatkan poket akak... naikz ip wire tu mahal kot..

kitorang janji jumpa di Nami Island nanti sebab stesin zip wire tu dgnstesen feri tu tak sama.. tapi tak jauh pun.. lama jugak la kitorang tunggu..taktau la apa yang lamanya.. beratur kot... sib baik akak tak join sbb berat minimum harus la 40kg..kalau tak tak turun2 pulak sbb ringan sangat..hehe


sementara nak naik feri ... sempat bergambar.. dekat ke ferinya..boleh nampak kalau dah nak sampai

pintu masuk... masa ni dah tak ramai org sebab diorang semua dah naik feri..akak saja lambat2kan sbb nak tunggu geng2 zipwire dulu

belakang tu tempat tunggu feri..


bagus jugak ada geng..boleh gilir2 bergambar

feri dah sampai.. apa lagi bergambar dalam feri pulak...slow je ferinya takyah risau2 nak mabuk laut (wpun bukan laut)

zip wire in action...

semua dah ada...jom bergambar dulu.. cari mangsa ambikkan gambar











merata-rata lokasi Winter Sonata.. terus akak terbayangkan Jun Sang yang gila2 top masa tu






singgah beli pau kacang hijau panas gila... melecur tangan akak wpun dah berlapik.. tapi memang sedap sangat.. lembut

kecik je paunya.. just nice

pastu terus singgah makan kat Drama Cafe.. kat sini ramai Asian Muslim yang singgah makan...akak order nasik goncang yang biasa.. bukan cheese... tapi bagi akak rasanya tak best.. maybe sbb akak terbaukan glove getah merah tu yang busuk ala2 bau getah.. so hilang selera akak.. ala rasanya mcm makan nasik pns letak telur mata ditambah dgn jeruk masam... mmg susah la nak masuk dlm perut melayu kan.. lain la kalau ada sambal ke sambal belacan ke... sib baik la kitorang bwk sos cili & serunding...

seperti biasa air free ..kat korea diorang tak main la air2 manis ya,.. sbb tu diorang sihat.. air kosong saja...itu sebenarnya dah tak habis... sebab telur dah habis...

lepas makan bergambar dulu

pinjam basikal ahjumaa sbb kitorang tak sewa basikal pun...

selain basikal, stroller pun boleh sewa.. krw 4000 kalau tak silap


sebekah drama cafe ni lah tempat solat.. namanya Book cafe.. akak suka dtg sini sebab ada wifi free,.. naik atas lepak2 sambil tgg semua solat pastu bergambar dgn buku2 kat sini.. nampak tak tiang tu didirikan daripada susunan buku... creative!



jumpa pulak kedai ala2 kedai runcit yang ada galeri mcm ni.. boleh bergambar



ini kat luar tu je api panjang beratur nak bergambar kat couple ni

sekali lagi cari mangsa tangkapkan gambar




kitorang pusing satu pulau...gigihkan... dari pagi sampai petang tu,..











inilah rupanya feri yang ulang alik bawak penumpang nak ke Republik Naminara ni..

sementara menunggu balik.. tiket tu tak perlu dah sebenarnya... cuma sesiapa yang naik zipwire dia boleh claim tambang pergi sbb tak naik feri kan.. sbb tiket auto pergi balik..


babai Pulau Nami..jumpa lagi di lain musim InshaAllah

NAMSAN TOWER

Route : line 2 (green line) -> Line 4 Myeondong station EXIT 4

cable car KRW 7500


lepas ke Nami kitorang meneruskan perjalanan ke Namsan Tower pulak.. huhu lagi sekali mencabar kekuatan betis... memang mendaki habis la kat sini...

sampai di Namsan kena berato panjang nak beli tiket...pastu beratur lagi nak naik kereta cable... sabar sabar...

ok dah sampai... kena panjat tangga pulak nak ke puncak yang ada love padlock tu...


sib baik akak pakai kasut selesa.. take note ya bawak kasut selesa.. pakai stokin sbb sejuk..kesian kaki kalau terdedah

haa sikit lagi. chaiyok chaiyok

yeayy dah nampak love padlock.. banyak gila


nampak mcm takde orang padahal berebut nak bergambar


hentam saja la walaupun ada yang sibuk nak pasang padlock tu

kerusi couple.. duduk sekejap je pun



kitorang timing baik punya...sampai sebelum gelap.. dan tunggu sampai gelap.. jd dapat la view siang dan malam sekaligus...

dah nak senja masa ni

dah malam... cantiknya view

harusla over berposing

ok masa untuk balik... cuaca dah makin sejuk.. 

sebelum balik singgah souviner shop beli fridge magnet banyak2... take note kat sini fridge magnet murah.. KRW 1000 dapat 3... akak beli 10 packet whick ish 30 keping.. senang akak nak bagi kat opismet...kalau tempat lain tak mampu nak bagi kat semua sbb mahal,,

auww nampak pulak hero My love From Other Star - Do Min Joon.. tgh top dia masa ni

akak lupa la nak beli miniature namsan tower ni.. rugi2

anak2 dara dan mak dara...


ok tamat untuk harini.. hari yang panjang.. naik bas ke Nami tu sangat jauh..siap tertido2... pastu jalan kaki ke Namsan pulak...

syukur akak sihat walafiat... ada jugak member2 yang demam... ciirit-birit... batuk..selsema...jadi sila lah bawak ubat secukupnya ya.. kita tak jangka kesihatan kita kalau dah bertukar cuaca



No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye