Sunday, March 17, 2013

3 hari 2 malam di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang















post tertunggak... sebenarnya event ni masa bulan 12 2012.. baru perasan ada post dalam draft... 
ni first time bawa anak2 ke Colmar Bukit Tinggi.. sebenarnya ni percutian plus kerja.. mamanya ada seminar di sini.. jadi 3 hari kat sana tu mama lebih kepada mesyuarat.. hari last tu baru sempat jalan2 bergambar dengan anak2.. 

ok lah duduk sini.. bilik sangat besar dan cantik.. suite katanya.. ada family hall, ada reading area..dapur, toilet yang sangat besar siap boleh tido dalam tu.. dan ruang mekap.. dah mcm rumah dah rasanya...

sebelah petang kitorang bawa anak2 jalan2 naik shuttle bus yg mcm kete golf tu jalan2 ke rabbit farm.. nak ke japanese garden tu tak sempat sbb panas.. lagipun agak jauh nak berjungle tracking.. tak sesuai nak bawak baby...

last day pergi lagi sekali ke rabbit farm bawak kete sendiri.. anak2 sonok dapat main rabbit..RM3 per entry kalau tak silap.. 

kalau tak stay kat sini boleh aja singgah rabbit farm ni...

ada byk jugak activity boleh buat kat dlm resort ni sbb ada bowling alley, golf, horse riding... nak ambik gambar pun byk spot2 menarik..

kat sini kitorang makan kat dlm cafe je..tapi katanya ada je tempat makan kat luar tu...area umah staff...cuma tak berjumpa...

itu saja update hari ni... bye :)


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye