Thursday, May 22, 2014

Catatan perjalanan ke Perth - 1-4 May 2014 : Itinerary

short trip kali ni memang tak sempat nak prepare lebih2 sebab back to back travelling. lepas balik daripada Korea terus akak focus untuk preparation ke Perth pulak. basically tak banyak yang perlu ditambah.. baju/jaket lebih kurang sama macam Korea sebab cuaca masa ini agak sejuk.. lebih kurang 6-12 Degree. Aku cuma berbekalkan 2 jaket kulit dan 1 trench coat.. padan la dgn jumlah hari pun 4 je kan...

ok apa nak diceritakan ya.. Kami tinggal di Hotel Ibis, Murray Street.. katanya di kawasan hotel ni saja memang banyak deretan kedai yg sangat sesuai untuk shopping. Cuma di Perth di kedai tutup pukul 5.. masa shopping akan jadi terhad sebab kami hanya akan pulang ke hotel selepas dinner.

ok di bawah ni akak sharekan itinerary sepanjang 4 hari di Perth ya.. untuk makluman kami ke sana melalui travel agent dan di bawah company free trip..



Day 1 : (Khamis) Departure LCCT KL - Perth 12.00am
Location : Kings Park Botanical Garden, Tour naik bas ke bandar Perth, Lunch di Malay Restaurant (Penang Style), Jalan-jalan shopping di Murray Street, Dinner di Nyonya Restaurant, proceed dgn skyline night view di Kings Park

Day 2 : (Jumaat) Breakfast, naik Cruise with captain Cook, proceed to Fremantle (shopping souviner di E-Shed),  ke Freo ataupun Fremantle Market, Dinner & shopping di Murray shopping Street (hari Jumaat sahaja tutup pukul 9pm)

Day 3 : (Sabtu) Breakfast, Swan valley, Caversham Wild Life Park (kangaroo & koala), ke Margaret River Chocolate Factory, Halal BBQ lunch di Swan Valley, Shopping di Harbour Town Factory Outlet, Dinner Indian Style

Day 4 : (Ahad) assemble at Airport dan balik KL

so jamu gambar dulu la... banyak lagi tapi ni antara yang terpilih.. nnt ada masa akak akan ceritakan details mengikut tempat ya...
























muka happy baru sampai Perth dan selamat tak kena selongkar beg..

Baru lepas lunch fish and chips kat Fremantle.. tak habis pastu konon2 tapau la tu

jalan-jalan survey nak shopping apa..

cantik sungguh Kings Park ni..

Swan Valley... tengok awan tu... 
boleh golek2 atas rumput di Kings Park
Add caption
Add caption

bila lagi nak gunakan monopod kan..di Kings Park