Saturday, May 20, 2017

Tips Shopping di Pasar Baru Bandung

Memandangkan ramai yang bertanya dan berminat dengan post saya sebelum ni mengenai shopping di Bandung, saya tambah sikit lagi post berkaitan shopping di Pasar Baru.

Ini merupakan kali kedua saya ke Bandung. Walaupun pernah pergi, saya memang tak ingat apa yang ada di setiap lantai (tingkat). Pasar Baru ni ada banyak lantai dan blok. Kalau shopping sendiri memang tak ingat kalau nak cari semula kedai tersebut sbb kedai seakan-akan sama. Untuk makluman, biasanya shopping di sini akan mengambil masa seharian kerana banyak benda yang akan dibeli, orang yang ramai dan kedai yang terlalu banyak. Proses tawar menawar juga akan mengambil masa. Saya cadangkan peruntukkan sehari utk shopping di sini (pagi-petang), sebelah malam boleh la jalan2 di tempat yang tutup lambat seperti Cihampelas Walk.

Ok saya sharekan di sini pengalaman kami yang paling best sepanjang shopping di Pasar Baru.
Hari sebelum itinerary ke Pasar Baru di Supir Agung dah bagitau, dia ada hire sorang supir lain yang pandai selok belik Pasar Baru (PB). "jangan risau kak, orangnya gagah dan pandai selok belok sana."

Pagi tu sampai saja kami di parkir PB, beliau perkenalkan dengan sahabat beliau yang akan menemani kami seharian. Kami dah cuak tgk muka beliau yang nampak garang. Alamak ni supir ke bodyguard ni.. Tapi bila beliau bercakap, alahai lemah lembut sopan santun orangnya. Serious tak tipu. Namanya Asep.

Asep ni sangat la mahir tentang kedai2 di PB. Memang hari2 ke sana agaknya. Masuk je dlm bangunan kami cuma tgk2 dulu sbb takut tempat lain lebih murah. jadi Asep akan ingat lokasi kedai tu. Selepas berpuluh2 kedai kami pergi bila diminta ke kedai yang mula2 tadi beliau sepantas kilat bawak kami. Jimat masa kan? Takde la kami berpusing2 nak cari semula kedai yang awal tu. Dan bila dah beli pantas je dia hulur tangan utk bawak.. gagah betul ye bayangkan bawak berplastik2 bag utk kami berdua.

Paling saya suka Asep ni tak spt guide lain yang akan menunjukkan kedai kesukaan mereka untuk kita beli, jadi mungkin mereka dapat komisen di sana padahal ada kedai lain lebih murah. Asep akan bawa ke semua kedai. dengan kata lain kita cuma bgtau beliau cthnya nak beli kain lace. Jadi beliau akan bawa ke semua kedai yang jual lace. Kalau tak nak tak apa, beliau akan sengeh dan bawa ke kedai seterusnya. Memang kaki sengeh Asep ni.

Lepas makan tgh hari di foodcourt atas kami kembali kepada Asep (beliau tak mkn sekali) dan meneruskan misi shopping. bagitau je beliau apa yang belum cukup. Nanti beliau akan pikir lantai mana yang sesuai. (kami pun ada study nama2 kedai dan alamat kedai yang murah jd kami boleh compare dengan yang Asep tunjuk.) Paling kelakar masa nak beli baju batik, beliau dijadikan model utk size baju suami di rumah. Multifunction betul :D

Kenapa saya cakap kalau ada supir yang bawak kita sangat selamat tiada yang datang approach, mencopet atau meminta sedekah? Buktinya Asep tinggalkan kami sekejap je utk ke kamar kecik (Toilet), terus datang peminta sedekah dan yang nak jual keychain bagai. Lepas Asep datang terus hilang. Abang kawasan betul Asep ni :)

Sampai ke pukul 5 ada lagi yang belum jumpa. bayangkan seharian dah kami di sana. Saya masih berlm berjumpa dengan kain telekung travel yang saya mmg plan nak beli lagi. Sebelum tu dah beli. Tapi bila saya nak turun ke bawah, kedai dah tutup. Menurut Asep, kedai2 di PB ni akan tutup berperingkat2 bermula dengan lantai bawah.

Yang terbaiknya Asep sanggup belikan apa yang tak sempat tu esok. Cuma beri gambar saja. Baik kan Asep ni. Happy nya saya..apa yang saya nak semua ada..

ok ini gambar Asep.. kalau sesiapa nak hire beliau di PB boleh la whatsap .. kalau ambik supir Agung boleh juga special request Asep utk bawa di Pasar Baru (tiada additional cost).




whatsap Asep : +6285222881996

** jgn lupa mention nama saya Nieta ya..

untuk post bandung sebelum ni boleh refer di bawah ni ya

ITINERARY BANDUNG