Friday, May 19, 2017

Itinerary Trip ke Bandung - 2017



Mountain Swing - The Lodge Maribaya : Instagram : i_am_nieta_



Memandangkan saya baru sahaja pulang daripada trip ke Bandung, sementara ingatan masih kuat saya terus update di blog untuk rujukan teman2 yang akan berkunjung ke sana juga ya.

Trip saya kali ni merupakan kali kedua ke Bandung, terdahulu pada tahun 2013. Banyak juga perbezaan ketara yang saya perasan. Nanti saya sharekan di bawah ya. Harap masa tak mencemburui saya. Sebelum saya mulakan update terperinci saya tulis dulu point-point penting yang akan saya ceritakan di dalam post ini.

1. Tempoh (5 hari 4 malam)
2. Hotel - Hotel Oak Premiere, Riau sekarang dikenali dengan Hotel Fox Harris (semalam RM141/2 pax)= RM565.00 : Hotel 3 Bintang, baru dan moden..highly recommended 
3. Pengangkutan : Air Asia & Malindo Air = RM342.59 return (bukan promosi)
4. Tukaran Wang : 1 Juta Rupiah = RM331.00
5. Supir : RM150 / 450 Rupiah /hari (tidak termasuk tiket masuk) - digalakkan kongsi 4 orang utk sebiji kereta ..

5. Itinerary Ringkas :

Day 1:

  • KLIA 2 - Husein Sastranegara Airport (BDO) 4.00pm - 5.20pm  Air Asia
  • Dinner di Bebek Kaleyo : makan bebek (itik) bakar dan air melon
  • Shopping di Paris Van Java
  • Check in hotel
Day 2 :

  • The lodge maribaya (75K) (Zip Bike, Moutain Swing, Sky Bamboo,  Sky Tree)
opening hour : 0900 - 1 jam lebih perjalanan daripada Kota Bandung. 
Kos setiap tarikan adalah 20 ribu, gambar 1 ribu/unit

  • Floating market (20K) - Lunch
  • Grafica cikole (20k)
  • Farm House Lembang (20k)
  • Dinner di Karamba
  • Rumah Mode & shopping
  • Berehat di hotel
Day 3 :

  • Pasar baru opening hour : 8am - 5PM
  • lunch (Kemangi, Tingkat 6) - makan ikan gurame bakar jerebu & ayam bakar
  • Dinner (Kedai Belacan)
  • Factory Outlet
  • Cihampelas Walk
  • Kartika Sari                        
  • Berehat di hotel
Day 4 :

  • Kawah Putih
  • Glamping Lakeside Ciwadey (Titanic Bandung)
  • Kebun Strawberry Ciwade (petik Strawberry)
  • Amanda
  • Perfume collector (IDR 45,000)        
  • De'fashion Textiles
  • Dinner (Murtabak San Francisco)
  • Berehat di hotel
Day 5 :
  • Breakfast di hotel & check out
  • Bertolak Balik ke KUL (Malindo Air)

Day 1 - Dinner di Bebek Kaleyo
Bebek Kaleyo - kedai makan tarikan local, selesa ada musolla (surau)

dinner bebek bakar yang rangup di Bebek Kaleyo
Day 1 - Shopping di Paris Van Java 
shopping di Paris Van Java
Day 2 : Lokasi 1 - Lodge Maribaya


isi perut dulu sebelum memulakan perjalanan ke Lodge Maribaya

Sarapan enak di Hotel penginapan kami...

zip bike di The Lodge Maribaya - 20000 Rupiah
tidak digalakkan untuk yang gayat

di atas tu tempat kayuh basikal ..kena panjat tangga bila sampai turn.. pergi sini dulu sbb sini paling ramai que
mountain swing

cantik pemandangan di The Lodge Maribaya, Lembang , pastikan sampai awal agar tidak perlu beratur panjang untuk ride dan pilih gambar di kaunter gambar dahulu, jika tidak buang masa di sana sebab kaunternya hanya ada 4

lepas selesai semua boleh la bergambar sakan :)


tips di Lodge Maribaya : pergi beratur di tempat tarikan utama iaitu basikal & buaian.. dan lepas habis bergambar terus turun que utk pilih gambar utk dibeli.. lepas pilih dan beli boleh sambung jalan2 selfie bagai..sebab station gambar tu mengambil masa agak lama..


Day 2 : Lokasi 2 - Floating Market
Floating Market..ada pelbagai makanan dijual disini.. boleh beli menggunakan coupon/token.. surau juga disediakan

lepas hajat setelah lama tak makan pisang cheese original Bandung

pisang cheese dan satey... share je

pelbagai jenis pisang dan digoreng panas2

nasi goreng pun ada..bau semerbak

pau comel

berhenti rehat sambil minum milo free daripada complimentaru tiket masuk ke Floating Market..bagus betul diorang ni..beli tiket dpt minuman/snack

Floating Market Lembang..

Day 2 : Lokasi 3 - Grafika Cikole
Grafika Cikole - tempat perkhemahan dan team building, ada rumah the seven dwarf dan complimentary untuk flying fox/free snack (kami pilih pisang goreng cheese)
rumah hobit tapi penghunyi the seven dwarf :)
lokasi postwedding photography..

pisang cheese complimentary daripada tiket Grafika Cikole

dengan the 7 dwarf di Cikole

bergambar saja di sini sbb mengejar mana nak ke tempat lain lagi



Day 2 : Lokasi 4 - Farm House Susu Lembang
susu coklat sedap

dapat susu free lepas beli tiket boleh tunjuk di counter utk redeem..saya memilih susu segar coklat mmg sedap yang amat

Farm House Lembang
rumah Hobbit bukan di Hobbiton New Zealand tapi di Farm House Susu Lembang  - ada 2 tempat satu di bawah satu di atas ..pastikan cari kedua-duanya

Farm House, elakkan iti pada hari cuti tapi kalau terpaksa nak buat mcm mana kan.. mmg ramai la org

boleh bagi makan kambing2 ni

comel je perkampungan belanda di Farm House ni

Day 2 : Lokasi 5 - Rumah Mode
Rumah Mode : shopping kasut di sini, jgn lupa beli pelbagai pastry di bakerynya..

dalam toilet Rumah Mode..cantik!!

dalam toilet je pun.. tapi lawa

Day 2 : Dinner di Karamba
ikan gurami bakar.. agak manis sbb letak kicap manis kot..


Day 3 : Lokasi 1 - Pasar Baru

sebelum ke shopping di Pasar Baru, bergambar di depan hotel dulu, bawak beg sling je utk mengelak pencopet

depan hotel sementara menunggu supir sampai..

pelbagai baju couple batik ..

sorang ambik oren sorang ambik hijau..ok baju kebaya utk ke open house nnt :)

makan nasik ayam bakar jerebu (berasap) di Kemangi Pasar Baru..

sedap tapi portionnya besar sepatutnya share je
Day 3 : Lokasi 2 - Dinner di Kedai Belacan

nasik timbel kalau tak silap.. order di Restoren Belacan

makan malam di Kedai Belacan.. ada live band..

Day 3 : Lokasi 3 - Cihampelas Walk
ada masa lebih malam2 kami ajak supir ke Cihampelas Walk sambil beli souviner 

layan pemandangan daripada atas jambatan Cihampelas Walk
sambal tu sedap

Day 3 : Lokasi 3 - Kartika Sari
Bagelan Kartikasari yang sedap dan wajib bawak balik sebagai buah tangan.. rasanya seperti roti keras dicamput cheese.. lemak2 gitu

  • Kawah Putih
  • Glamping Lakeside Ciwadey (Titanic Bandung)
  • Kebun Strawberry Ciwade (petik Strawberry)
  • Amanda
  • Perfume collector (IDR 45,000)        
  • De'fashion Textiles
  • Dinner (Murtabak San Francisco)
  • Berehat di hotel
Day 4 : Lokasi 1 - Kawah Putih


Kawah Putih - 15 minit maksima di sini.. pastikan tutup hidung, jika tidak mudah batuk dan pening-pening

pandangan daripada atas

Biasanya suhu menjangkau 18 degree di sini, bawa jacket/baju tebal

boleh bawa naik kereta atau naik shuttle bus yang lebih jimat kosnya 15 ribu sahaja (seperti angkutan)
tangga menuju ke Kawah Putih

jalan keluar Kawah Putih...

Day 4 : Lokasi 2 - Glamping Lakeside Ciwadey

Glamping Lakeside (titanic bandung)
titian gantung ke kapal ... menarik...
lokasi menarik di Glamping ..


kalau ada masa boleh join naik perahu pusing tasik

cuaca nyaman macam di Cameron Highland .. Glamping ni satu jalan dengan Kawah Putih

supir kami yang hensem.. adik kepada supir Opik 

gambar cun supir yang ambikkan..untung kami


Day 4 : Lokasi 3 - Strawberry Farm Ciwadey

merasa jadi pekebun strawberry di Ciwadey

besar kebunnya...
Petik Strawberry yang tak berapa banyak..

Day 4 : Lokasi 4 - Parfume Collector
perfume yang dibancuh di depan kita..murah je

Day 4 : Dinner - Murtabak San Francisco (highly recommended)
muratabak San Francisco yang super sedap dan besar



Day 5 : Balik KL

pengangkutan kami ke Airport.. boleh booking dengan hotel



 layan gambar di atas ni dulu dan boleh tengok gambar selebihnya yang sangat banyak di Instagram saya ya

Instagram: i_am_nieta_ 

p/s : search #nietabandung di IG saya

boleh contact supir ni iaitu abang kepada agung ..kalau nak agung boleh request kat opik ya..

supir opik : +6281321668944


saya ada tambah post tips shopping di Pasar Baru. Boleh refer link bawah ni ya..

Tips Shopping di Pasar Baru Bandung

untuk tips perjalanan ke Negara lain boleh je click di gambar2 sebelah.. paling ramai click mesti la trip Vietnam :)

Acheh .  
Korea
New Zealand .

28 comments:

  1. kak boleh share tak macam mana book hotel tu? saya search di google maps pon tak jumpa, nak tahu dekat tak dengan stasiun bandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, sis dah email hotel, rupanya hotel dah rebranding ke Fox Harris Bandung
      https://www.foxharrishotels.com/

      Delete
  2. Salam sis. Di airport Bandung sewaktu nak balij ke kl.. 4thb lepas Saya pergi kena bayar aiport tax 75ribu. Masa sis pergi berapa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... skrg dah x ada airport tax sbb telah dimasukkan dlm harga tiket..

      Delete
  3. salam sis..nak tanya..sis hanya abk supir shj ke?sbb apa yg saya faham hotel,mkn sendiri kan..blh sya tahu brp bayaran utk supir?sya dah ada tiket cma nak survey wether abk pakej ground atau supir shj..mohon bantuan sis ;)

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wsalam.. ya betul sis ambik supir utk bawak jalan2 je (pengangkutan).. yang lain semua sendiri..pecahan harga sis dah letak di atas sekali.. boleh refer sana ya

      Delete
  4. Salam sis, supir ni mcm pemandu pelancong ke? Die akan ikut kite pg mne2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ya supir saya mmg ikut ke mana kami pergi kecuali tempat yang kena bayar tiket masuk beliau tunggu di parking..tapi mana yang kami berdua nak dia jd photographer kami bayarkan beliau tiket.. ada jgk tempat yang tak perlu beli tiket beliau ikut kami dan jd photographer..cun kan gambar2 beliau ambik..sbb tu saya recommend beliau sbg supir.. mungkin sbb jiwa muda kot :)

      di Pasar Baru mmg saya tekan kan bawa la supir sbb kat sana ramai pencopek dan akan attack tourist..kalau bawak diorg tak kacau pun... paling best supir kami bawakkan smeua barang yang berat2 tu kami cuma pilih dan bayar saja..mmg seronok sangat...

      dihara penjelasan saya dapat membantu ya... boleh follow IG sis dan serach #nietabandung kalau nak tgk gambar2 di sana...

      Delete
    2. Tq untuk keterangan. Sangat membantu.

      Semuga hidup sis deberkati Allah sentiasa.

      Delete
    3. sama2.. amin.. selamat bercuti 😃

      Delete
    4. Assalam sis, saya juga gunakan khidmat supir Opik dan Agung ialah supir kami sewaktu di bandung. Memang puas ati. Byk membantu. Yg akan ke sane cubelah khidmat Opik. Nak booking watsapp je...kan senang.

      Delete
    5. assalam sis, blh sy dptkan ctct number supir yg sis ambk tu x? tq sis..

      Delete
    6. Name driver Opik, bleh watsapp di +62 813-2166-8944

      Delete
  5. Udah lama saya ngak ke sana. Kepingin banget. Kangen sama kota bandung.

    ReplyDelete
  6. Udah lama saya ngak ke sana. Kepingin banget. Kangen sama kota bandung.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Salam akak...
      Kalo mahu pergi Bandung, Jakarta atau Jogja sila hubungi kami.

      Delete
  8. thanks kak, sangat sangat helpful! saya nak tanya boleh akak recommend tak masa yang sesuai bercuti ke bandung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sbb sudi baca.. takde masa yang recommend pun sbb bandung sama mcm malaysia anytime boleh pergi...jgn la pergi musim perayaan nnt susah cr supir pulak..

      Delete
  9. Assala. Sis. Nk tny utk airport transfer hotel berapa chargenye ye?

    ReplyDelete
  10. Hi miss nak tanya, harga tour guide masa miss pergi tu berapa yer? sbb nak survey utk pergi sana

    ReplyDelete
  11. salam sis , rm150 tu bayaran supir utk brp hari ? duit minyak sekali ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... rasanya kat atas tu ada sis tulis 150/hari :) dan kami byr supir all in.. tak kisah la minyak ke parking ke tu semua dia yang handle :)

      Delete
  12. HYE kak nieta... boley emailkan sy itinerary.
    fatenzohrah89@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai faten... sorry takde itinerary details..boleh salin yang di atas ni ya..

      Delete
  13. saya jadi ingin cerita pengalaman saya melakukan short trip ke Bandung selama 4 hari 3 malam pada 6-7 april lalu

    ReplyDelete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye