Wednesday, May 6, 2015

Konnichi Wa : Japan Trip 2015 ~ Spring (Itinerary)

Ok harini nak cari mood untuk sharekan mengenai trip kami ke negara matahari terbit, Jepun.. masa ni tengah musim bunga.. adoi memang cantik sangat sakura yang berkembangan... highly recommended la untuk sesiapa yang berniat nak ke Jepun. Boleh la pilih masa yang sesuai untuk Sakura .. biasanya di penghujung Mac dan awal April.. sakura ni bertahan 2 minggu saja...masa ni kami pilih tarikh pertengahan April. Alhamdulillah menjadi tekaan kami memang sempat jumpa dgn sakura yang mengembang cantik.

sorry kalau itinerary ni tak details.. type apa yg terlintas dulu... tapi kalau nak ke Jepun senang je..cara terbaik boleh refer di Hyperdia (jadual train) ataupun website Japan-Guide..semua ada di situ


Pass : tak pakai pass sbb kami byk topup Icoca card. (mcm touch n go). tapi biasanya org akan ambik JR Pass (jika nak anik shinkasen atau nak ke Tokyo).


Hari 1 : Airport , tidur di prayer room (ada byk prayer room di Airport yang selesa)

Hari 2 : Namba Parks, HRC Osaka, Namba shopping Street, check in apartment, Umeda Sky Building, Shinsaibashi Shooping Street, H&M, Uniqlo. beli SK11 di drugstore.  

Hari 3 : USJ, HRC Universal, Daiso, Dotembori, Glico Man, 

Hari 4 : Mint Bureau, Osaka Castle, shopping di Shinsaibashi, Dotembori, Flying Tiger, Bic Camera (ultraman). 

Hari 5 : repeat ke Flying Tiger , shopping baju sejuk, ke Kyoto Station, Nishiki Market

Hari 6 : Arashiyama (Bamboo Grove’s), Romantic Train Sagano, makan Oyster, Fushimi Inari (Tori Gate), 24hours open Hanami at Geon & Maruyama Park

Hari 7 : Nijo Castle, Temple, Manga Museum, Kyoto Tower, Daiso, Starbucks Kyoto, Uniqlo, Yodobashi (Kyoto)

Hari 8 : Arashiyama & Kyoto Station ke Airport, Rinku Premium Outlet

ok nanti saya tambah lagi details ya.. kebizian dan kekurangan masa.. apa2 hal kalau nak tanya boleh tinggalkan comment.. thanks


Arashiyama Bamboo Grove, jgn lupa check weather sbb kalau hujan tak cantik nnt. Kalau hujan gantikan dgn itinerary lain dulu (jika ada masa)


Fushimi Inari (Tori Gate)




Universal Studio Japan (menunggu sbl gate bukak, sempat la bergambar sampai lebam kat depan ni walaupun sejuk)
mesti pergi sini dulu..Harry Potter World, Sbb Universal Singapore takde ni
bergambar kenangan dengan mufler Gryffindor yang dibeli di Universal Studio Japan smlm.. walaupun harga cekik darah, pejam mata je janji ada kenangan Harry Potter. Saya memang peminat setia HP

** ok sedikit info tambahan mengenai Universal Studio Osaka :

boleh beli ticket lebih murah di KLook website. Beli di sini tak perlu que panjang di sana nanti. Jika nak lebih cepat boleh ambik express ticket (lebih mahal). Harga check selalu di Klook ya.

untuk makanan, boleh je bawak bekal sbb dlm USJ x jumpa makanan halal. (heavy). Tapi pandai2 la sorok sikit dlm bag tu... letak barang lain di atas makanan. Diorg check bag ala kadar je. Jangan la obvious sgt pegang makanan.

Tempat solat pula boleh pinjam bilik di nursery room (hampir dengan entrance). Boleh tanya customer service di situ ya. tak ada masalah nak stay sampai malam untuk tgk parade dan fireworks. alang-alang beli ticket mahal kan. Biar puas hati. Allocatekan 1 hari di sini. masuk awal dan balik lambat.  Di luar sbl USJ ada Hard Rock Cafe. Menarik sbb ada version Hello Kitty. dan biasanya ada discount.

KANSAI AIRPORT 
untuk yang sampai malam mcm kami dan merancang utk stay di Airport, tak ada masalah. Sehingga ke hari post ini ditulis (2018), tiada larangan utk tido di Airport Kansai. Boleh tidur samada di kerusi2 di bawah ataupun naik ke prayer room.

Makanan halal pula boleh cari di kawasan Domestic Arrival 2F (udon halal), ataupun 3F nasi kari. jadi tak perlu risau kelaparan di Kansai Airport.

udon halal di KIX

Sagano Romantic Train, connecting dgn Bamboo Grove

CENDERAMATA JEPUN (HALAL)
Kalau ke Jepun terutamanya Osaka mesti pening nak beli apa utk kawan2 terdekat kan. Sebab barang2 di sini bukannya murah. Ok ni cadangan saya :

1. Biskut Kapal (Alfort) - Harga 100 yen (boleh beli di 7eleven dll).


sedap sangat biskut kapal ni. Ringan dan antara yang murah berbanding barang lain.

2.  crisp mpist chocolate (brand 7 eleven) - sgt sedap dan rangup mcm keropok tapi perisa coklat. cuma yang ni agak mkn ruang.


3. barang-barang di Flying Tiger, Daiso atau 100 yen. (boleh dijadikan cenderamata jgk utk rakan rapat).

ok itu saja yang mampu saya kongsi. Mohon maaf jika maklumat kurang detail. saya cuma boleh bg guideline kasar. Selebihnya boleh tanya pakcik gugel ya. 

No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye