Monday, March 16, 2015

Trip Ke Hatyai dengan adik beradik - 15 Mac 2015


Destinasi : Hatyai, Songkhla Thailand
Currency Exchange : RM10 = 8.70 Thai Baht
Kenderaan : Van Sewa + Driver = RM350

Salam, sementara masih panas dan segar aku nak update terus tentang trip kami ke Hatyai semalam.
.
.
.

Perjalanan bermula daripada Padang Besar, seperti dijanjikan Van sewa kami dah sedia menunggu di Kompleks Membeli Belah Pdg Besar jam 8.30 pagi. Bismillah perjalanan kami bermula..

Sampai di Imigresen sempadan Thai, perjalanan kurang licin kerana jem berebut-rebut dengan kereta2 daripada Siam yang uang-alik untuk membeli minyak. ok meh aku sharekan step by step sebelum ke Thai.
.
.
.

1. Berhenti di Imigresen Malaysia untuk scan passport/ * border pass (sini aku sharekan cara dan keperluan membuat border pass).

2. Berhenti di Imigresen Thai untuk menghantar borang pas lawatan ke Thai. Di sini kita kena isi borang putih yang saiznya sebesar tiket kapal terbang. Jangan beratur lagi sebelum isi borang. Cara cepat ialah cuba beratur beramai2 dan kalau line panjang bergilir-gilir pergi isi borang (baca: upah isi RM1). Tempat isi borang tu sebelah kaunter ya..meja ala2 bayar parking tu...

3. lepas isi borang bawa borang dan passport ke kaunter untuk chop. Masa ni org akan bagi RM1. Tapi nak tau cerita aku lupa nak bagi..tapi ok je derang tak mintak pun.

4. ok lepas je Siam Imi chop kita dah boleh mulakan perjalanan yang lebih kurang 45 minit.
.
.
.

Itinerary kami untuk 1 hari di Hatyai :

10.00 am - 1.00  Pdg Besar - Songkhla (Samila Beach), makan kerabu belangkas, tomyam dan seafood
1.30 - 3.30 Bazar Hatyai
3.30 - 4.30 Festival City
5.00 - 7.00 Floating Market
7.00 - 8.00 bertolak balik ke Pdg Besar, Perlis

ok biar gambar bercerita ya.. cerita banyak pun tak guna nnt org malas baca ...

bertolak dari Padang Besar, Perlis
Pantai Samila, Songkhla...cantik sangat air biru, pantai pun landai...

the famous mermaid.. alamak seksi la pulak
seronok jugak kalau ada byk masa boleh explore..zoo songkhla pun ada di sini... tiket masuk dalam RM10 je




byk gerai2 menjual souviner..kalau yg tepi2 pantai mcm ni lagi murah...cuma kena tahan pns dan pandai bargain

panas terik pukul 12 masa ni..agaknya sebab tu org tak ramai sangat
teksi di hatyai
wayang kulit mini agaknya...
keychain & magnet songkhla...lebih murah di sini daripada floating market

tunggu que nak bergambar dengan patung duyung... Thailand ni mmg kaya dengan patung 




 kerabu belangkas..290 baht

bagi aku kalau nak shopping tshirt atau souviner hatyai/songkhla elok la beli di tepi2 pantai Samila lokasi yang ada duyung tu...sbb kalau tunggu nak beli di floating market susah nak memilih kerana org lebih ramai dan mahal, nak menawar pun susah...

shopping di plaza... comel kan lap kaki ni

macam2 bentuk kain lap kaki

pilih-pilih...

kami shopping di sini...tut2 pun banyak kalau nak ke floating market

pelbagai pilihan kasut dan selipar...tapi harga tak la murah pun..sama je dengan harga di Padang Besar


ok selepas shopping sikit2 di bazar, kitorg proceed ke Central Festival Mall, shopping complex terbesar di hatyai....di sini harga dan brand lebih kurang macam Mid Valley..semua branded item mcm Pandora, H&M (coming soon), Uniqlo ada...kat sini aku cuma beli Starbucks Tumbler & City Mug untuk tambah collection..satu kemestian bagi aku kalau ke mana2 negara...

tapi bagi aku, kalau nak ke Hatyai tak perlu bagi prority ke CFM ni sbb kat Malaysia pun banyak..kitorg sejam kat sini pun dah mcm lama...

koleksi Thailand.
gambar Central Festival daripada google..



antara menu yang dijual..sup daging

seronok betul jamu mata tgk mcm2 ada jenis makanan panas2 di sini

kalau ke sini jangan lupa beli air special sebab boleh dibawa balik pastu tanah liat pelbagai bentuk sebagai tanda kenangan


aku beli air kelapa dan laici..harga 30 baht

nasi ayam ni pun sedap katanya

makanan di sini bukan sahaja dijual di atas perahu tapi sebelum ke sini dah ada dijual di atas darat dan kita boleh menyeberang sungai melalui jambatan untuk shopping di seberang sungai juga..aku cadangkan minimu 3 jam di sini...kita boleh makan2 di bangku yang disediakan. Surau juga ada di sini...



pinjam gambar gugel lagi sbb aku tak sempat menyeberang pun..kami ada 1 jam saja di sini sbb perlu bergerak sebelum pukul 7.. imigresen akan ditutup pada pukul 10 malam..
.
.
.
.
.
ok di bawah ni antara suviner yang aku beli di hatyai..

keychain di Songhkla

pen utk anak2

make up purse

deco plate

fridge magnet
.
.
.
.
.

ok berikut merupakan sedikit info berkenaan border pass Thailand:

1. Kelayakan : yang dilahirkan ataupun ber'ic' Kedah, Perlis atau Kelantan, anak2 yang dilahirkan di luar 3 negeri ni masih boleh menggunakan border pass menggunakan nama ayah/ibu...layak utk 3 org anak..

2. Syarat :

       - 2 keping gambar passport background putih
       - surat beranak (anak2 di bawah 18 thn)
     
3. Border pass hanya boleh dibuat di Imigresen 3 negeri2 ini. Kalau di Perlis, boleh ke Kangar/Kuala Perlis (Isnin-Jumaat, Pdg Besar (Sabtu tutup pukul 2 ptg & Wang Kelian (ahad juga buka).

4. Border pass ini tahan sehingga 1 tahun, dan boleh tinggal di Thailand selama seminggu dan kemudian kena renew chop border)

5. Border pass ini hanya boleh digunakan sehingga ke Songkhla sahaja

begini lah rupanya BORDER PASS ataupun PAS SEMPADAN





Post a Comment