Friday, July 13, 2018

Banana uyu atau susu pisang Korea

Banan uyu 1300 won (lebih kurang RM5)


Kalau pergi Korea tak sah la kalau tak minum susu pisang yang famous di kalangan org Malaysia kan... begitu juga saya..setiap kali ke sana saya akan bawa balik sebagai buah tangan utk anak2 juga. Anak2 saya memang minat sangat susu pisang ni...

Sepanjang di sana pun setiap hari 2 kali saya akan minum. Pagi dan malam. without fail ! 

Harga 
1300 won di convenience store spt di Seven E dan Airport. Hari last tu saya jumpa banana uyu 1100 won je di myengdong night market (dalam kedai kosmetik). apa lagi borong terus 4 botol .. di Seven Eleven pun saya jumpa buy 2 free 1.. untung kan..


Tips bawak balik
Jika bag utk check in dah penuh sampai tahap tak boleh zip tu (biasanya ke Korea mmg macam tu hehe), jgn susah hati. Boleh je nak hand carry banana uyu ni masa naik kapal terbang. (saya dah buat semasa naik Air Asia & Malaysia Airlines). 

Caranya beli di kedai2/cafe dlm perjalanan ke Gate. Pastikan selepas security clearance ya. Diulang SELEPAS. 

Tapi jangan la jinjit mcm tu je..isi la dlm paper bag ke bag sandang ke.. saya hrtu sempat beli lagi 4 botol nak hbskan siling yang ada. Di Incheon airport tak ada 2nd security clearance di dalam Gate. gate pun terbuka je takde pintu atau dinding. Beli la apa pun boleh je bawak masuk dlm aircraft. menarik kan?

Harap tips saya ni berguna.. tak faham tanya ya... saya mmg suka berkongsi maklumat..