Sunday, March 4, 2018

Fakta anda perlu tau sebelum ke NZ




Saya sharekan hasil research saya sebelum ke NZ dengan kawan2 yang akan ke NZ. Info2 ni saya dapat daripada sumber2 internet ya.. yang mana dah tau abaikan saja.. credit kepada yang sudi share, saya tumpang share juga..


sungai yang masih beku pada musim panas (nov) - Mount Cook captured by me


1. Ibu negara NZ adalah Wellington

2. Tiada haiwan berbisa di NZ kerana kadar sulfur yang tinggi, tetapi ada serangga bernama sand flies di celah2 bunga lupin yang menggigit mcm nyamuk tapi lebih gatal. 


kat sini saya kena gigit dgn sand flies.. gatal dan meninggalkan parut la jugak..tapi lama2 hilang la

3. Negara ini sizenya lebih kurang Japan & Great Britain

4. Negara yang sangat ketat undang2 terutamanya undang2 lalu lintas, jgn lupa sentiasa patuhi hadlaju jika tak mau kena saman

5. Jarang ada tol di NZ (kami tak jumpa pun)

6. Menerima lesen memandu Malaysia yang baru (ada translation BI), umur lebih daripada 21 tahun

7. Tak perlu visa (dgn syarat ada tix pergi balik, confirmation accomodation & sewa kereta cthnya)

8. Makanan halal mudah didapati terutamanya di Auckland, cuma sediakan budget lebih sbb kos agak tinggi)


kedai makanan Malaysia halal di Auckland, Uncle Man's ..semua makanan sedap tapi sgt banyak boleh share 2 orang

Uncle Man's nasi goreng boleh pilih level kepedasan, kami pilih pds NZD 12 


9. Isi minyak penuh ketika sampai di bandar-bandar besar seperti Dunedin, Christchurch dan Akaroa sebab murah. Semakin ke dalam kawasan tu, semakin mahal harga petrol. 

10. Boleh bawa student card/ staff ID jika ada. Kadang-kadang berguna untuk dapatkan diskaun.

11. Shopping coklat seperti Whittakers ataupun Cadbury, sila beli di Pak 'n' Save biasanya lebih murah dari Cadbury World, Dunedin. Kalo bernasib baik, ada hari di Pak 'n' Save akan ada promo utk coklat Whittakers. 

12. Beras boleh dibeli dimana-mana. Tak perlu angkut beras dari Malaysia. Kat Pak 'n' Save ada siap dijual yang paket2 kecil seperti 1kg, 2kg dan lain2. Harga 1kg ialah NZD1.50+ bergantung kepada jenama dan kualiti. 

13. Simcard yang popular di kalangan Malaysian adalah Spark  (sbb ada free wifi di pondok2 mcm pondok telefon, jadi lebih jimat)..beli di luar Arrival Airport (sebelum keluar airport ada yang utk Data sahaja)


Kaunter Spark di bahagian Free Tax Zone


14. WIFI FREE boleh didapati di McDonalds atau Starbucks.. selebihnya carilah pondok Free Wifi Spark (warna pink) * utk pengguna simcard Spark sahaja


salah satu contoh spark free wifi zone di Rotorua


15. Ketika dalam perjalanan, sila gunakan I-site yang terdapat di merata tempat untuk merancang perjalanan anda. Ianya berfungsi sebagai tour guide. 


I-Site Rotorua - Instagram : i_am_nieta_


16. Untuk dapatkan diskaun untuk aktiviti ataupun penginapan, boleh masuk ke websites berikut: 

     www.grabone.co.nz
     www.bookme.co.nz
     www.yazoom.co.nz
     www.GrouponNZ.co.nz
     www.treatme.co.nz


17. Jgn lupa bawak extra memory card ataupun card reader utk backup dan in case tak cukup memory, almaklumla gambar beribu nak ambil.

18. bateri phone pun kena sentiasa jaga (keep warm) kalau cuaca sejuk sbb cepat aje habis..

19. Kastam NZ lebih strict daripada kastam Australia, jd make sure ilmu penuh di dada sebelum ke sana cthnya apa yang dilarang dibawa masuk atau senarai yang perlu declare. Boleh tgk di post tips 
semasa proses pemeriksaan Kastam di NZ

20. Kalau tak pasti nak tick atau tak dlm borang declaration tu baiklah tick. Jadi taklah kena denda kalau barang dibawa tu spttnya kena declare. kalau tak perlu declare pun tapi tick Yes tak kena denda.

21. No emergency di NZ adalah call 111 (wpun takde credit)

22. Jangan lupa ambik insurans travel especially yang nak buat aktiviti extereme. Kami pilih Axa Insurance

23. Sewa Kereta (kena rajin compare harga dan package. GPS adalah wajib sbb jgn harapkan GPS di handphone byk yang coverage teruk. sesat pulak nanti...

24. Insurance kereta tak payah pening2 pillih je full covered. So kalau apa2 jd cthnya kereta rosak ke, eksiden ke, tayar pecah ke, cermin pecah ke tak perlu bayar balik.

25. Biasanya akan ada additional charge 2% utk credit card. Pejam mata je la

26. GST di NZ adalah 15% dah tak boleh claim VAT mcm negara lain ya.

27. Tiada Hard Rock cafe di NZ (sehingga blog ini diupdate 2018)

28. Sayangilah kulit anda dgn memakai sunblock. sinaran matahari di NZ ni lain mcm sikit walaupun musim sejuk. Kalau tak balik nanti habis la sunburn.



Musim di New Zealand :

Summer (musim panas) : Dec, Jan, Feb
Autumn (musim luruh) : March, April, May
Winter (musim sejuk) : June, Julu, August
Spring (musim bunga) : Sept, Oct, Nov

walaupun musim bunga di Bulan 11 kadang2 masih sejuk dan jangan terkejut kadang2 ada lagi salji ... jadi pastikan sentiasa check ramalan cuaca sebelum ke sana dan bawa pakaian yang sesuai.


Nama tempat shopping groceries yg biasa Malaysian pergi :
-Pak N Save
-Countdown


Brand ayam halal:
- Turks
- Brinks
- Tegel (update terkini tidak perbaharui sijil halal NZ)


Accomodation Search Engines

1. http://www.booking.com/ 
2. https://www.airbnb.com/s/New-Zealand
3. http://www.hotelscombined.com/Place/New_Zealand.htm
4. http://www.agoda.com/country/new-zealand.html  

Sewa Kereta:

Avis - http://www.avis.co.nz/ 
Hertz - http://www.hertz.com/ 
Budget - http://www.budget.co.nz/ 
Europecar - http://www.europecar.co.nz/ 
Thrifty - http://www.thrifty.co.nz/ 
Ace Car Rentals - http://www.acecarrentals.co.nz/ 
Omega Rental Cars - http://www.omegarentalcars.com/ 
Discover - http://www.discovery-carhire.co.nz/ 
Shoestring - http://www.shoestringrentals.co.nz/  
Rental Cars : http://www.rentalcars.co.nz

Bas di NZ : 

Intercity 
Nakedbus
Atomic Shuttles 

Keretapi di NZ : 
Rail New Zealand - Scenic Rail Pass atau TranzAlpine

POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :


No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye