Friday, December 15, 2017

ITINERARY KE NEW ZEALAND (NORTH & SOUTH) - 17 days November 2017

Alhamdulillah selepas setahun plan berjaya juga menjejakkan kaki di bumi Kiwi. InshaAllah saya akan share banyak info tentang bumi NZ hasil pengalaman dan research sebelum pergi. Semoga saya berkesempatan untuk menulis .. terima kasih untuk yang sudi singgah di blog kerdil saya.. boleh refer IG saya i_am_nieta_ di situ banyak saya upload gambar dan boleh komen di situ jika perlukan maklumat segera ya...


saya belanja gambar sikit ya...ni semua mengikut susunan 17 hari saya di North dan South.. maknanya 17 post saya kena tulis mengikut tempat :D..all the best to me..chaiyok chaiyok

 NORTH NEW ZEALAND
1. Auckland 

2. Rotorua
2. Matamata - Hobbiton
3. Huka Falls

SOUTH NEW ZEALAND




4. Castle Hill
5. Wanaka
5. Puzzle World




6. Cardrona Bra Fence
7. Cardrona 
8. Queenstown Skyline


9. Queenstown City
10. Kinloch
11. Glenorchy




12. Milford Sound


13. Mirror Lakes

13. Nugget Point

14. Cadbury World Dunedin


15. Baldwin The World's Steepest Street

16. Moeraki Boulders 

17. Ahuriri - Omarama

18. Tekapo
19. Tekapo Lake
20. Church of the Good Sheperd, Tekapo
21. Mount Cook




Harini saya sharekan itinerary (secara kasar) mengikut route pilihan kami. Untuk makluman perjalanan kami adalah selama 17 hari jadi jika ada yang akan pergi kurang daripada tu boleh la skip mana yang kurang popular tu. Post akan datang saya akan kongsi kelebihan sesuatu tempat. Ada juga tempat kami jadikan persinggahan untuk tidur sahaja kerana destinasi agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Ada yang mengambil masa 5 jam (kereta). Masa kami di sana juga merupakan peak season kerana pada musim summer ni la bunga lupin akan berkembang (Mid Nov - Jan). 

  • Pengangkutan : KUL-AUK-KUL (Air Asia X) - transit di Gold Coast selama 1 jam untuk mengisi minyak

  • Pengangkutan di NZ : Kereta sewa & Jetstar (domestik) 
South : https://www.rentalcar.co.nz/  : Nissan Tiida
North : https://www.ezicarrental.co.nz/rental-locations/auckland-city : Toyota RAV4

  • Visa : tiada
  • Currency : NZD 1 = RM3.02 
  • Total Pax : 4 orang 
  • Musim : Penghujung Spring dan Awal Summer (bunga lupin)
  • Total Kos : RM6,800 (selepas dibahagi 4 pax utk makan, minyak, sewa kereta & penginapan)
  • Penginapan : semua dibooking online daripada Malaysia kecuali Moeraki Boulders (Bookingdotcom, A*goda)

Route :

North
1. Auckland
2. Rotorua
3. Matamata (Hobbiton)
4. Auckland

South
5. Christchurch 
6. Hokitika
7. Wanaka
8. Queenstown
9. Glenorchy
10. Te Anau
11. Kaka Point
12. Moeraki Boulders
13. Tekapo
14. Akaroa
15. Christchurch
16. Auckland


berikut merupakan route kami bermula daripada North dan ke South menggunakan Jetstar dan turun di Christchurch.

Route kami di South adalah mengikut lawan arah jam..iaitu bermula di Christchurch dan juga berakhir di Christchurch utk pulang ke Auckland semula (ambil AAX di AUK). 









Tips buat itinerary : study peta + jarak di google map
kami ambik masa berbulan utk finalised itinerary dan slp siap baru boleh booking accomodation. Jangan salah book nnt rugi masa dan kalau peak time kena book awal kalau tak akan penuh atau mahal. (Read : Tekapo, Te Anau)


Atas permintaan rakan-rakan saya pastekan di sini rangka itinerary dan aktiviti sepanjang kami di NZ. seperti kita maklum tak semua yg kita rancang tu 100% kita ikut. Ini hanyalah plan selebihnya apa yang kami buat sepanjang 17 hari tu nanti saya ceritakan details untuk setiap tempat selepas ini. 

Diharap rangka itinerary saya ni dapat membantu kawan2 serba sedikit utk merancang itinerary masing2... paling penting plan jarak dan masa. Jangan terlalu padat kerana di NZ kita tak boleh bawak laju2 macam di Malaysia. Apa yang penting ..enjoy !!!




Jangan malu2 bertanya ya ..saya sangat berbesar hati kalau ada yang comment di sini... sekurang2 nya saya tau blog saya ni ada pembaca :) ...tq 

untuk next post saya sharekan persediaan dan pengalaman kami semasa tapisan kastam di New Zealand (custom clearance). 




POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :



2 comments:

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye