Wednesday, December 20, 2017

Airport Transfer Di New Zealand

Apa pengangkutan yang kami pilih dari Airport ke => Auckland City dan sebaliknya?


  • Super Shuttle


Kenapa Kami pilih Super Shuttle? 
  • Harga reasonable. 
  • Sangat selesa. 
  • 24 jam. 
  • Ada ruangan untuk bag besar dan oversized. (trailer)
  • Bus lane (tak sangkut dalam jem sbb dibenarkan menggunakan bus lane di sebelah kiri)
  • free wifi
  • door to door service
  • 11 penumpang sahaja


Cuma tunggu di depan hotel. Sangat sesuai untuk kami yang mempunyai banyak bag dan berat. 

Cuma booking online (charge ke credit card). Kami cuma online booking semasa hendak ke Airport. Daripada Airport kami walk in sahaja. Nanti bayar cash semasa sampai di destinasi. Lokasi walk in, tunggi di hadapan pintu International Arrival. cari van yang ada tulis super shuttle. Biasanya driver supershuttle ni setia menanti di luar van dengan senyuman. Jangan malas bertanya ya. sebab kadang-kadang ada supershuttle yang dah fully booked. Tapi 2 kali kami walk in Alhamdulillah mmg ada vacant tak perlu menunggu. paling best layanan mmg VIP siap tolong angkatkan bag masuk ke dlm ruangan bag di belakang sekali (trailer yang ditarik). Jadi semua penumpang akan berasa selesa di dalam shuttle tanpa diganggu oleh bag2 yang banyak. 

Berapa anggaran tambang? 

Auckland Airport ==> Auckland City (Princeton Apartment) adalah NZD 15.5 (sangat berbaloi kerana tidak perlu berjalan jauh mengheret bag). 


muka terpaksa dipdm nnt tuan punya gambar marah pulak gambar tak bersedia..hehe


ok ni website supershuttle tu ya..
https://www.supershuttle.co.nz/

boleh free call (walaupun menggunakan simcard data sahaja). mana la tau kalau ragu2 takut tak sampai ke hotel boleh je terus call. Tapi ssupper shuttle ni biasanya sharp, kalau mcm apartment kami di tepi jalan mmg kena tunggu awal takut nanti mengganggu lalu lintas dan masa penumpang lain.

FREE 0800 748 885
+64 9 522 5100


Next post saya akan ceritakan mengenai kelebihan simcard yang kami pilih. 


POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :


Monday, December 18, 2017

Tips semasa proses pemeriksaan Kastam di New Zealand (Custom Declaration)

Sebenarnya antara proses yang mendebarkan bagi saya semasa hendak travel ke NZ adalah semasa pemeriksaan Kastam. NZ memang terkenal dengan negara yang sangat strict terutamanya dari segi makananan yang dibawa masuk. Kalau yang dah pernah ke Australia, peraturan adalah lebih kurang sama iaitu tiada daging, product tenusu, telur, madu dll. 

Memandangkan kami agak lama di NZ, sememangnya kami ada membawa stok makanan sendiri selain daripada plan untuk memasak di NZ nanti. (siap bawak periuk nasi travel). Kenapa kami plan nak memasak dan bukannya makan di restoran di sana saja? semestinya kerana kos yang tinggi dan agak susah berjumpa kedai makanan halal. Almaklumla kami akan road trip dan menetap di sesuatu tempat hanya untuk 1 malam. Bukan semua tempat tu ada kedai makan halal. 

Tips penting yang saya nak bgtau cuma dua..kalau ikut tips ni,  kemungkinan untuk bag dibuka atau dihidu anjing pengesan sangat kecil. Macam kes kami Alhamdulillah semua proses berjalan lancar tanpa perlu buka bag.



TIPS 1 : Tick semua kotak di dalam form declaration (yg berkaitan dengan makanan/ubatan). 
Declaration form akan diberi semasa di dalam flight. (Arrival card)

TIPS 2 : Prepare list, description & ingredient barang yang di bawa (Declaration list)
Percaya la para kastam di NZ akan tersenyum lebar kalau tgk pelancong yang rajin prepare semua list yang dibawa. Bukannya susah pun, cuma snap depan dan snap ingredient. Jika lebih rajin boleh la type sedikit description contohnya kegunaan ubat/makanan tersebut. (Nama, jenis, kuantiti, kegunaan). 

Print dan terus tunjuk semasa proses tapisan.

Asingkan semua makanan/ubat utk declare dlm 1 bag (mudah untuk diperiksa). 

Friday, December 15, 2017

ITINERARY KE NEW ZEALAND (NORTH & SOUTH) - 17 days November 2017

Alhamdulillah selepas setahun plan berjaya juga menjejakkan kaki di bumi Kiwi. InshaAllah saya akan share banyak info tentang bumi NZ hasil pengalaman dan research sebelum pergi. Semoga saya berkesempatan untuk menulis .. terima kasih untuk yang sudi singgah di blog kerdil saya.. boleh refer IG saya i_am_nieta_ di situ banyak saya upload gambar dan boleh komen di situ jika perlukan maklumat segera ya...


saya belanja gambar sikit ya...ni semua mengikut susunan 17 hari saya di North dan South.. maknanya 17 post saya kena tulis mengikut tempat :D..all the best to me..chaiyok chaiyok

 NORTH NEW ZEALAND
1. Auckland 

2. Rotorua
2. Matamata - Hobbiton
3. Huka Falls

SOUTH NEW ZEALAND




4. Castle Hill
5. Wanaka
5. Puzzle World




6. Cardrona Bra Fence
7. Cardrona 
8. Queenstown Skyline


9. Queenstown City
10. Kinloch
11. Glenorchy




12. Milford Sound


13. Mirror Lakes

13. Nugget Point

14. Cadbury World Dunedin


15. Baldwin The World's Steepest Street

16. Moeraki Boulders 

17. Ahuriri - Omarama

18. Tekapo
19. Tekapo Lake
20. Church of the Good Sheperd, Tekapo
21. Mount Cook




Harini saya sharekan itinerary (secara kasar) mengikut route pilihan kami. Untuk makluman perjalanan kami adalah selama 17 hari jadi jika ada yang akan pergi kurang daripada tu boleh la skip mana yang kurang popular tu. Post akan datang saya akan kongsi kelebihan sesuatu tempat. Ada juga tempat kami jadikan persinggahan untuk tidur sahaja kerana destinasi agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Ada yang mengambil masa 5 jam (kereta). Masa kami di sana juga merupakan peak season kerana pada musim summer ni la bunga lupin akan berkembang (Mid Nov - Jan). 

  • Pengangkutan : KUL-AUK-KUL (Air Asia X) - transit di Gold Coast selama 1 jam untuk mengisi minyak

  • Pengangkutan di NZ : Kereta sewa & Jetstar (domestik) 
South : https://www.rentalcar.co.nz/  : Nissan Tiida
North : https://www.ezicarrental.co.nz/rental-locations/auckland-city : Toyota RAV4

  • Visa : tiada
  • Currency : NZD 1 = RM3.02 
  • Total Pax : 4 orang 
  • Musim : Penghujung Spring dan Awal Summer (bunga lupin)
  • Total Kos : RM6,800 (selepas dibahagi 4 pax utk makan, minyak, sewa kereta & penginapan)
  • Penginapan : semua dibooking online daripada Malaysia kecuali Moeraki Boulders (Bookingdotcom, A*goda)

Route :

North
1. Auckland
2. Rotorua
3. Matamata (Hobbiton)
4. Auckland

South
5. Christchurch 
6. Hokitika
7. Wanaka
8. Queenstown
9. Glenorchy
10. Te Anau
11. Kaka Point
12. Moeraki Boulders
13. Tekapo
14. Akaroa
15. Christchurch
16. Auckland


berikut merupakan route kami bermula daripada North dan ke South menggunakan Jetstar dan turun di Christchurch.

Route kami di South adalah mengikut lawan arah jam..iaitu bermula di Christchurch dan juga berakhir di Christchurch utk pulang ke Auckland semula (ambil AAX di AUK). 









Tips buat itinerary : study peta + jarak di google map
kami ambik masa berbulan utk finalised itinerary dan slp siap baru boleh booking accomodation. Jangan salah book nnt rugi masa dan kalau peak time kena book awal kalau tak akan penuh atau mahal. (Read : Tekapo, Te Anau)


Atas permintaan rakan-rakan saya pastekan di sini rangka itinerary dan aktiviti sepanjang kami di NZ. seperti kita maklum tak semua yg kita rancang tu 100% kita ikut. Ini hanyalah plan selebihnya apa yang kami buat sepanjang 17 hari tu nanti saya ceritakan details untuk setiap tempat selepas ini. 

Diharap rangka itinerary saya ni dapat membantu kawan2 serba sedikit utk merancang itinerary masing2... paling penting plan jarak dan masa. Jangan terlalu padat kerana di NZ kita tak boleh bawak laju2 macam di Malaysia. Apa yang penting ..enjoy !!!




Jangan malu2 bertanya ya ..saya sangat berbesar hati kalau ada yang comment di sini... sekurang2 nya saya tau blog saya ni ada pembaca :) ...tq 

untuk next post saya sharekan persediaan dan pengalaman kami semasa tapisan kastam di New Zealand (custom clearance). 




POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :