Monday, May 1, 2017

Catatan perjalanan Jogjakarta - Trip Yogyakarta 2016



Salam semua para pembaca.. Kali ni saya akan sharekan gambar2 dan itinerary sepanjang kami di Jogjakarta. Walaupun entry ini telah lama tertangguh, diharap dapat membantu dan memberikan idea untuk yang akan ke Jogjakarta atau Yogyakarta. Kami lebih suka memanggilnnya Jogja.

Info yang berkaitan Trip ke Jogja :


  • Total days : 5 
  • Flight : Air Asia
  • Hotel : 1. Akasa Hotel (Merapi) 2. Paku Mas Hotel (Jogja City)
  • Total pax : 4 org

  • Itinerary Activities :
DAY 1 - Sunset Ratu Boko (tak sempat sbb flight delay)
            - Dinner di Bukit Bintang
            - Bermalam di Akasa Hotel Merapi


berlepas dari KLIA 2 ke Bandar Udara Internasional Adisucipto (Terminal B)

terus dinner di Bukit Bintang..semua plan ptg terpaksa cancel sbb flight delay dan cuaca buruk

cantik view dari atas Bukit Bintang..nampak perumahan2 di Jogja..

nasik ayam bakar dan air kelapa.. paling best aa ulam dan sambal ala2 ayam penyet..sedapp

check in Hotel Akasa. Semua urusan booking dan itinerary dibuat sendiri oleh kami. Supir hanyalah merangkap driver. 

DAY 2 : 

  • Merapi Sunrise Jeep Tour (awal pagi) - Merapi,  main air, Museum runtuhan Gunung Merapi
  • Breakfast & Check out 
  • Borobudur (250,000)
  • Sellie Coffee 
  • Alun-Alun Kidul
  • check in Paku Mas Hotel



sesudah subuh dah gerak ke Merapi..thanks to supir kami yang sangat rajin mengambil gambar..posing je

ni semua dia yang ambik..baring, masuk lubang semua ada..





cantiknya sunrise
semua naik jeep di sini...
ini jeep yang kami naik utk ke Merapi. Jalannya tak berturap tak sesuai utk ibu mengandung sbb byk hentakan...
di hadapan bunker ..tapi masa kejadian gunung berapi meletus, yang berlindung di dalam bunker ini turut terkorban kena haba yang terlalu pns dari luar..

pandangan Merapi dari jauh...
keadaan pada awal pagi..masih belum ramai org..sejuk di sini kena pakai jacket..



menurut supir, ini merupakan batu alien ..jika dilihat memang menyerupai rupa manusia.. seram jugak kan..

Seterusnya kami dibawa melawat museum tinggalan rumah yang dilanda tragedi Merapi .. byk tinggalan yang cair akibat asap panas ...













tarikh tragedi berlaku..5 Nov 2010
sarapan pagi yang disediakan oleh Hotel Akasa.. ada bubur dan nasik putih juga..
bergambar kenangan di depan hotel dan jeep sebelum check out



Selepas checkout kami di bawa ke Chandi Borobudur.. perjalanan yang agak jauh dari Merapi menyebabkan kami sampai dah tgh hari..matahari betul2 terpacak di atas kepala masa ni..bayangkan nak mendaki tangga yang tinggi tu dalam keadaan yang panas.. tapi memandangkan Chandi Borobudur ni merupakan tinggalan sejarah dan telah diiktiraf sebagai tapak Unesco. Harus la kami melawat juga kan..

jauh lagi perjalanan nak smpai ke Borobudur (blkg kami)

Tiket masuk ke Borobudur ni adalah 250k Rupiah. Agak mahal sbb harga tourist tidak sama dgn local. Masa beli tiket kami diberikan air mineral sejuk percuma. Tapi blm sempat panjat atas air saya dah habis sebotol. Sebab nak jalan ke tangga pun jauh dan panas.. Tak tahan betul saya dgn cuaca panas ni. Puteri lilin.



Memandangkan kami ke sana bulan Disember, rupanya di Indonesia jugak sedang bercuti. Memang org terlalu ramai. Kena pula masa tu weekend. Nampak tak org beratur nak panjat tanggga ke atas.. Tangganya cuma muat 1-2 orang dan curam. Berhati-hati ..



panas terik. Topi besar yang saya beli di Merapi tadi juga tak dpt menampung sinaran matahari. Jangan lupa pakai sunblock. Nampak tak masa ni muka saya jd pink.. Alhamdulillah tak sunburn. muka bertukar jadi pink...peluh tu tak usah cakap la...
puas la cari spot takde orang

nampak mcm tak ramai tapi sebenarnya ramai...

takde mood saya nak posing sini sbb panas.. lighting tak cantik sbb terlalu terang ..muka pun jadi bayang...

selain daripada tarikan ke atas utk Chandi Borobudur ni, di sepanjang perjalanan di pintu hadapan ke arah tempat supir kami menunggu juga ada byk gerai2 jualan. Tapi kami langsung tidak berminat untuk singgah sbb masa tu sgt pns dan dahaga. Dan juga lapar. lapar lapar dan lapar...hehehe

kami minta supir bawak ke mana2 rumah makan yang berdekatan dan sedap. Maaf gambar pun tak sempat nak snap sbb lapar sgt hehe...

Lepas makan dan solat kami teruskan perjalanan ke Sellie Coffee.. kenapa kami ke sini? sebab kami nak jejak lokai cerita Ada Apa Dengan Cinta 2 yang kekononnya nak jejak Rangga & Cinta.
Rupanya Sellie Coffee ni dibuka petang hingga ke malam. Ada live band juga di sini. Kami sampai telalu awal tapi Alhamdulillah mereka masih membenarkan kami bergambar di meja yang Rangga & Cinta bertemu.






meja ni la diorang bertentang mata selepas lama berpisah...

Seterusnya kami dibawa ke Aklun-Alun Kidul.. sini tempat rekreasi keluarga2 di Jogja sambil makan2 di gerai2 sekeliling dataran tu. Tarikan di sini adalah kereta kayuh yang boleh muat 4-5 orang..semua perlu kayuh seperti basikal untuk menggerakkan kereta dan sorang akan control stereng kerana kereta tetap lalu lalang di sini. Pelbagai character spt Doraemon, Hello Kitty dan juga lagu dipasang mengikut tema. Masa ni belum ada lagi di Malaysia.  Sekarang dah boleh cuba naik di Putrajaya juga.




selepas puas jalan2 di sini kami ambil keputusan untuk balik dan check in Hotel Paku Mas. Semua dah keletihan sebab harini bangun awal pagi nak ke Merapi tadi..Kami decide utk keluar makan di area hotel je..

Selepas bersihkan badan dan kembali segar, kami berjalan keluar dari hotel dan mencari kedai makan yang di recommend oleh tripadvisor. Nama kedainya Eastparc. Saya Order nasik ayam goreng crispy. Sambalnya sedap.. Alhamdulillah kenyang..



ok masa untuk berehat...Selamat Malam !



DAY 2 : 
  • Plataran TamanSari 
  • Pantai Timang




Morning Jogja... ini pemandangan kolam renang di bawah bilik kami..


sarapan yang disediakan hotel...
ok seterunya kami ke Plataran Taman Sari.Di sini kami bertukar supir buat kali k-3 sbb tu saya tak nak recommend supir kali ni..sbb takut diberikan supir yang tak ok.. supir masa di Merapi mmg ok tapi yang di Jogja agak kurang.. bayangkan nak ke sesuatu tempat pun beliau bukak GPS dan supirnya adalah wanita. Tahap confident beliau nak bawak van ke tempat tinggi tu kurang jadi kita pun kurang enjoy.. Masa di Taman Sari ni supirnya ok..lupa saya nak ambik nombor.


Taman Sari ni merupakan tinggalan istana di atas air. Jika nak melawat sampai ke dalam saya cadangkan ambil la local guide yang memang menunggu di situ. jadi beliau lebih arif dan akan menerangkan satu persatu tentang bilik istana, fungsi, termasuk kepercayaan masyarakat di sini. Bayaran biasanya mengikut budi bicara masing-masing. 









di dalam Taman sari ni juga ada kampung..






local guide yang menerangkan terperinci dalam Bahasa Inggeris

saya lebih focus pada camera di depan..maaf pak :D




































Kemudian kami teruskan perjalanan ke Pantai Timang.. tak sabarnya nak makan lobster fresh di Pantai Timang.

pilih lobster yang ditangkap di pantai sebelah.. 
ini rumahnya,.. mcm rumah biasa tapi ada ruangan utk makan..
terliur betul bila tgk gambar ni.. sdpnya lobster fresh.. yang paling sdp masakan di atas sekali tu..yang bwh mcm blackpepper skit...

sebelum terkam makanan .. 



kuah pun sedap... #drooling

yang tengah tu supir kami..

perut dah kenyang..kami teruskan perjalanan ke arah Pantai Timang..


gondola yang ditarik oleh tenaga manusia..kami tak naik masa ni angin sgt kuat.. ombak pun tinggi...





nampak tak agin kuat



kami berada di sini sehingga senja dan ditutup.. agak jauh nak keluar drp sini jd elakkan waktu gelap.. biasanya jarang kereta akan masuk ke dlm sbb jln tak berturap.. biasanya perlu sewa motosikal ..tapi kami tak secure utk membonceng motosikal dgn lelaki yang tidak dikenali..

ok jom balik ke Jogja City.. kita makan malam di bilik saja malam ni..smlm tgk byk menu sedap2..

jus alpukat + strawberry juice ..pisang cheese chocolate.. nasi goreng..soto.. ayam penyet... semuanya sedap..tak payah jalan kaki..order room service je..





























ok selamat malam jogja.. jumpa lagi esok utk itinerary menarik seterusnya..





No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye