Saturday, May 20, 2017

Tips Shopping di Pasar Baru Bandung

Memandangkan ramai yang bertanya dan berminat dengan post saya sebelum ni mengenai shopping di Bandung, saya tambah sikit lagi post berkaitan shopping di Pasar Baru.

Ini merupakan kali kedua saya ke Bandung. Walaupun pernah pergi, saya memang tak ingat apa yang ada di setiap lantai (tingkat). Pasar Baru ni ada banyak lantai dan blok. Kalau shopping sendiri memang tak ingat kalau nak cari semula kedai tersebut sbb kedai seakan-akan sama. Untuk makluman, biasanya shopping di sini akan mengambil masa seharian kerana banyak benda yang akan dibeli, orang yang ramai dan kedai yang terlalu banyak. Proses tawar menawar juga akan mengambil masa. Saya cadangkan peruntukkan sehari utk shopping di sini (pagi-petang), sebelah malam boleh la jalan2 di tempat yang tutup lambat seperti Cihampelas Walk.

Ok saya sharekan di sini pengalaman kami yang paling best sepanjang shopping di Pasar Baru.
Hari sebelum itinerary ke Pasar Baru di Supir Agung dah bagitau, dia ada hire sorang supir lain yang pandai selok belik Pasar Baru (PB). "jangan risau kak, orangnya gagah dan pandai selok belok sana."

Pagi tu sampai saja kami di parkir PB, beliau perkenalkan dengan sahabat beliau yang akan menemani kami seharian. Kami dah cuak tgk muka beliau yang nampak garang. Alamak ni supir ke bodyguard ni.. Tapi bila beliau bercakap, alahai lemah lembut sopan santun orangnya. Serious tak tipu. Namanya Asep.

Asep ni sangat la mahir tentang kedai2 di PB. Memang hari2 ke sana agaknya. Masuk je dlm bangunan kami cuma tgk2 dulu sbb takut tempat lain lebih murah. jadi Asep akan ingat lokasi kedai tu. Selepas berpuluh2 kedai kami pergi bila diminta ke kedai yang mula2 tadi beliau sepantas kilat bawak kami. Jimat masa kan? Takde la kami berpusing2 nak cari semula kedai yang awal tu. Dan bila dah beli pantas je dia hulur tangan utk bawak.. gagah betul ye bayangkan bawak berplastik2 bag utk kami berdua.

Paling saya suka Asep ni tak spt guide lain yang akan menunjukkan kedai kesukaan mereka untuk kita beli, jadi mungkin mereka dapat komisen di sana padahal ada kedai lain lebih murah. Asep akan bawa ke semua kedai. dengan kata lain kita cuma bgtau beliau cthnya nak beli kain lace. Jadi beliau akan bawa ke semua kedai yang jual lace. Kalau tak nak tak apa, beliau akan sengeh dan bawa ke kedai seterusnya. Memang kaki sengeh Asep ni.

Lepas makan tgh hari di foodcourt atas kami kembali kepada Asep (beliau tak mkn sekali) dan meneruskan misi shopping. bagitau je beliau apa yang belum cukup. Nanti beliau akan pikir lantai mana yang sesuai. (kami pun ada study nama2 kedai dan alamat kedai yang murah jd kami boleh compare dengan yang Asep tunjuk.) Paling kelakar masa nak beli baju batik, beliau dijadikan model utk size baju suami di rumah. Multifunction betul :D

Kenapa saya cakap kalau ada supir yang bawak kita sangat selamat tiada yang datang approach, mencopet atau meminta sedekah? Buktinya Asep tinggalkan kami sekejap je utk ke kamar kecik (Toilet), terus datang peminta sedekah dan yang nak jual keychain bagai. Lepas Asep datang terus hilang. Abang kawasan betul Asep ni :)

Sampai ke pukul 5 ada lagi yang belum jumpa. bayangkan seharian dah kami di sana. Saya masih berlm berjumpa dengan kain telekung travel yang saya mmg plan nak beli lagi. Sebelum tu dah beli. Tapi bila saya nak turun ke bawah, kedai dah tutup. Menurut Asep, kedai2 di PB ni akan tutup berperingkat2 bermula dengan lantai bawah.

Yang terbaiknya Asep sanggup belikan apa yang tak sempat tu esok. Cuma beri gambar saja. Baik kan Asep ni. Happy nya saya..apa yang saya nak semua ada..

ok ini gambar Asep.. kalau sesiapa nak hire beliau di PB boleh la whatsap .. kalau ambik supir Agung boleh juga special request Asep utk bawa di Pasar Baru (tiada additional cost).




whatsap Asep : +6285222881996

** jgn lupa mention nama saya Nieta ya..

untuk post bandung sebelum ni boleh refer di bawah ni ya

ITINERARY BANDUNG








Friday, May 19, 2017

Itinerary Trip ke Bandung - 2017



Mountain Swing - The Lodge Maribaya : Instagram : i_am_nieta_



Memandangkan saya baru sahaja pulang daripada trip ke Bandung, sementara ingatan masih kuat saya terus update di blog untuk rujukan teman2 yang akan berkunjung ke sana juga ya.

Trip saya kali ni merupakan kali kedua ke Bandung, terdahulu pada tahun 2013. Banyak juga perbezaan ketara yang saya perasan. Nanti saya sharekan di bawah ya. Harap masa tak mencemburui saya. Sebelum saya mulakan update terperinci saya tulis dulu point-point penting yang akan saya ceritakan di dalam post ini.

1. Tempoh (5 hari 4 malam)
2. Hotel - Hotel Oak Premiere, Riau sekarang dikenali dengan Hotel Fox Harris (semalam RM141/2 pax)= RM565.00 : Hotel 3 Bintang, baru dan moden..highly recommended 
3. Pengangkutan : Air Asia & Malindo Air = RM342.59 return (bukan promosi)
4. Tukaran Wang : 1 Juta Rupiah = RM331.00
5. Supir : RM150 / 450 Rupiah /hari (tidak termasuk tiket masuk) - digalakkan kongsi 4 orang utk sebiji kereta ..

5. Itinerary Ringkas :

Day 1:

  • KLIA 2 - Husein Sastranegara Airport (BDO) 4.00pm - 5.20pm  Air Asia
  • Dinner di Bebek Kaleyo : makan bebek (itik) bakar dan air melon
  • Shopping di Paris Van Java
  • Check in hotel
Day 2 :

  • The lodge maribaya (75K) (Zip Bike, Moutain Swing, Sky Bamboo,  Sky Tree)
opening hour : 0900 - 1 jam lebih perjalanan daripada Kota Bandung. 
Kos setiap tarikan adalah 20 ribu, gambar 1 ribu/unit

  • Floating market (20K) - Lunch
  • Grafica cikole (20k)
  • Farm House Lembang (20k)
  • Dinner di Karamba
  • Rumah Mode & shopping
  • Berehat di hotel
Day 3 :

  • Pasar baru opening hour : 8am - 5PM
  • lunch (Kemangi, Tingkat 6) - makan ikan gurame bakar jerebu & ayam bakar
  • Dinner (Kedai Belacan)
  • Factory Outlet
  • Cihampelas Walk
  • Kartika Sari                        
  • Berehat di hotel
Day 4 :

  • Kawah Putih
  • Glamping Lakeside Ciwadey (Titanic Bandung)
  • Kebun Strawberry Ciwade (petik Strawberry)
  • Amanda
  • Perfume collector (IDR 45,000)        
  • De'fashion Textiles
  • Dinner (Murtabak San Francisco)
  • Berehat di hotel
Day 5 :
  • Breakfast di hotel & check out
  • Bertolak Balik ke KUL (Malindo Air)

Day 1 - Dinner di Bebek Kaleyo
Bebek Kaleyo - kedai makan tarikan local, selesa ada musolla (surau)

dinner bebek bakar yang rangup di Bebek Kaleyo
Day 1 - Shopping di Paris Van Java 
shopping di Paris Van Java
Day 2 : Lokasi 1 - Lodge Maribaya


isi perut dulu sebelum memulakan perjalanan ke Lodge Maribaya

Sarapan enak di Hotel penginapan kami...

zip bike di The Lodge Maribaya - 20000 Rupiah
tidak digalakkan untuk yang gayat

di atas tu tempat kayuh basikal ..kena panjat tangga bila sampai turn.. pergi sini dulu sbb sini paling ramai que
mountain swing

cantik pemandangan di The Lodge Maribaya, Lembang , pastikan sampai awal agar tidak perlu beratur panjang untuk ride dan pilih gambar di kaunter gambar dahulu, jika tidak buang masa di sana sebab kaunternya hanya ada 4

lepas selesai semua boleh la bergambar sakan :)


tips di Lodge Maribaya : pergi beratur di tempat tarikan utama iaitu basikal & buaian.. dan lepas habis bergambar terus turun que utk pilih gambar utk dibeli.. lepas pilih dan beli boleh sambung jalan2 selfie bagai..sebab station gambar tu mengambil masa agak lama..


Day 2 : Lokasi 2 - Floating Market
Floating Market..ada pelbagai makanan dijual disini.. boleh beli menggunakan coupon/token.. surau juga disediakan

lepas hajat setelah lama tak makan pisang cheese original Bandung

pisang cheese dan satey... share je

pelbagai jenis pisang dan digoreng panas2

nasi goreng pun ada..bau semerbak

pau comel

berhenti rehat sambil minum milo free daripada complimentaru tiket masuk ke Floating Market..bagus betul diorang ni..beli tiket dpt minuman/snack

Floating Market Lembang..

Day 2 : Lokasi 3 - Grafika Cikole
Grafika Cikole - tempat perkhemahan dan team building, ada rumah the seven dwarf dan complimentary untuk flying fox/free snack (kami pilih pisang goreng cheese)
rumah hobit tapi penghunyi the seven dwarf :)
lokasi postwedding photography..

pisang cheese complimentary daripada tiket Grafika Cikole

dengan the 7 dwarf di Cikole

bergambar saja di sini sbb mengejar mana nak ke tempat lain lagi



Day 2 : Lokasi 4 - Farm House Susu Lembang
susu coklat sedap

dapat susu free lepas beli tiket boleh tunjuk di counter utk redeem..saya memilih susu segar coklat mmg sedap yang amat

Farm House Lembang
rumah Hobbit bukan di Hobbiton New Zealand tapi di Farm House Susu Lembang  - ada 2 tempat satu di bawah satu di atas ..pastikan cari kedua-duanya

Farm House, elakkan iti pada hari cuti tapi kalau terpaksa nak buat mcm mana kan.. mmg ramai la org

boleh bagi makan kambing2 ni

comel je perkampungan belanda di Farm House ni

Day 2 : Lokasi 5 - Rumah Mode
Rumah Mode : shopping kasut di sini, jgn lupa beli pelbagai pastry di bakerynya..

dalam toilet Rumah Mode..cantik!!

dalam toilet je pun.. tapi lawa

Day 2 : Dinner di Karamba
ikan gurami bakar.. agak manis sbb letak kicap manis kot..


Day 3 : Lokasi 1 - Pasar Baru

sebelum ke shopping di Pasar Baru, bergambar di depan hotel dulu, bawak beg sling je utk mengelak pencopet

depan hotel sementara menunggu supir sampai..

pelbagai baju couple batik ..

sorang ambik oren sorang ambik hijau..ok baju kebaya utk ke open house nnt :)

makan nasik ayam bakar jerebu (berasap) di Kemangi Pasar Baru..

sedap tapi portionnya besar sepatutnya share je
Day 3 : Lokasi 2 - Dinner di Kedai Belacan

nasik timbel kalau tak silap.. order di Restoren Belacan

makan malam di Kedai Belacan.. ada live band..

Day 3 : Lokasi 3 - Cihampelas Walk
ada masa lebih malam2 kami ajak supir ke Cihampelas Walk sambil beli souviner 

layan pemandangan daripada atas jambatan Cihampelas Walk
sambal tu sedap

Day 3 : Lokasi 3 - Kartika Sari
Bagelan Kartikasari yang sedap dan wajib bawak balik sebagai buah tangan.. rasanya seperti roti keras dicamput cheese.. lemak2 gitu

  • Kawah Putih
  • Glamping Lakeside Ciwadey (Titanic Bandung)
  • Kebun Strawberry Ciwade (petik Strawberry)
  • Amanda
  • Perfume collector (IDR 45,000)        
  • De'fashion Textiles
  • Dinner (Murtabak San Francisco)
  • Berehat di hotel
Day 4 : Lokasi 1 - Kawah Putih


Kawah Putih - 15 minit maksima di sini.. pastikan tutup hidung, jika tidak mudah batuk dan pening-pening

pandangan daripada atas

Biasanya suhu menjangkau 18 degree di sini, bawa jacket/baju tebal

boleh bawa naik kereta atau naik shuttle bus yang lebih jimat kosnya 15 ribu sahaja (seperti angkutan)
tangga menuju ke Kawah Putih

jalan keluar Kawah Putih...

Day 4 : Lokasi 2 - Glamping Lakeside Ciwadey

Glamping Lakeside (titanic bandung)
titian gantung ke kapal ... menarik...
lokasi menarik di Glamping ..


kalau ada masa boleh join naik perahu pusing tasik

cuaca nyaman macam di Cameron Highland .. Glamping ni satu jalan dengan Kawah Putih

supir kami yang hensem.. adik kepada supir Opik 

gambar cun supir yang ambikkan..untung kami


Day 4 : Lokasi 3 - Strawberry Farm Ciwadey

merasa jadi pekebun strawberry di Ciwadey

besar kebunnya...
Petik Strawberry yang tak berapa banyak..

Day 4 : Lokasi 4 - Parfume Collector
perfume yang dibancuh di depan kita..murah je

Day 4 : Dinner - Murtabak San Francisco (highly recommended)
muratabak San Francisco yang super sedap dan besar



Day 5 : Balik KL

pengangkutan kami ke Airport.. boleh booking dengan hotel



 layan gambar di atas ni dulu dan boleh tengok gambar selebihnya yang sangat banyak di Instagram saya ya

Instagram: i_am_nieta_ 

p/s : search #nietabandung di IG saya

boleh contact supir ni iaitu abang kepada agung ..kalau nak agung boleh request kat opik ya..

supir opik : +6281321668944


saya ada tambah post tips shopping di Pasar Baru. Boleh refer link bawah ni ya..

Tips Shopping di Pasar Baru Bandung

untuk tips perjalanan ke Negara lain boleh je click di gambar2 sebelah.. paling ramai click mesti la trip Vietnam :)

Acheh .  
Korea
New Zealand .