Monday, April 17, 2017

Vietnam Shopping Raya Trip - Part 2 - shopping apa di Vietnam

Wahhh lama Sgt tak update blog smpai dah ke Vietnam kali kedua dah ni.. takpe saya update apa yang perlu sahaja ya..nanti yang details saya akan update di post Vietnam 2017.

ok semasa di Vietnam ini antara yang kami shopping kan...

1. kain pasang : ada banyak sangat2 kedai yang menjual kain pasang.. tapi kami telah tersalah memilih kedai. Padahal dlm list dah tulis jgn ke kedai ni sbb ada baca dalm forum cakap kedai ni PR nya sangat teruk.. boleh maki2 customer mcm tu saja..dah la kami beli banyak.. siap tempah sekali.. hasilnya.. mmg kawan2 saya tak puas hati dan terpaksa hantar balik untuk alter. Conclusionnya jangan beli di kedai ni.. (Sila rujuk gambar)


2. Baju kurung & jubah  ready made - kami beli di Hong Anh... sangat best dan selesa sbb kedai di bangunan sendiri.. ada fitting room..cuba la seberapa lama pun...

3. shawl yang berkualiti & berjenama 'N".. - kami beli di malay street .. sangat2 murah .. tapi kalau balik nak jual kena la ambik untung sikit sbb penat memilih color dan bukak satu2..belum dicampur tax yg dikenakan di KLIA 2 lagi...

4. kasut fitflop yang sgt selesa dan sebijik ori..yang ni kami beli di pasar malam. Pasar malam ni mmg ada setiap malam berhadapan dengan hotel kami iaitu AnTham di Malay street (Nyu Yen An Nam). Pasar malam ni mmg dekat sangat dengan Ben Thanh.. dan peniaganya majority adalah peniaga di Benthan pada siang hari. Sebelah malam diorang akan buka di psr malam pula.

5. seluar tidur yang sangat selesa - yang ni pun di pasar malam.. ada yg jual longgok2 area kedai makan muslim = harga RM7-RM10 sahaja

*semua urusniaga adalah dalam RM, korang tukar duit Dong hanyalah untuk teksi/bas saja)

ok itu saja update utk trip kali ni.. saya akan sambung hasil shopingan di post seterusnya ya.

Hotel Antam - lokasi strategik tetapi agak sempit

Tudung jenama "N"



Prada Lace

Rambang mata kan

Cotton dan pelbagai jenis fabrik

kopi vietnam

tshirt original Hard Rock Cafe Vietnam

pose wajib di HRC

merchandise Starbucks sebagai koleksi tambahan

jubah lelaki berharga di bawah RM100 - bayar dalam RM saja

kedai kasut fitflop yang sebijik original - RM35-RM50 (kena bijak menawar)



murtabak mini - Hjh Basiroh

Popia Vietnam

bag dompet sebagai cenderamata yang ringan

boleh refer entry terkini saya di Vietnam 2018  <<<<==== tekan sini