Sunday, June 12, 2016

Vietnam Shopping Raya Trip - Part 1


Dah lama betul saya tak update blog.. sejak berjinak2 dengan bisnes photobook ni memang saya tak ada masa untuk update blog. Tapi baru-baru ni saya banyak buat research tentang Ho Chi Minh (HCM), Vietnam dan sangat berterima kasih dengan blogger2 lain yang sudi berkongsi pengalaman. Lepas balik daripada HCM terus saya bersemangat nak bercerita pengalaman saya pula.

Ok ini catatan trip pendek saya ke HCM yang kitorang namakan “Shopping Raya Trip”.

Tarikh : 19-21 May 2016 (Khamis-Sabtu)
Tiket AAX : RM260 (return), tak termsk baggage & makan (tak perlu)
Hotel : RM78/pax 3D2N (Antam Hotel)
Hotel Shuttel : RM27 per pax
Insurance = RM38 (Etiqa Gold)


Kitorang beli tiket ni sebulan sebelum, bukan promo pun. Tapi dah dikira murah kan harga tu. Sebenarnya lepas kitorang beli tiket tu tengah heboh kes pembunuhan rakyat Malaysia di sebuah hotel di Vietnam. Masa tu hati dah berbelah bahagi sebab kitorang first time ke sana, kesemuanya perempuan pulak tu. Sebab tu saya byk buat research tentang keselamatan di sana termasuk di forum Cari. Banyak persediaan kitorang ambik antaranya beli premium Insurance (etiqa) dan mengelak daripada memilih teksi. 

Caranya saya email Hotel siap2 dan boking shuttle hotel saja. Walaupun kosnya jauh lebih mahal daripada menaiki teksi Vinasun, sekurang-kurang hati kami tenang :). Kos shuttle daripada Airport VD 250,000 (RM50)  & drp hotel VD 160,000 (RM32). Lepas dibahagi 3 org baru  RM27 sorang pergi balik ok sangat kan?

Untuk Insurans pulak lebih kurang RM38 bagi package Gold. Package ni termasuk kos penghantaran jenazah sekiranya berlaku apa2 di sana. Kami ambil iktibar daripada kes sebelum2 ni yang memerlukan kos ribuan ringgit sekiranya berlaku perkara tidak diingini.



Hari Pertama

Sampai saja di Tan Son Nhat International Airport, kami terus keluar ke luar ruangan menunggu untuk mendapatkan shuttle hotel. Alhamdulillah dari jauh dah nampak poster nama saya dipegang oleh staff hotel yang menunggu dengan senyuman. Lega rasanya. Sekurang-kurangnya tak semua apa yang diceritakan yg negative tu benar. Sepanjang perjalanan kami berborak dengan staff hotel. Untuk pengetahuan yang belum sampai ke sana kereta2 Vietnam ni sterengnya di sebelah kiri. Jadi motosikal2 yang banyak di HCM ni kebanyakannya di sbh kanan lah. Nampak mcm diorg nak memotong je kan. Kelakar pun ada. Sama macam pengalaman di Korea, saya hampir2 masuk ke pintu driver di sebelah kiri. Tergelak la driver tu…

backpack semasa pergi..tak perlu beli Kg
Ok kami selamat sampai di hotel selepas 30 minit perjalanan padahal lbh kurang 7km je katanya. Waktu ni dah pukul 9mlm lebih. Kedudukan hotel antam ni mmg sangat lah strategic. Betul2 di kawasan Pasar Malam dan sejengkal je dengan Pasar Benthan. Turun tangga hotel terus jumpa pasar malam, memang sangat2 menarik la kan. Depan Hotel pula ada kedai makan muslim yg terkenal Hjh Basiroh dan Hj Osman.

Kalau nak tau di sini juga dinamakan Malay Street disebabkan ramai org Melayu Champa yg berniaga di sini. Inshaallah selamat kalau tinggal disini sbb sentiasa meriah siang dan malam. Kedai2 pun tutup pukul 12 tgh malam.

Dah nama pun shopping trip kan sampai saja di hotel, check in dan hantar barang terus bergegas ke Pasar Malam. Malam ni kitorang plan nak survey2 harga dulu sbb sbl ni dah baca kalau nak tawar harga kena pastikan mmg nak beli. Kalau tak kena marah dgn penjual2. Jadi kitorang memang berjaga-jaga so malam tu telan air liur je tgk apa yang patut dulu.. lagipun penat travel blm hbs. Mood shopping tu belum sampai. Hehe

geng bertiga



Ok nnt kita sambung Hari Kedua tentang Pasar Benthan dan apa yang kami shopping di entry selepas ini ya. :)

boleh refer entry terkini saya di Vietnam 2018 <<=== click sini



No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye