Wednesday, June 24, 2015

Trip Ke London ~ Paris Jun 2015

Day 1 : Kami bertolak drp KLIA jam 12.30 delay sejam..kali ni saya memilih KLM yang akan transit di Amsterdam…kami ada sejam di AMS..sempat singgah beli mug starbucks & souviner AMS. Barang agak mahal tapi pejam mata je sbb tak tau bila nak berkesempatan ke AMS lagi. 

Sewaktu beli dia akan mintak boarding pass sebagai tanda kita adalah salah seorang penumpang di terminal tu..agaknya kalau xde boarding pass tu harga lain kot..
Sambung naik 2nd flight ke Heathrow (45 min) dah sampai. Alhamdulillah semuanya lancar.. bag pun tak diperiksa..risau juga sbb ada bwk serunding daging.. 


sarapan drp KLM sebelum sampai di destinasi..
dah sampai Heathrow Airport, London

Lebih kurang jam 9.00 pagi Di Heathrow Airport kami lepak sekejap utk on roaming dan cari suggestion route paling ekonomi…sbl tu saya dah buat details itinerary..kiranya kami double check saja mana la tau last minutes underground tutup ke kan.. dekat je jalan kaki daripada Terminal 4 ke Underground tu.. kat sini stesen last jadi tak perlu la nak pilih2 stesen mana.. mmg 1 je trainnya.. here we go… Bayswater tunggu kami datang....yeahhhh 
dah sampai stesen underground Bayswater
Daripada Bayswater kitorang bukak semula google map di handphone nak cari Hotel pulak..senang je ikut je suggestion option untuk walking.. Alhamdulillah sampai dah The Reem Hotel. Masa tu dah pukul 12.00.. tapi sepatutnya check in pukul 2.00 ke atas..jadi kitorg tinggal barang di Reception counter pastu hotelier akan bwk ke bilik bila bilik dah ready. So kitorg pun start la activity di London kan…jgn buang masa… masa berjalan kan..excited ni nak shoppinggggg.. ke mana? Kalau ke London of course la Primark kan… 
Inilah The Reem Hotel
Daripada Bayswater tu kitorg ambik bas je ke Primark.. ambik Stesen Marble Arch.. senang sgt2.. turun bas je dah nampak Primark yang besar sangat kat Oxford Street tu… 1 tips untuk korang especially yang duduk area center (zone 1). Jangan lupa beli OYSTER VISITOR CARD . Kita kena order online nnt dia akan post ke Malaysia. Macam kes ni kami pinjam je drp kawan2 yang baru blk.. untungnya naik bas ni sbb murah GBP1.50  je berbanding train GBP2.30..dan kalau kali ke3 dlm haritu kita naik bas dah free… untung kan…sebelum nak naik bas search la di application Citymapper. Sgt berguna semua suggestion dia bagi termsk masa dan tambang. 


visitor oyster card (topup 2-Pound utk 3 hari)


oxford street
Primark.. panjang que tapi cepat je sbb by counter
Hasil soping harini
Ok shopping di Primark musim panas tak la best sgt bg saya. Saya lagi suka masa trip sebelum ni musim luruh. Jadi byk skit baju ala2 muslimah utk anak2 dan saya..kalau musim panas ni byk pakaian seksi2 ..utk anak2 pun ala2 singlet n tshirt je.. tapi borong tetap borong sbb tak tahan cute..saya beli kasut anak2, tshirt, jeans.. nyesal pulak tak beli shopping bag kain tulis London..1.50 je..masa tu igtkan boleh dpt lg murah di souviner shop Bayswater.. rupanya tu dah dikira murah.. takpe next time InshaAllah… En. Hubby pulak beli baju kemeja kerja yang high quality dan juga tshirt inner… pastu kitorg beli jaket leather sedondon..harga takde la murah sgt lps convert dl 100++ jugak..tapi sbb nak samakan dgn husband saya beli gak.. lagipun saya mmg x bwk byk jaket sbb dah target nak beli di sana.. Di Primark ni boleh claim VAT ya.. ada 1 counter untuk tax claim di bahagian kanak2…

syarat nak claim vat ialah mesti melebihi 35 pound dan tidak termsk pakaian kanak2.. kalau boleh asingkan pakaian kanak2 waktu nak byr tu..jd senang skit cashier tu nak kira berapa boleh claim vat.. Lepas ke Primark kitorg terus balik ke hotel sbb tak tahan la nak bwk bag berat.. kena refresh sekejap sbb tak rehat2 lagi sejak sampai.. so naik bas ke Queensway dan jalan kaki skit ke hotel.. jumpa Queensway dulu baru la Bayswater..kalau Nampak dlm map mcm jauh je… sebenarnya dkt je di antara station tu… Sebelum tu kitorg dah survey siap2 kedai2 souviner sepanjang Bayswater tu tutup pukul brp…semuanya tutup pukul 11 malam.. mmg terbaik lah.. tak sabar ni saya nak pegi beli souviner..saya mmg gila souviner… tu salah satu sbb saya pilih hotel situ sbb nak shopping souviner puas2..datang sbl ni kitorg rushing skit.. 
rambang mata tgk fridge magnet..setiap kedai lain2 pulak tu

Balik hotel, solat, mandi, makan…uishhhh mmg fresh … best2 aku suka sgt ke London…cuaca nyaman mcm ada ekon je di mana2… bilik pun xde ekon sbb cuaca dah sejuk.. Lepas tu kitorg sambung berjalan ke Bayswater shopping souviner… byk jugak saya borong fridge magnet..kalau korang nak beli yg plg murah of course la ke Bayswater Souviner Shop.. 10 pound dpt 22 fm.. ada setengah kedai 10 pound 20 fm..kira ok dah tu sbb design lagi cantik… 

cara nak ke sana daripada Bayswater Underground ambik kiri dan jln straight je sampai jumpa kedai nama Bayswater Souviner Shop. Bangla yang jual situ pandai ckp melayu skit2.. sebelah dia kedai India pun murah…korg kena byk survey ya..jgn lupa bargain, minta free gift dan vat..wpun x cukup 30 pound dia boleh arrange utk vat claim..saya penah beli luggage gambar London kat sini… 

souviner shop di sepanjang Bayswater

Kat depan kedai2 ni ada Tesco Express..kat sini la kitorg selalu singgah beli air… Lepas tu balik hotel dan rehat..penat ooo selepas 13 jam perjalanan… 

******************************************

Day 2 : Hari ketiga kami akan ke Portobello Flea Market & Bicester Village Premium Outlet Daripada Hotel kitorang jalan kaki je ke arah Notting Hill.. nak naik underground pun 1 station je..mmg elok la jln kaki pagi2 ni.. cuaca agak sejuk dalam 12 degree. Kat sini saya on kan data roaming utk pastikan kami tak tersalah jalan. Tapi ada je peta2 utk pejalan kaki kalau nak refer. Hotel pun ada bagi peta besar. 
Sarapan kenyang2 di Hotel sebelum memulakan aktiviti berjalan..

teringin nak sewa basikal ni..tapi sampai ke kaki hehe

tertarik dengan dinding cafe yang penuh dengan gambar2 Lady Diana

Portobello Market... barang antik dan baru semua ada





free portable toilet .. semuanya automatic.. tunggu sampai cleaning cycle siap.. mmg selesa





geram tgk barangan di Butik Kath Kidston ni.. tapi setakat tgk2 je sbb target nak beli di outlet sebentar lagi.. 



roti dan croisant...

jgn lupa ke sini setiap Sabtu..mmg meriah

fridge magnet ni takde di tempat lain..
keychain & fm di sini tak murah...tapi pen tu sama harga GBP5 utk 6 item...jadi kami beli tambahan di sini

menarik dan bau sedap ayam berempah ni.. tapi agak was2 nak beli wpun katanya halal..

sedapnya crepe strawberry nutella ni..makan pns2 di cuaca sejuk..mmg heaven... strawberry tu manis sgt


ramainya orang drp seluruh pelusuk dunia..

dekat je dgn Underground Notting Hill Gate ni... 



Cuma tak nak la bkk peta besar2 kat tepi jalan tu wpun London tak la bahaya mcm Paris. Pastu daripada jauh kitorg dah nampak stall2 kecik kat celah2 lorong…wahh dah sampai pun Portobello Mkt.. excitednyaaaa… sini mmg must go place tau kalau ke London.. 

Tapi psr ni lagi meriah hr Sabtu.. ala2 psr malam gitu..ada byk section baju, souviner, makanan, brg antic, brg terpakai. Brg2 unik pun byk kat sini.. jgn lupa cuba Portobello Crepe.. Public Toilet pun ada kat sini jgn risau.. kalau tak tahan sgt pegi je tumpang kedai souviner kat situ…kat sini aku cuma beli pen souviner dan fridge magnet yg ada tulis Portobello sebagai kenangan… kalau FM London yg biasa tu kat sini mahal..harga dalam 1 x GBP1.. mana boleh dpt harga GBP10 x 22 unit tadi.. saya beli sweater tulis London kat sini sbb tokey dia bg harga murah katanya.. baju baby pun ada saya beli kat sini utk souviner..comel mmg tak tahan nak membeli.. 

Kitorg target kena gerak drp sini pukul 12.00 tgh hari sbb akan kejar train chiltern railway yg akan ke Bicester di Marylebone Station. Daripada station Notting Hill kami ke Marylebone utk ke Bicester Village .. sebelum ke London kami dah beli tiket Chiltern Railways ni. Jadi bila sampai je di stesen Marylebone terus pergi ke mesin tiket untuk collect ticket. Jangan lupa bawak credit card yg diguna utk membeli dan nombor reference semasa membeli tiket. 



kusyuk key in reference no. utk collect ticket


Jgn lupa kena check selalu di notice billboard tu sebab train selalunya last minute baru diorang ckp platform mana.. ada byk tiket, simpan je semua..bukan kena touch atau masukkan dlm gate pun.. Di Bicester kami ada 3 jam utk shopping…3 jam tu sekejap saja sebenarnya…agak rushing utk memilih dan beratur bayar.. tapi sbb saya mmg dah pegi bulan 11 haritu jadi tak nak buang masa seharian di situ… 


Cara utk beli tiket ke Bicester 1. Naik tube daripada London Marylebone - chiltern railway (London Marylebone – Bicester North) GBP39 , perlu register card credit utk online purchasing, MSOS Code, contohnya kalau Maybank kena call maybank credit card.

Lepas dapatkan tiket kami ada sejam lebih lagi untuk jalan2 sekitar stesen tu.. so kitorg keluar ikut pintu berhampiran mesin tiket tu ke arah kiri..jalan je straight akan jumpa Madame Tussauds.. sebelum tu ada Museum Sherlock Holmes ..ada patung besar penyiasat terkenal ni.. boleh bergambar situ.. kitorang saja je merayau2 situ nak buang masa sementara menunggu masa train sampai...

Terjumpa jugak public toilet di seberang jalan berhampiran University of Westminster.. toilet ni di bawah tanah kena alert skit dgn city map yg ada label toilet.. cara nak guna toilet ni masukkan 50 pence dlm mesin nnt pagar akan terbukak… mula tu cuak jugak sbb toilet ni agak tersorok dan xde org… tapi so far ok je.. 

Di Madame Tussauds tu mmg ramai betul org beratur nak tgk pameran patung2 lilin ni.. saya kurang berminat bila memikirkan kat tmpat kita pun dah ada.. Daripada Marylebone ke Bicester North takde la jauh sgt..lebih kurang 45 minit.. tapi taktau kenapa train yang kitorg naik tu berenti2… 


inilah stesen Bicester Village North, lepas turun di sini kena ambik shuttle yg dah bayar masa beli tiket..

Di antara outlet yg kami terjah ialah Clarks, Cath Kidston, Tods, Prada, Gucci, Ralf Lauren, Samsonite, Marc by Marc Jacob (MBMJ).. yg lamanya kat Clarks sbb ramai org dan menunggu SA ambil stok.. Puas hati membeli di sini wpun harga takde la murah sgt lps convert..sbb masa kitorg tukar hrtu pound naik 5.68.. yg saya aim hanyalah Prada, Clarks, Cath Kidston, Tods & MBMJ… so dapat la Alhamdulillah… masa tu saya ada la jugak ambik VIP card di Info Center tu. VIP tu dapat sbb saya ahli Enrich Card..tapi tak semua kedai ada additional discount.. 

Untuk solat pula, di Bicester Village ni ada prayer room disediakan.. sebelah Prada je. Lepas solat kitorg terus ke bus stop utk ke stesen Bicester North tadi dan balik ke Marylebone… tiket dah beli siap2 untuk masa balik jd jangan sampai terlepas ya.. kalau nak beli open tix mahal la pulak.. sbb tu kena budget masa elok2… 
surau ada berhampiran Prada & Dior ni
sejuk sgt masa ni..kitorg berteduh di dalam pondok yang disediakan pd musim sejuk..

Selepas ke Marylebone kitorg ke arah Trafagal Square pulak..di sini ala2 Dataran Merdeka…selalunya ada event… masa kitorg pegi ni ada expo Indonesia.. kat sini la tempat ada videoclip Amy Mastura dgn burung2 merpati tu..puas saya cari burung2 merpati ni…xde pun.. baru ingat nak posing ala2 videoclip tu..masa tgk cite Cinta Korporat dulu mmg teringin sangat nak ke London..masa tu sekolah lagi kalau tak silap.. 

Alhamdulillah dah tercapai hajat kali kedua ke sana.. syukur sangat… Kat sini takde la lama sgt sbb hari dah gelap..puas la saya mencari M&M shop yang famous tu tak jumpa la pulak.. takpe la lain kali… Lepas tu kitrg balik ke Bayswater dan singgah kedai Kebab.. panjang juga beratur sampai ke luar kedai..byk org Malaysia dan biasa la ada yg buat taktau je ada yg senyum2… 


Trafagal Square yang kosong takde orang...sebab sebelum tu ditutup

Ok cukup utk hari ke-2.. esok nak sightviewing di London pulak… 

*****************************************************

Day 3 : Pagi2 lagi dah bangun nak sarapan & start jalan..rupanya2 hari ahad sarapan pukul 8 baru ada.. kami ada lg setengah jam.. jadi masa yg ada kami jalan2 sekitar luar hotel .. cantik sgt sepanjang Prince’s Square ni..rasa mcm nak bergambar dengan semua benda.. Lepas sarapan kitorang terus gerak ke Tower Hill..

Plan asal nak ambik tube straight ke Tower Hill.. tgk2 Line hijau tutup utk maintenance harini.. jd kami terpaksa ambik line alternative..jgn risau tanya je dgn petugas2 kat underground tu alternative…derang mmg sgt2 membantu.. Daripada Embankment kitorg jalan kaki ke aras London Bridge… satu benda saya aku ikut route ni sbb saya jumpa dgn London Bridge dulu..sebelum ni keluar2 stesen Tower Hill tu akan jumpa terus Tower of London kan.. jadi byk la tempat kitorg explore.. layan gambar je la… 














Lepas ke London Bridge kitorg teruskan berjalan sampai ke Tower of London.. singgah toilet di situ dan ke kedai souviner.. takde beli apa pun sbb brg agak mahal di situ… Lepas tu kitorg naik bas di depan Tower of London tu ke arah Trafagal Square..kat situ duduk je sampai ke last station.. tanya je driver bus tu Big Ben pegi tak…so sekali lagi kitorg ke Trafagal Square.. bergambar lagi..kali ni suasana ceria skit sbb siang lg kan..daripada situ jalan kaki je sebelah kanan akan jumpa Palace.. sempat kitorg bergambar dengan Royal’s Gate Guard atas kuda tu… Straight lagi dah Nampak dah Big Ben (Parliament building), dan Eye of London… ramai betul orang di sini..kalau taknak ramai sgt pegi awal skit ya… 

Kat situ kitorang singgah Treats yang ada jual samosa halal tu… samosa tu terasa sedap makan panas2 wpun agk pedas… Daripada station Westmister kitorang terus ke Knightbridge untuk ke Harrods.. keluar je station dah jumpa Harrods.. memandangkan harini Ahad Harrods akan tutup pukul 6.. takpe byk masa lagi sbb saya plan nak ke Tingkat 2 bahagian souviner je.. kat sini kitorg singgah toilet yg siap ada perfume free untk sembur tu.. wangikan badan skit..hehe Di Harrods saya cuma beli fm, pen, shopping bag… Nak claim VAT pun tak lepas sbb handling mgt charge mahal…tapi kalau nak claim vat dekat ke dgn merchandise shop tu..cari je bahagian Tax Claim, ambik nombor dan tunggu.. nnt staff harrods akan bg resit claim..boleh claim cash di situ atau kad kredit..tapi still kena chop custom di airport wpun ambik cash.. 









Daripada Harrods kitorang jalan kaki je ke arah Hard Rock Café London.. jalan straight sampai jumpa roundabout dan turun tangga bawah tanah untuk melintas ke seberang.. lepas tu ambik kiri dan straight sampai la jumpa hard Rock café.. Hard Rock Shop ada di sebelahnya...kat sini saya beli tshirt sorang satu je dgn husband sbb baru je beli sebelum ni di sini..jimat jimat… 





Daripada HRC ni kitorang patah balik dan singgah Hyde Park.. lepak2 atas rumput sambil makan jajan dan tgk gelagat org2 London berriadah hujung minggu..ada yg tido atas rumput tu ada yg main bola..kayuh basikal.. saya teringin juga nak mengayuh basikal dlm park yang luas tu…tapi lain kali InshAllah.. Daripada Hyde park tu kitorang naik bas je blk ke Queensway…seronok naik bas dua tingkat ni boleh tgk pandangan London..kalau dalam tube underground tak berpeluang nak tgk.. lagipun bus lagi murah… 

Sampai di bayswater kitorg shopping last minute souviner2 di situ…untuk makluman kedai2 souvenir di Bayswater ni semuanya tutup pukul 11 malam waktu summer. Husband beli tshirt utk saudara mara.. saya beli keychain dan fm.. pastu saya sempat beli topi polis London untuk Airis di rumah..murah je baru 1.50 pound.. tapi makan ruang skit la dlm bag tu… 

Pastu kitorg balik hotel kejap utk solat jamak dan pergi ke Malaysia Hall utk makan..saya order nasik lemak sbb tgk dlm gambar menyelerakan.. ok sedap..nasik pun banyak..sirap free je… ramai betul org Malaysia dtg katanya..siap kena topup lauk lagi.. Lepas ke Malaysia Hall kami jalan2 ke Whiteley Mall area bayswater tu.. tapi dah tutup..dlm tu ada byk branded shop mcm Zara, Sport Direct dll.. 

Pastu kitorg balik ke hotel untuk packing ke Paris esok.. byk jugak nak ngangkut ni.. kitorang ambik cab je hotel yang arrangekan..bayaran dlm GBP25 Pagi2 lagi kami dah bangun sebab cab akan datang pukul 5 pagi. Kami ada banyak masa untuk bersiap sedia di 

Stesen St. Pancras bersebelahan dengan King Cross Station .. sampai2 saja kitorg terus je ke King Cross untuk bergambar di Stesen 9 ¾ Harry Potter ke Hogwarts. Lepas tu kitorang terus check in Eurostar di Stesen St. Pancras. Masa kitorang pegi tu Alhamdulillah takde org lagi.. tapi driver teksi tu cakap kalau lps 10 minit tu mmg kawasan situ plg bz di London. 


Untuk naik Eurostar ni kami dah beli tiket semasa di Malaysia lagi. Lagi lambat beli lagi mahal. Jangan lupa bawa printed tiket. Nanti nak check in kena scan barcode di ticket tu. Lepas tu ada sekali security check macam di airport. Kalau pakai belt kena tanggalkan termasuk kasut yg ada buckle. 1 pax layak bawa 2 bag besar sahaja. Bag besar tu nnt kena angkat dan letak dalam tray.. berat jugak la nak mengangkat. Lepas tu kena melalui satu lagi security check utk passport di Imigresen UK & Imigresen France. Lepas tu baru la boleh masuk ke ruang menunggu.. masa tu boleh la check selalu monitor yang mengumumkan terminal di mana bagi train yang akan dinaiki tu. 


Lama juga kitorg duduk2 situ, takpe la sebab lepas kitorg duduk que dah panjang. Dalam train tu nanti kita kena simpan bag di ruangan luggage. Dalam perjalanan kapten train cakap perjalanan agak delay sebb ada maintenance di dlm tunnel. Adoi dah la masa kitorg di Paris sgt terhad. 

Selepas 2 jam lebih kami pun sampai Paris di stesen Paris Gare du Nord . Stesen ni agak besar dan bermula la perjalanan kami dengan Metro Train. Masa ni kami beli 1 day pass yang berharga EUR7 per day, simpan tiket elok2 sebab kecik je tiketnya. Bagi saya tiket transporatation di Paris tak la mahal berbanding di London. Jadi misi kami bermula, kami bawak bag semua check in di Hotel St. Petersbough Opera dulu. Perghh penat gila sbb metro sini majoritynya tangga…Cuma rasa lega sbb masa kitorg naik ni bukan peak hours. Lepas sampai dan simpan bag di blk kitorg terus bertolak ke arah Avenue de Montaigne dan Avenue des Champs-Elysees … sempat singgah di Diana Memorial – Flame of Liberty, kat bawah ni ada tunnel di mana Princess Diana eksiden dulu. Lepas tu kitorg jalan kaki je ke arah butik2 terkenal mcm LV, Chanel, Silvatore Feragamo dll. saya beli LV & perfume Annick Goutal di sini. Lepas tu kitorang jalan je ke arah Arch De Triomph… cantik sangat cuaca harini..matahari cerah dan angin sejuk2 ala aircond.. mmg nyaman sungguh.. Cuma masa berjalan ni ada juga budak pompuan yang cuba bertanya “Do you speak English?” mmg kami tak layan sbb dah tau byk scam untuk kutip derma.. 













Lepas tu kami singgah makan di Noura, kedai makanan Arab. Agak mahal bagi saya..lepas convert total makanan kami lebih kurang RM200. Pejam mata je la sbb bila lagi nak makan di restoren Paris kan..ala2 dating berdua gitu.. 

Lepas tu terus gerak ke arah tempat yang saya tunggu-tunggu of course la Eiffel Tower. Kami ambik route Trocadero yang membolehkan kami tgk eifel daripada skala kecik..maknanya daripada jauh dah nampak Eiffel Tower ni. adoiiii cantiknya… saya suka sgt…saya kan kaki bergambar apa lagi posing sakan la..hilang segala penat… Kat sini byk jugak kami nampak polis berkeliaran .. jadi awang2 hitam yg illegal jual miniature eifel tower pun tak berani.. sayang betul saya dah target nak beli sini sbb hasil survey kata sini paling murah. 

Lepas puas bergambar kami ke arah hotel dan singgah Hard Rock Café Paris. Kalau banding dengan London tak lah besar sgt, pilihan pun tak banyak. Kat sini ada juga Starbucks Paris, saya sempat singgah beli tumbler starbucks untuk tambah collection. 

Ok masa untuk balik ke hotel, solat dan tukar baju untuk jalan2 sebelah petang dan malam… Misi kami sebelah petang ialah ke tempat2 yg berhampiran dgn hotel je.. mula2 kami ke Opera..kemudian jalan2 ke arah Printemps & Gallery Lafayette. Sayangnya kedai dah tutup masa ni jadi kami Cuma sempat bergambar di luar saja. 



saya tak kisah sgt sbb mmg nak jalan2 je.. barang yg dikehendaki semua dah beli.. dalam pukul 6 kami bertolak balik ke hotel dan siap sedia untuk ke Eifel Tower. Kali ni kami ikut exit Bir Hakeem…kat sini lagi byk penjual2 Eifel Tower yang beragama Islam menjual..saya tak beli pun sbb target nak beli esok je..

Kami menunggu di situ sambil bergambar dan tunggu ET tu berkelip2 setiap sejam..tak tahan sejuk pukul 11 kami bertolak balik.. conclusionnya siapa nak ke ET boleh la merasa kedua2 exit tu… mungkin pergi melalui Trocadero dan balik melalui Bir Hakeem… jangan lupa bergambar sampai lebam di sana..hehe Balik ke Hotel kami siap2 untuk balik esok.. dan zzzzzz..adoi letihnya… mmg tak patut betul itinerary ke Paris 1 Hari setengah.. tak cukuppp... tapi untuk ke tempat2 penting sempat la..walaupun agak rushing..overall saya lagi sukakan London sbb bersih dan aman...

********************************

Hari last kami di Paris, kami bergerak pagi2 lagi ke Musee de Lourve.. cantik sangat cuaca harini.. saya bergambar puas2 di sini siap bawak mini tripod so boleh la bergambar berdua.. pastu kami ke hotel dan jumpa dgn guide kami di hotel untuk ke Notre Damme beli souviner… saya tak puas sgt di sini bergambar pun tak sempat sbb ada setengah jam je..takpe la yang penting saya sempat rembat 4 eiffel tower besar, 3 set fm dan keychain..husband sempat belikan baju utk anak2.. mmg mahal tapi terpaksa sbb kami dah tak cukup masa … 

Pukul 12 shuttle van ke CDG Airport dah sedia untuk pick up kami ke airport… babai Paree… Inshaallah kami dtg lagi… Kami sampai di CDG lebih kurang sejam slp bertolak..saya tak smpat nak menikmati pemandangan spjg perjalanan sbb ngantuk dan keletihan… sampai je sana baru saya sempat isi borang2 VAT claim.. mujur takde org beratur panjang…mungkin sbb kami di terminal 2… kawan2 saya yg lain biasanya di Terminal lain..diorang ckp panjang que tk claim VAT… di Terminal 2 di flight2 KLM & Air France je… 
sini la boleh claim VAT (Terminal 2) selepas stamping di kaunter Kastam dkt2 situ

Cara nak claim VAT senang je.. isi borang vat termsk nombor credit card wpn nak claim cash (nnt saya ceritakan sbb apa) , pegi ke counter kastam… mintak dia stamping (pastikan setiap page dia stamping), kemudian beratur di counter claim (kes kami counternya sama dengan money changer). Masa hantar receipt di counter ni dia akan asingkan mana yang boleh claim cash atau credit card… mcm kes saya separuh kena claim credit card… jadi kena masukkan dlm envelope dan masuk dalam peti sebelah counter tu. 

Untuk claim credit card akan masa lebih kurang 1-2 bulan). .. kalau boleh snap gambar resit sebelum dimasukkan di dalam kotak tu..senang nak track. 

Ok lepas tu kitorg solat siap2 dan ke kiosk utk print boarding pass.. waktu ni baru la kami tau KLM France cuma bagi setiap sorang 1 free luggage.. maknanya total kena 2 bag saja utk kami berdua..bayangkan masa tu kami ada 3 bag… kalau nak tambah bag kena caj Euro 100…gila ke apa..mmg tak la kan..kami sanggup bwk naik cabin (quota max 12kg)… Jadi cara terbaik kami satukan 1 bag.. 

Alhamdulillah lepas.. mmg kena check setiap tempat kita pergi lain2 syaratnya…kat sini kami kena scan sendiri je luggage code tag..jd proses angkat bag ke cargo semua berjalan tanpa staff airlines.. canggih kan.. Lepas tu kami terus masuk ke departure area dan sempat la saya window shopping di butik2 di Airport… Long Champ (LC) ada 2 tempat di situ tapi saya tak berminat nak membeli sbb dah byk LC.. saya Cuma beli macaron Laduree dan air utk lapik perut sebelum berlepas..Rasanya amatla manis mmg x boleh makan banyak..




Itu saja catatan perjalanan kami sepanjang 5 hari di Paris London..klau ada apa2 nak tanya boleh je drop di comment ya…
















No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye