Tuesday, February 10, 2015

TRIP TO IRELAND - LONDON


Fuh dekat 3 bulan trip ke London ni baru sambung balik cerita travelogue kami di tanah ratu ya.. ok jom sambung..

Daripada Station Bus Athlone kitorang bertolak ke Station Busaras Dublin City dan beratur utk naik bas Euro Line ke London.. ke London uols..dah lama sangat saya teringin nak ke London dari kecik lagi… macam mimpi pun ada tiba2 plan asal nak ke Ireland je tiba2 Jay tanya nak tak allocate 2 hari untuk ke London..? apa lagi melompat la saya nakkkkkk… so London..here we come..

Perjalanan ekonomi kami ni memakan masa lebih kurang 7 jam..haa dah mcm KL-Perlis dah…tapi takde la terasa sangat sbb naik bas sekejap pastu masuk dlm perut feri 3 jam dan sambung naik bas td… almaklumla Ireland ni kan pulau…jd kena la menyeberang lautan… tapi masa dlm feri tu (nama je feri tapi rupa mcm cruise, mewah uols) sangat best la. Boleh tgk wayang, makan2, duduk kat kerusi siap tidu2 sambil minum kopi… selesa sangat…ada free wifi pulak tu apa lagi masa tu la caj hp dan update gambar… kena pulak pagi kami kat KL dah petang…mmg best la ber wasap…ok nnt saya share gambar2 dlm ferri tu ya.. satu pengalam yang sangat best..sempat shopping souviner Ireland dlm tu…jangan risau kalau nak tukar duit pound ke Euro ke semua ada.. 
minum kopi di dalam feri..

Ada sekali tu saya rasa pening la jugak masa dlm kedai souviner…agaknya ombak kuat kot..terus cepat2 je beli dan duduk … adatla kan di lautan…saying sbb waktu tu pukul 1 pagi jd tak Nampak apa yg ada di lautan tu…kalau tak boleh la jugak berangan ala2 titanik…

Lepas je keluar drp ferri tu bas kena melalui kastam/imigresen utk pemeriksaan… masa tu kitorg semua kena bwk turun semua beg dan luggage sbb konon2 nya nak kena check sekali dgn passport..tapi lalu je pun..passport Malaysia tak ada masalah sbb kami x memerlukan visa utk masuk ke Euro..tapi kalau drp Indonesia diorg check detail skit la… 

Lepas je mengheret2 bag dn letak dlm perut bas terus la gunakan masa ni utk recharge sepanjang perjalanan… Euro Line bus ni ala2 bas Express ke Padang Besar..dkt2 nak sampai dia ada la berhenti kat bandar2 spt Birmingham dll…saya masa ni letih sgt mmg tido2 ayam..letih pagi tadi kan dah shopping sakan kat Kildare Outlet..pastu balik rumah Jay tukar2 baju dan sambar beg terus ke Station Bus… dasatkan itinerary kitorg..kawan2 jay semua melopong bila dgr plan kitorg yg mcm lipas kudung ni…tapi Alhamdulillah semuanya berjaya…

Tepat jam 8 pagi  kitorg sampai di Station Golders Green… yuhuuuu dah nampak bas merah dua tinggal uols…sorry la mak jakun kejap… mcm mimpi lagi ni…lepas beli kad Oyster yang ala2 touch n go di Malaysia… kad ni sangat2 la makan Pound kami..kejap2 kena topup tensionnya…so nak tau tak destinasi kami sebaik saja menjejak kaki ke London? Bicester Village la apa lagi..dasat tak? Dgn muka tak mandi..bangun tido bagai… berkejar dgn org yg nak ke opis masa ni… masa ni kitorg agak blur dgn line subway … tgh2 buat muka blur sambil belek2 peta tu ada sorg Hamba Allah ni dtg tegur Jay… Ya Allah syukur sgt dia ajak kitorg follow dia dan tunjukkan di mana harus turun dan apa perlu dibuat slp tu… Jay yg pernah ke London pun blur apatah lagi kitorg ni…terima kasih la kepada Aida dari Philipine yg dah lama bermastautin di London katanya..  


dah sampai London...mcm mimpi

3 stooges beratur nak top up Oyster card




Dipendekkan cerita kitorg pun berjaya naik subway direct ke Bicester.. sementara dlm perjalanan tu sempat makan tuna sandwich yang beli di station subway td…lapik perut wpun tak berapa lalu nak telan sbb terbayang Prada, Gucci, Ralf Lauren… hhuhuhuhu.. dan mula la aktiviti shopping kami…

Tapi utk pandangan saya la kan..saya lg suka shopping di Kildare di Ireland semalam. Bagi saya Bicester ni takde la best sgt… bag Prada yang saya aim tak ada pdhal tu kedai first saya masuk takut habis.. harga pun of course la beli di Ireland lagi murah sbb Ireland matawang Euro sedangkan London Pound Sterling yang masa ni 5.4.. 
saya banyak beli Cath Kidston kat Bicester ni
                                   

tgh tunggu train nak balik...

tudia hasil shopping...


Ok lepas shopping di Bicester Village sampai petang…kitorg naik shuttle  bas ke station subway utk ke Bayswater… Bayswater ni sangat glamour di kalangan org Malaysia sbb ada Malaysia Hall di sini dan byk restoren Halal..kitrg ke sini utk shopping souviner sbl check in hotel… 

Sampai je di kedai souviner yang dicadangkan ramai blogger sbb murah, saya dah rambang mata.. saya mmg gila kalau bab2 fridge magnet, key chain dan souviner… apatah lagi London punya mmg comel2…mcm nak angkut satu kedai..jgn tak tau saya siap beli trolley bag gambar London kat kedai ni… harga tak mahal sgt dan boleh dpt claim VAT… makcik sukaaaaa…

tak sempat nak snap kedai...tapi kedai ni takde nama cuma tulis London Souviner Shop, penjual tau cakap Melayu skit2 sbb Bangla,  daripada staion subway Bayswater tu belok kiri berhadapan kedai makanan Islam


fridge magnet sini 20 utk 10 Pound..murah kan? ada kedai 3 untuk 10 pound tau





mini tray utk sedara terdekat

trolley bag tu la yang saya beli kat London.. Karrimor tu beli di Dublin

Puas kwn2 lain tarik tangan saya ajak balik sebab semua dah lapar.. saya tak puas2 lg shopping souviner utk org kampong… lps tu kitorg ke depan skit untuk cari Nandos yang halal di Bayswater ni.. bayangkan dgn mengheret beg tu tgh2 org ramai… tapi org buat taktau je sbb kawasan tu mmg tourist attractions…sbb apa nak makan Nandos? Sbb Jay yang dah lama blk Malaysia rindu nak makan Nandos..kat Ireland takde Nandos halal… sini KFC pun halal… senang kan…

Lepas tu kitorang menghala ke hotel dan masa utk rehat… adui dui dui penat tak tau nak ckp.. yang pasti hati gembira sbb dapat tido di London malam ni…hotel pun selesa… Alhamdulillah… tapi spt biasa saya jet lag… pukul 4 pagi saya dah jaga..mandi siap2… kira duit..isi borang VAT…satu yg tak best hotel ni free wifi 1 jam pertama je..lps tu kena byr…mmg tak la kan.. so mati kutu la saya sementara menunggu pukul 7.30..

************************************

7.30 pagi kitorg checkout dan menghala ke subway station… destinasi seterusnya ke Tower Hill… London Bridge is falling down..falling down falling down… apa lagi… berejam jugak la berselfie dan wefie di sini… cantik yang amat…masa ni ada pokok bunga  poppy di tanam di sekitar penjara lama dgn tower bridge tu.. terkesima sekejap.. untung kitorg sbb sampai kat sini awal pagi..jd tak ramai org lagi… mmg bebas ke sana ke mari… lepas tu kitorg kea rah Eye of London dan Big Ben… sini sekejap je sbb cuaca dah mulai panas campo lapar.. kat sini kitorg jumpa keda jual sandwick dan makanan halal.. apa lagi terus borong 2 utk makan spjg perjalanan..bkn sng nak jumpa yg halal kan…

cantikkan poppy flower... sempena memperingati yang terkorban katanya..

bergambar sakan di sini

teksi London ..tapi bukan teksi yang cilok2 tu

naik train xde org..rupanya train salah.. haha

Big Ben....bangunan parlimen Great Britain

ini mcm touch n go je sbb byk lagi tempat nak pegi..

souviner shop di Big Ben.. kitorg tak beli tapi kalau terdesak ok je

kedai yg jual karipap dan sandwich halal...siap boleh panaskan...

sesat sampai ke Wembley Park Station... tak sesat bukan backpacking lah namanya kan
Lepas tu kami ke arah Buckingham Palace… kat sini Jay tersalah arah terus sampai ke Wembley Station.. dah la last station tu…lebur credit Oyster hehe…takpe la sekurang2nya kitorg sempat berselfie dpn Stadium Wembley… ada penyokong England tak kat sini? 


Lepas keluar drp subway kitorg perlu berjalan ke arah Istana Buckingham ni… sepanjang perjalanan tak habis2 pakai monopod selfie di bawah pokok2 maple yang sgt la cun waktu autumn ni… kekuning-kuningan gitu…
cantikkan daun maple berguguran...

pintu blkg istana kot...

 nampak tak tongkat monopod di tangan tu
family omputeh...
Destinasi seterusnya kitorg jalan kaki je sepanjang taman tu ke arah Hard Rock Café London.. shopping tshirt dan kiriman kat sini terus menapak lagi ke arah Harrods… waktu ni ada 2 jam je utk shopping.. tak cukup tu…tapi apa kan daya… kami kena berkejar masa ke Bayswater semula utk packing barang dan ambik beg yang ditinggalkan di Hotel kawan Jay smlm…
ni tshirt HRC London yang saya beli...

tshirt HRC ori perbagai design...

sempat lagi tanda kenangan dah sampai

berjalan kaki ke Harrods

cepat snap sementara bas lalu tu...

yeay dah sampai Harrods

Di harrods ni takde la byk shopping…saya beli LV Neverful kat sini.. lps tu saya dok diam2 sbb pound dah tinggal skit huhu… mmg bsr yang amat Harrods ni… siap ada map kecik takut sesat kat dlm.. bag kitorg tak bwk msk , nak tinggal di locker kena byr atau beli melebihi 100 pound kalau tak silap.. masa beli brg tunjukkan resit locker tu so dia akan tolak siap2 deposit yg kita dah byr tadi..

nak beli merchandise Harrods ni kitorg kena pandai pilih…cari yang tag color merah bermaksud ada discount… kalau tak discount mahal la uols… kat sini saya beli wallet utk mak mertua, ipad case tulis harrods, pencil case, dan bag mekap…itu saja… pastu kitorg berkejar pulak utk department tax claim.. kat sini ada cerita sedih…beriya saya isi claim form tu..dah la LV saya mahal kot.. dkt 1k saya boleh claim… tapi saya tak tau kat Harrods ni boleh trs ambik cash… saya masukkan juga di box Dublin Airport.. sekali Harrods punya claim semua rejected… so melepas la claim VAT saya..takde rezeki…take note ye uols.. utk claim VAT di Harrods, lepas stamping borang trs pergi ke counter claim dan ambik cash on the spot…di ulang on the spot…Lepas tu trs kitorg berlari ke arah subway Bayswater…lepas kemas semua brg..kat sini sgt suspens…kitorg ada lbh kurang 1 jam utk berkejar ke Golders Green utk ambik bas Euroline ke Dublin.. pikir punya piker masa tu masa dah suntuk nak naik train heret bag.. dah la org balik kerja.. jd kitorg kongsi duit mintak staff hotel panggilkan cab… waktu ckp kat driver teksi tu kitorg berkejar nak naik bas..dia pun mcm 50-50 boleh tolong tak…siap ckp I’ll try my best… suspens tak korg dgr dia ckp mcm tu…sepanjang perjalanan semua pucat dan Jay yg kat depan siap kumat kami doa,.. driver teksi tu siap ckp rilex..keep calm..dont worry… mau tak pucat kalau telepas tu lebur tiket ke Dublin uols.. tapi drebar tu bagus betul..dia cilok2 shortcut entah mana2… dan kitorang sampai awal 15 minit..Alhamdulillahhhh lega sgt… siap sempat beli potato fries dgn burger lagi…


masa nak naik bas ni pun ada drama skit… bas tu sampai agak lewat…rasanya diorg tukar bas… pastu conductor perempuan ala2 penjaga counter kot garang gila..dia x bagi kitorg bwk naik langsung semua beg wpun handbag..gila ka apa..saya dah la pegang paperbag lv..nak kena letak dlm perut bas pulak…saya ckp dlm handbag tu ada ubat… masa gaduh2 tu sbb dah lambat kitrg bwk naik jugak semua brg penting…pdn muka..kalau hilang sape nak tanggung brg2 beli kat kat Bicester semua tu ish ish ish…

drama kami belum berakhir.. sampai di Birmingham mmg betul drebar bas tu tinggalkan kitorg kat situ kesejukan ok.. warmer kat station bas tu mcm tak jalan je.. dkt 45 minit jugak kitorg tunggu bas ganti dtg… begitu la ceritanya…

tapi satu yang saya perasan setiap RnR yang dia berenti sangat cantik dan bersih… saya sempat shopping Starbucks Mug & Flusk utk tambah Collection.. saya beli terus koleksiIreland & England jual di tempat yang sama.. bestkan walaupun di England dpt juga  Ireland punya..kalau tak melepas la sbb saya tak sempat beli masa di Dublin…

**************************
sampai di Dublin kitorang lepak2 di kedai kopi sementara menunggu bas direct ke Athlone.. ada bas direct dan berenti2 sebenarnya…

harini kitorang akan jalan2 sekitar Athlone saja… sepanjang dtg Ireland ni, hari last baru sempat jalan kat Athlone… Jay bwk jalan2 kedai mainan Smyths Superstore yang sgt besar …kalau bdk2 nampak mmg takmau balik agaknya… saya mmg taknak beli apa dah sbb saya risau dah exceed baggage 30kg tu huhuhu…

lepas tu Jay bawak kitorg ke Aldi utk shopping goreceries… saya beli chocolate sedap.. murah sgt kat sini.. tp saya mmg x berani shopping lebih2 dah..beg berat oi…ptg dan malam tu ktorg habiskan masa dgn kemas beg dan timbang…huhuhu… tak tido malam saya risau takut exceed baggage… ok selamat malam Ireland… esok kami dah nak balik Malaysia


gudang toys yang sgt besar di Smyths Superstore







cerita last di Dublin Airport saya combind dgn tips2 claim Vat di Ireland ya…