Thursday, November 13, 2014

# TRIP TO IRELAND : DAY 2 - ATHLONE - GALWAY - CLIFFS OF MOHER



Hari ke-2 di bumi Ireland kami bertolak seawal pagi ke stesen bas Athlone utk ke Galway.. lebih kurang sejam lebih kami sampai di Galway dan terus ke tempat parking Galway Tour Bus ni... ok utk detail itinerary harini boleh refer di bawah ni ya...

Galway Tour to Cliffs of Moher
Galway Tour Company, 
The Arch Tourist Office, High Street, Galway City, Ireland
Phone: +353 (0)91 566 566

BUS FARE
Bus Eirenn      (Athlone-Galway)      €14.72/pax
Tour Bus/Coach to Cliffs of Moher     €25.00/pax

TOUR HIGHLIGHTS
• 2 Hour Stop at Cliffs of Moher
• FREE Admission to Cliffs
• Dunguaire Castle/ Kinvara
• Corcomroe Abbey
• Poulnabrone Dolmen
• Ballyalban Fairy Fort
• Leamaneh Castle
• Kilfenora/ High Crosses
• Doolin/ Lisdoonvarna
• Black Head
• Fanore
• Ballyvaughan
First stop...sampai di Dunguaire Castle...tak jalan sampai ke Castle pun sbb hujan


2nd stop.. sejuk dan lembab...tapi cantik sangat..Subhanallah

2nd stop.. sejuk dan lembab...tapi cantik sangat..Subhanallah
dah sampai ke destinasi ke-2... pintu gerbang batu..






inilah bas yang kitorang naik ni.. driver bus merangkap tourist guide..mmg highly recommended ambik tour company ni.. banyak cerita yang uncle ni share... tapi awas perlu menepati masa... nnt kena tegur kalau lambat sbb dia tak nak org lain tertunggu-tunggu... Alhamdulillah kami dipuji sebagai good time master katanya...

sejuk ni...hujan
Di antara tarikan sepanjang perjalanan ...




Kilfenora...bermaksud church..kami tak ke sana..cuma snap gambar sekitar parking sementara menunggu tourist2 lain ke gereja lama tu...







 Di sini kami diberikan 2 jam untuk pusing sepuas-puasnya dan mendaki di Cliffs of Moher ni...

 Di dalam Castle

Cantik sangat ... tapi angin kuat..berhati-hati jangan terlalu dekat dengan tebing...

Cantik sangat ... tapi angin kuat..berhati-hati jangan terlalu dekat dengan tebing...

tak terasa pun sbb sambil jalan sambil snap...


Alhamdulillah cuaca cantik...banyakkan berdoa semoga dipermudahkan dari segi cuaca dan kesihatan...



                        dah sampai castle yang nampak kecik tadi.. Ireland mmg kaya dgn castle


berwefie sebelum hujan tiba2 turun...lariiiiii masuk dlm castle



castle ni berbayar .. kami tak naik ke atas pun..cuma masuk sekejap utk bergambar



tak puas rasanya nk merakamkan gambar-gambar di Cliffs of Moher ni.. byk lagi gambar..kat puncak atas ada ladang lembu...tapi entah ke mana gambar2 tu...

lepas tu kami turun ke bawah singgah tandas, beli air coklat panas dan singgah ke souviner shop beli fridge magnet yang ada gambar Cliffs of Moher... 


dalam perjalanan balik sempat ambik gambar castle2 lama ni




Itu saja..sampai di Galway Station Bus, sempat singgah di salah seorang kawan J yang menjemput kami  makan malam... sedapnya lah makan nasik ayam... syukur Alhamdulillah rezeki kami..komuniti Malaysia di sini baik2 dan ramah2 semuanya...dah mcm bersaudara...selesai makan kami dihantar ke stesen bas Galway oleh Dr. X suami kepada kakak L yang masak tadi semula utk catch up bas ke Athlone.. malam ni kena packing siap2 untuk ke London esok...sebab pagi2 esok kami akan ke Kildare Factory Outlet (sama spt Bicester Village di London)... owhh cant wait...setiap hari semua itinerary kami menarik.. yang pasti esok bersedia untuk shoppingggggg...

Previous Post :  


Wednesday, November 12, 2014

# TRIP TO IRELAND : Day 1 - Apa yang menarik di Dublin

Kalau nak dibandingkan dengan London, Kota Dublin lebih aman damai dan tak sepesat Kota London.. tapi yang seronoknya di sini matawang masih di dalam Euro.. kalau nak dibandingkan dengan Pound di London mesti la Euro lebih rendah.. lebih kurang 1 Euro = RM4.20

Semua brand yang ada di London ada di sini.. Namakan saja.. H&M, Zara, Marc & Spencer, Primark (digantikan dengan nama Penneys) dll.. Itu belum lagi termasuk butik-butik seperti Clarks, Aldo dll..sediakan ongkosnya saja...

Kalau nak beli high end product mcm LV, Chanel, Long Champ... boleh juga ke Brown Thomas (ala-ala Pavillion di KL) ataupun Arnotts (lebih murah).  Yang penting semua barang di sini boleh claim VAT di airport nanti... dan jumlah VAT claim di Ireland antara yang tertinggi berbanding negara2 Eropah lain iaitu 23%.. tapi tak bermakna kesemua 23% tu boleh claim ya.. selepas ditolak management fee lebih kurang separuh daripada jumlah claim..

contohnya VAT Amount  Euro 10 - Admin Fee Euro 5 = Total refund Euro 5

Selain daripada shopping,  di  Dublin ni pun dah banyak tempat rekreasi mcm St. Stephen Green Park yang mmg sangat2 cantik ..ada tasik dengan burung dan itik... kena pula masa kami pergi ni Autumn...romantik sangat...

ok layan gambar lagi... sekitar Dublin hari pertama kami sampai di bumi Ireland...Untuk pengetahuan di sini kami banyak menggunakan public transport...contohnya daripada Airport ke City kitorang ambik bus.. jalan kaki saja dalam City...pastu ambik tram utk ke stesen bas nak balik ke Athlone..semua tu pengalaman berharga mengheret beg2 besar di tgh2 kota... walaupun penat tapi berbaloi..



Itinerary 
Dublin Airport – Dublin City (Bus747) (1 hr)   €6.00/pax
Dublin Busaras – Athlone Bus Station (1hr 45 min) Bus Eirenn €16.62/pax

Airport Dublin.. senarai Airways di Terminal B
Airport Dublin : beg yang penuh dengan bekalan bahan mentah utk kawan kitorang,,



           


 Dublin street


 Arnotts... saya beli Long Champ Neo di sini.. (Neo tiada di Outlet)
 Marks & Spencer.. tak sempat masuk
  Rumah-rumah sepanjang perjalanan ke Dublin City... cantik sangat..berangan sekejap

 double decker di Ireland..
                 St Stephen Green Park




 jalan2 sini dulu tenangkan pikiran lepas shopping souviner tadi...



 jalan kaki sini guna walking GPS je.. senang kan


singgah beli tshirt n merchandise di HRC.. comel je kedainya



                                                                      


kuda Dublin...hehe



fresh flowers... cantik...
sempat beli LV Neverful di sini... Brown Thomas.. tapi bukan utk diri sendiri...masa ni tak terlintas nak beli lagi...site survey


dah habis shopping...berenti rehat jap... penat gila kaki... mcm nak duduk bersila je


Next :  # TRIP TO IRELAND : DAY 2 - ATHLONE - GALWAY - CLIFFS OF MOHER

Photobook Ireland - London dah siap

Sekejap sangat buat photobook kali ni..sebab excited kan.. lagipun gambar hanya focus kepada 2 negara ni saja tak payah pening2 nak memilih.. dan yang paling best memang dah beli awal-awal lagi voucher untuk 80 pages large square... haa besar dan tebal.. I like...

layan gambar photobook trip kali ni...


Type of Photobook : Image wrap Large square
Camera : Olympus EPL5 , Lumix Lense 20mm











Monday, November 10, 2014

Jom semak result sekolah anak-anak

Baru semalam encik husband bagitau dah boleh semak result anak2 online.. terus semangat nak checkkan kan walaupun Alesya ada bwk balik kertas periksa..nak jugak tau keseluruhan markah kan... ok caranya...click saja di link bawah ni

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

masukkan no k/p ataupun no. sijil lahir anak.. dan taraaaa... (wpun agak slow servernya)


Alhamdulillah result anak-anak meningkat daripada pertengahan tahun haritu... syukur...:)

Sunday, November 9, 2014

Ireland Trip : Souviner Ireland




Dah 2 minggu balik baru hari ni kembali blogging... banyak pengalaman nak dikongsi cuma mungkin beterabur sikit..ok harini aku cite pasal souviner dulu ya.. biasa la kan aku mmg suka shopping souviner.. tapi fyi di Ireland ni antara negara yang paling kurang aku shopping souviner? sebab mahal yang amat.. memang tak mampu aku nak beli banyak2 utk sekampung..kira sape2 yang dpt tu mmg special la...tak gitu...bukan bermakna yang tak dpt tu tak special...kdg2 aku  rasa org tu dah byk travel..jd apa la sgt pada fridge magnet ke key chain ke. dan aku  rasa diorang pun faham hakikat sebenar traveller ni... bukan semua hati dapat dipuaskan.. ewah..mcm tulis novel lak tetiba.. ok berbalik kepada topik asal kat sini aku nak sharekan senarai kedai yang menjual souviner di Ireland.. tak susah pun.. sbb kalau korang nak tau di Ireland ni ada 2 kedai je yg aku nampak ..diorang mmg monopoli gila sbb tu la mahal kot..

1. Carrolls (ada byk branch sepanjang Dublin tu), wpun mahal tapi brg2 lebih up-to-date
2. Green Note (Patrick Street) - Kedai warna hijau, lebih murah drp Carrolls.. dekat2 je dengan Carrols..
3. Souviner Shop di Cliffs of Moher (kalau pergi)
4. Souviner Shop di Dublin Airport (harga lebih kurang sama)
5. Sweater Shop (perkampungan kecil sebelum ke Cliffs of Moher)
6. Hard Rock Cafe Dublin (tak besar, yang ada shot glass & fridge magnet, baju pun tak byk choice)

sesampai saja di Dublin City kedai yg kitorang masuk mmg la souviner shop ni.. sbbnya mmg kitorang berkejar masa kalau tak beli sekarang alamatnya melepasla sebab lepas ni tak datang dah city.

sorry aku terlalu excited nak beli souviner sampai terlupa nak ambik gambar. tapi aku  google je gambar2 dua kedai ni ya..

kalau korang nak tau harga boleh bukak website Carrolls..

selain daripada di Dublin city, ada juga kedai2 souviner di Cliffs of Moher souviner shop.. kat sini barang lebih kurang sama.. aku cuma beli fridge magnet gambar cliff je.. sbb mcm aku katakan harga tak murah.. budget lebih kurang 1 fridge magnet = RM13 .. mahal kan? tak tau la korang kata murah..tapi bagi aku  mahal ok.. kalau 10 dah RM130 uols..  so kat sini akak beli 6 keping je..

ok bawah ni aku sharekan antara gambar2 yang berkaitan denga souviner Ireland.. sebab apa aku  sharekan? sbb sebelum ke Ireland aku byk google tak ramai yg share details. penat aku mengira nak budget brp nak beli.. jd harapnya berguna untuk yang akan ke Ireland nanti.

satu lagi utk pengetahuan korang, boleh claim VAT utk souviner2 ni, wpun tak banyak at least something la kan.. jangan lupa minta receipt for VAT claim ya.. tak sama tau dgn resit biasa tu.. nnt next entry aku  cerita pasal VAT claim di Ireland k..

ok ..layan gambar dulu... ada setengah gambar tu aku  google je sebab tak sempat nak keluarkan camera masa shopping tu..

google gambar depan Carrolls... banyak cawangan kedai ni..tayah risau kalau terlepas satu



courtesy from google : ni baju2 di Carrols... aku tak beli pun.. tak sempat nak belek n pikir size..almaklumla beli sorg kena beli semua 4 org anak.. 



fridge magnet.. harga dalam Euro 3.99

 di mana2 pun souvinernya sama je.. agaknya kilang 1 je kat Ireland ni

 mug ni comel..tapi harga mahal dalam Euro 9.99-12.. cuba darab 4 hehe.. aku beli 1 je mug ni masa dalam ferry nak perabih syiling la konon2nya
 gelas ni aku beli 1... dalam euro 6 kalau tak silap.. yang ada kambing putih 3D tu... dah selamat letak dalam almari rumah..comel kan



comel2...sempat la beli pen utk siblings.. seriously kat sini aku beli utk saudara terdekat je.. mahal souviner di Ireland..



tote bag comel ni aku beli banyak jugak...tapi anak2 dah booking... yg ni souviner plg murah aku jumpa.. euro 1 je... nape la aku tak beli sedozen..why why why


muka puas hati sambil konpius2 dah habis shopping souviner kat Carrolls & Green Note... almaklumla first time pakai Euro kat sini... bag Carrolls tu aku beli.. bukan dia bagi free.. tapi kalau tak beli bag tu pun dia akan bg paperbag.. saja gatal nak beli shoppingbag tu...

Hari kedua : tgh cari kasut untuk travelmate.. sib baik ada jual kasut di kedai souviner ni

comel2 kedai di sini..barang di sini tak murah..tapi kalau terdesak boleh la...


key chain pun tak murah... harga dalam Euro 3-6


sebab harga mahal sgt kat sini..aku selfie2 je.. kat dublin haritu tak berani nak selfie org ramai kat kedai... ni sbb country side kot takde org
kawan2 tgh pilih baju.. tapi tak jadi beli sbb harga mahal....layankan aja
yang datang sini majority tourist yang nak ke Cliffs of Moher.. bas berhenti utk lunch di sini..ala2 RnR kita la...

snow globe mmg barang wajib beli utk diri sendiri...aku mmg collect
                fridge magnet Hard Rock utk diri sendiri sahaja.. tak mampu akak nak beli utk org lain..mahai 


ok itu saja update untuk harini... itupun makan masa berhari2 aku nak selongkar gambar.. diharap dapat membantu untuk sesiapa yang tgk merancang nak membeli souviner di Ireland... ingat kalau korang tak sempat..beli je di Airport.. betul2 sebelah tempat claim VAT. Tapi selepas pelepasan keselamatan ya..