Tuesday, June 17, 2014

Tips jika anda tersalah type nama di booking form Air Asia


Baru-baru ni akak ada buat booking ke Osaka, japan untuk bulan April 2015.. tapi taktau mcm mana boleh pulak tak perasan kat bahagian nama penumpang tu dia auto letak nama dalam email akak.. kalau nama dalam email binti dan family name tak ada... dah confirmed booking baru perasan..

terus akak call AAX punya premium no. ada akak cerita kat sini. Pastu staff AAX tu kata cuma boleh dibuat perubahan nama di kaunter AAX di Airport KLIA. tapi tak ada caj. cuma akak tak boleh online check in lagi. kalau dah check in memang tak dapat..

Tapi akak cuba nasib try email AAX kat sini aax_aus_support@airasia.com .  Lepas je 24 jam diorang reply dan minta muka depan passport untuk dibuat correction nama. Harap maklum ya correction (pembetulan) nama dan pertukaran penumpang nama adalah tidak sama. kalau macam kes akak kali ni tak dikenakan apa2 caj. alau kes nak tukar nama penumpang tu lain ceritanya boleh refer kat post How to change passenger's name - Air Asia X.

Dan selepas seminggu syukur Alhamdulillah nama akak dah dibetulkan... :) Osaka tunggu aku datangggg