Monday, April 22, 2013

Bandung aku datang!! part 1


Bandung Day 1 : 19 April 2013

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun sampai.. aku memang tak lelap tido malam tu sebab memikirkan esok nak kena bangun kol 3.. pukul 4.30 dah kena ada di LCCT sebab flight pukul 6.05pagi. sempat tido sekejap dari pukul 9 sampai pukul 11. Pastu dah tak boleh tido sebab takut tak terjaga. Aku layan ke internet sambil check barang2 yang akan dibawa takut ada yang tertinggal. Passport, boarding pass, duit..ok checked

Tepat jam 3.30 aku dah bertolak dari rumah, budget sejam ke LCCT. Hantar si kecik Airis & Sara dulu kat umah kakak. Anak2 yang lain kitorang tinggal je tido di rumah sebab maksu ada temankan. Aku biar husband je yang hantar sebab takut nanti derang lagi sedih. Sara dah merah2 mata tunggu nak hujan je bila tau mama nak outstation.

Ok perjalan diteruskan ke LCCT. Aku sampai kat departure entrance pukul 4.00pagi. awal lagi.. aku antara yang terawal sampai dalam group kami. Aku proceed check in luggage dulu sebab org dah panjang beratur. Target nak breakfast lepas check in luggage tu. suspens gak takut exceed baggage 15kg. sebab aku bawak air mineral utk bekalan di sana. Sebab kawan2 pesan dah alang2 beg kosong bawak je air. Air kat sana risau gak takut tak sesuai dengan perut. Ok luggage aku Cuma 11kg. berat pun sebab beg besar. Memang aku tak bawak banyak baju sebab target nak beli sana. Jeans pun bwk sehelai sepinggang je.

Lepas sarapan dengan geng kat Asia delight, kitorang proceed ke departure hall utk pemeriksaan hand carry & kastam. Aku ikut lane express utk check passport. Alhamdulillah thumb print aku tak ada masalah.

Lepas tu terus ke surau kat tkt bwk sebab subuh baru je masuk. Time ni memang rushing gila. Tak ada nak jalan2 catwalk dah.. sebab last masuk gate 5.40. kami ada 10 minit saja utk solat. Nyesal aku lilit2 shawl bagai. Kan dah lambat. Aku rasa aku solat subuh pun tunggang terbalik sbb surau tu kecik sangat. Nak ambik wuduk pun memang kena beratur panjang.

Sampai kat gate last tu, kitorang memang rushing kea rah flight sebab flight jauh yang amat. Hujung sekali! Kesian la kat 2 org preggy mom dalam group kami. Aku dgn kak FM siap salah beratur kat flight nak pegi India..sib baik kawan belakang perasan. Adoi la…

Dah naik kat atas  tengah berenti penat tu tiba2 ada announcement, 2 org group kami tak ada! Adoi mcm tak percaya 2 org kena tinggal flight.. kesian gila… kena tunggu next flight la jawabnya. So tips utk sesiapa yg nak naik Air Asia, jangan ambik ringan hal waktu. Tolong bersedia awal. Memang tak ada tolerate utk terlewat walaupun seminit. Padahal kawan2 aku tu ada kat blkg kami ja. Siap boleh tunjuk kawan kat depan je tapi tak berjaya jugak..

Kat dalam flight kitorang tido je sebab ngantuk tak tido semalaman kan.. target sampai pukul 7 lebih sebab waktu Bandung kurang sejam daripada waktu Malaysia. Aku tak tukar jam. Jadi banyak kali tersilap waktu. Dok terbayang dah lambat sebenarnya awal sejam. Hehe

Sampai di Bandara Hussein Sasteranegara Bandung, kitorang terus beratur untuk pemeriksaan kastam sana. Alamak garangnya muka dia.. takut aku.. tapi tak ada apa pun.. laju je.. lepas que utk passport t uterus que ambik luggage.. haa yg ni mmg slow gila.. sbb orgnya ramai.. tapi tempat nak keluar luggage tu kecik je.. aku memang letak satu lagi beg roda dalam luggae besar tu utk nak bwk ke Pasar Baru nanti. tak sanggup mak nak pegang beg2 plastik shopping..kalau tarik senang skit.. kan kan kan..

Lepas keluar daripada tempat luggage tu..kitorang dok di luar menunggu semuanya setle. Ada 32 orang semuanya. Sementara menunggu tu aku beli sim kad Indon, macam yang review2 kat blog lain sebelum ni, aku beli Simpati. Harganya 50,000 rupiah(IDR). Dalam tu ada data sekali, boleh terus whatsapp pakai acct whatsap di malaysia. tak payah nak tukar2 nombor. Satu lagi kalau sesiapa yang roaming pakai celcom. Cuma tukarkan kepada excel bila sampai di Bandung. Exel ni Telekom axiata (macam Celcom) di Indonesia. Nanti akan dapat nombor Indon juga dan boleh sms ke nombor simpati tadi free. Kalau simpati ke simpati memang free kalau text. Jadi kami mmg jimat. Penting tau kena ada nombor indon sebab kalau pergi in group bukannya boleh jalan sekali. Jadi kalau tak jumpa boleh call atau text. Lepas dapat je kad Simpati tu terus tukar nombor telefon.

Kalau nak call ke Malaysia.. kena call 010176xxxxxxxxxx dan kalau nak sms pula kena +6xxxxx

Lepas tu kitorang naik coach yang dah dibook sebelum ni. ada 3 coach besar semuanya. Memang teruja aku tengaok coach tu.. baru bau kilang lagi you.. besarrr sangat.. selesa…

Perjalanan diteruskan ke restoren padang untuk breakfast. Tapi kami tak breakfast pun terus lunch dan makan sampai kenyang to make sure nak shopping kat pasar baru kejap lagi kami tak kebuluran. Hehe

Pukul 9.30 perjalanan diteruskan ke Pasar Baru. Ketua kumpulan cakap jumpa balik kat area Dunkin Donut tu pukul 2.00pm. fuh sempat ke aku nak shopping ni.. dah la blur.. taktau nak tuuju tingat berapa dulu.. aku berpecah dan berjalan dalam 5 org.. target kami kain pasang & telekung.

Tapi mula2 jalan dah terjebak dengan yang tak ada dalam list.. kak FM belikan kain seluar untuk husband dia. Tiba2 aku dgn sorang lagi pulak yang terjebak beli kain terus ukur utk buat sut blazer. Sebabnya tertarik dia akan jahit esok malam hantar hotel. Memang aku ada baca review ada yg beli kain terus ukur. So aku pun apa lagi terus la pilih kain dan ukur. Ukur kat kedai lain dia bawak turun tangga bawah 1 tingkat. Lepas ukur kitorang bayar deposit dulu dan selebihnya akan bayar lepas siap baju di hotel nanti. total baju aku RM250. Memang terkial2 nak gunakan matawang IDR ni sebab first time kan.. siap bawka calculator dengan converter lagi. Kalau nak kira senang je.. total harga tu contohnya IDR100,000 bahagi dgn 3.2.. atau kalau nak senang bahagi je dgn 3.

Lepas beli sut tu aku proceed beli kain prada lace kat kedai sebelah. Tapi kat kedai tu aku tak berapa prefer. Sebab mcm susah nak minta kurang. Tapi sebab cuak semua org dah byk shopping aku belum shopping2 lagi. Aku beli prada lace ni dalam harga RM164.00 utk 3.5 meter. Agak mahal tapi kalau kat KL memang mahal melampau Prada Lace ni.. jadi dah alang2 sampai aku beli je la..kebetulan memang adik ipar nak kawen & tema turquoise. So kira ok la tu kan .. at least baju tema aku dah settle. Hehe ok sambung part 2 ya.. dah nak balik..
dah sampai bandung


jus alpukat...aku mampu minum banyak ni je..tak lalu

lauk nasi padang.. makan yang mana nak saja ya..yg tak disentuk tak perlu bayar

kat kedai kain nak buat seluar & blazer

kain prada lace saya






7 comments:

  1. brapa harga sut seluar n blazer tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit kita RM250.00.. akak suka quality jahitan & kain.. lagipun cepat kan..1 hari je

      Delete
  2. brp harga kain lace prada tu semeter kat sana..

    tak sabar nak g bandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatin amalina, prada lace tu 3.5m dalam RP525,000..selamat ke bandung ya..bandung memang best!

      Delete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mohon beriklan...sape2 yang berminat nak beli prada lace like kt gambar kt atas n mcm2 lagi boleh go thru this page https://www.facebook.com/pages/Prada-Lace-Store/306259489513982?ref=hl. harga sgt brpatutan xperlu lagi ke bandung utk dptkan prada lace ni.
    tq

    ReplyDelete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye