Sunday, March 17, 2013

semalam di Bagan Lalang...seri bayu

weekend kali ni kawan2 encik hubby ada buat gathering .. so apa lagi kitorang pun tak melepaskan peluang join sekaki.. first time ke Bagan Lalang.. agak jauh rupanya..dengar kat Sepang macam dekat ye..rupanya masuk ke dalam juga..

kalau yang tak pernah pergi tu.. cara yang senang ambik highway PLUS ke arah selatan, exit Nilai, Pajam (macam nak ke Nilai 3) ..lepas exit straight je ikut ke arah Sepang sampai la ke Sungai Pelek...lepas tu dah nampak dah signboard GoldCoast, Seri Malaysia dll.. senang kan...

kitorang stay kat Seri Bayu Resort.. ni tempat baru..swimming pool pun tak siap lagi... nak ke pantai pun dekat je..kitorang ambil yg studio.. kalau untuk keluarga ramai boleh ambil apartment..nak makan pun senang..kat dalam resort ni ada kedai makan.. takpun boleh pergi beli kat area pantai.. nasi lemak kat pantai tu sedap.. :)

rezeki anak2 dapat main pantai sebab cuaca mendung.. sebelum tu hujan sikit.. kalau panas tak sanggup juga nak bagi anak2 berjemur.. tapi sebelah petang tu mmg setakat jalan2 tengok orang main layang2.. sebab air surut..

sebelah pagi esoknya baru la dapat mandi manda.. sonok anak2 sekali sekala dapat berendam.. si kecik Airis pun excited bukan main..

insyaAllah nanti nak pergi lagi nak try ikan bakar pulak.. :)




2 comments:

  1. Hi.. salam..

    Saya tgh search psl hotel kat Bagan Lalang, so terjumpa ur blog. Ada contact no utk resort ni tak? Berapa ye harga 1 mlm kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi salam tauke kristal..boleh cuba contact no. ni 03-31422603/03-31413603 atau emel ke seribayuresort@gmail.com

      harga daripada RM150-RM250...

      Delete

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye