Tuesday, December 24, 2013

percutian dalam Malaysia.. Hard Rock Penang & Perlis #1


percutian kami kali ni bermula di Penang - Perlis - Penang dan balik ke KL

seperti biasa perjalanan dimulakan sebelah pagi..tapi kami agak melambatkan perjalanan sebab harini hari kerja..jadi nak elakkan jam dan berebut dengan org yg nak ke tempat kerja, kami bersarapan dulu di rumah. dalam pukul barulah perjalanan bermula..Bismillah...

Sampai di Penang dah pukul 2 lebih...kami cuma berhenti di RnR untuk ke toilet sahaja. tapi sempat singgah beli pau sedap di Perak.. RnR Taiping kalau tak silap...sedapnya pau tu gebu dan inti pun sedap... lain kali nak singgah beli lagi kalau blk kg...

sampai di Penang sebelum naik jambatan pulau pinang, kitorg singgah di Juru Auto City untuk tapau lunch..kat sini kitorg tapau nasik kandar pelita n nasi beriani...tp pds skit la kuahnya..kat situ ada gak drive thru McD..jd tapaukan jugak prosperity burger...

lps tu terus ke arah feringhi untuk ke hotel penginapan kami kali ni..Hard Rock Hotel (HRH). lokasi HRH ni berdekatan dengan pasar malam Feringhi yang besar tu.. tiap2malam ada.. lebih kurang uptown la cuma tak ada la tutup lambat.. sini memang tempat tarikan pelancong terutamanya pelancong Arab. kedai Arab pun banyak sangat kat area sini. 

Sampai di hotel kami terus check out dan solat Zohor..lepas tu apa lagi.. makan la..mmg dah lapar yang amat rasanya... 

sesudah makan semua terus siap2 nak turun bawah ambik2 gambar sambil jalan2 kawasan hotel dulu.. anak2 dah tak sabar na mandi kolam..tapi kitorang tahan dulu tunggu esok je sebab petang ni kami nak patah balik ke Geoge town untuk ke Pesta Pulau Pinang.. 

Apa ada di Pesta PP ni.. saja nak mengimbas nostalgia mama kecik2 dulu memang selalu datang dengan siblings dari  Perlis. Si ayah pulak nak mengimbas nostalgia zaman belajar di USM memang dekat sangat dah dengan tapak pesta tu...

dari Feringhi kami ke Pesta PP tu ikut jalan depan USm..Gelugor kalau tak silap..tapi senang je.. yg penting cari USM dulu.. Pesta tu sebelah kiri..dari jauh dah nampak.. ala2 mini ICT la kot.. cuma takde la rumah salji bagai..

tiket masuk takde la mahal.. RM3 utk dewasa RM1 utk kanak2 yg dah bersekolah. mcm kitorang dia kira 2 dewasa 1 kanak2 je.. 

tapi yang tak tahannya harga token..memangcekik darah rasanya. baynagkan sekali nak naik mainan dikenakan dalam 3-4 token per person.. 1 token tu harga RM2, jadi total seorg kena bayar rm6utk satu mainan..bayangkan kalau 3-4 mainan nak main..contohnya ketapi, kuda, benda pusing2 tu.. tu belum roller coaster la umah hantu la..lagi la byk token dikenakan... aku yg bwk 3 kanak2 termasuk aku dah jadi 4 org sekali main.. maknanyak rm24 sekali main.. tu baru 1 mainan..budak2 paham2 la mana la puas kalau setakat sekali main kan... jadi conclusionnnya kena sediakan budget lebih utk main2 ni..

sebelum tu kitorang sempat bergambar kat pokok yg warna warni mcm ICT tu.. tapi sebab baru lepas hujan jalan agak becak dan basah sana sini...

lepas puas main2 dan beli apa yang patut.. kitorang pn bertolak balik ke hotel.. masing2 pun dah penat sangat dah lepas travel dari KL 5 jam tadi... ok tunggu update utk aktiviti seterusnya di Penang..

~ daya tarikan di Hard Rock Hotel
~ jalan2 di Feringhi night market
~ tempat makan yang terdekat di Feringhi




















Wednesday, October 16, 2013

birthday Ardini & Alesya

disebabkan sekarang ni aku bayak berinstagram dgn fb saja..blog dah makin bersawang...entah ada ke tak yang menjenguk ke sini lagi... tapi tak apa..tujuan blg ni utk disharekan info kalau ada yg nak cari idea kan.. jadi aku akan sharekan tips2 sebelum dan dalam persediaan untuk party anak2...

untuk bday derang ni aku ambik masa kebih kurang sebulan untuk kumpul idea dan kumpulkan material sikit2...memang dah lama teringin nak buat birthday anak2.. tapi aku tunggu derang besar skit senang nak control.. kalau kecik2 nanti ada yg meragam time nak potong kek tak best la pulak kan...

ok ni antara yg dititikberatkan sebelum aku adakan party..

1. tarikh dan waktu ( aku rancang sebulan sebelum)
2. budget
3. target jemputan ( kawan2 kelas anak2, saudara terdekat, jiran2 dan kawan2 seopis yg ada anak sebaya
4. menu ( samada dimasak sendiri ataupun katering) - aku order katering hanya utk main dish
5. daya tarikan contohnya candy buffet, clown atau games
6. door gift (yg ini 100% aku buat sendiri)
7. kad jemputan
8. khemah atau lokasi party ( kami buat di porch dan dalam rumah, tak perlukan khemah)
9. ajk pembantu ( boleh minta tolong anak2 buah atau adik, jgn lupa book masa derang)
10. kek
11. hiasan lain seperti belon










Friday, May 24, 2013

Hush Puppies warehouse sale 2013

kitorang sampai tepat kol 10.00 pagi..memang target nak pergi awal sbb taknak berebut2 dan pengalaman2 sebelum ni memang ramai orang....

target kali ni nak cari baju basahan anak2 sbb baju raya dah byk beli masa di Paris Van Java haritu...
waktu kitorang sampai tu dah ramai yang beratur nak masuk..adoi..parking pun jauh jugak la..last2 aku dgn dini je turun..papa babysit derang kat kete...

masuk2 je aku mmg tak kerling pun kat area adult...terus ke arah bag, kasut children..focus focus...

bagi aku..tak sesuai la kalau parents nak shopping sini bawak budak2..panas n sesak..aku yg dewasa ni pun kena tolak....

tapi masa nak bayar mmg ok..byk counter.. oleh pakai debit card or credit card jugak..kalau ada credit card public bank boleh dapat additional 10% discount...

sati lagi utk semua baju dah disusun mengikut saiz dan jantina..contohnya L boy... senang nak memilih..

harga pula kalau bj kids tu around RM25..tshirt around Rm15..pijamas utk kids Rm25...harga asal Rm39. ara90

tshirt utk man around Rm29...ada juga troley bag..discount up to 70%. lebih kurang RM200++ troley bag kecik..

hasilnya aku beli baju anak2 sahaja..itupun dah mencecah Rm300++... tapi puas hati la jugak sbb kualiti elok dan byk utk saiz besar 10-12 thn..

cara nak ke sana? kalau korang dah biasa dengan area kinrara..cari je yg byk kilang dan mercedec benz service center kat tepi highway Bukit Jalil tu...

kalau daripada Technology Park Bukit Jalil tu cuma perlu belok traffic lightt giant tu ambik ke arah kanan..jump kuil straight lagi sampai jumpa banyak signboard ke arah kilang Hush puppies ni..

senang je dari jauh dah nampak belon besar kat udara tulis Hush puppies pun...sales ni sampai Ahad minggu depan...







Sunday, May 19, 2013

Jovian Orked Collection

Taraaaa.. ni la yang diorder buat akak tak tido malam ni.... hehe.. sabar2.. tunggu 17 Jun nak pergi collect..

Oreena Pink

Omara Aqua

Thursday, May 16, 2013

tips untuk menyimpan stock EBM semasa melancong/travel

seperti yang dijanjikan dalam entry bandung sebelum ni.. aku akan sharekan pengalaman bagaimana nak buat stok susu semasa travel (tanpa bayi disisi). Ini berdasarkan pengalaman aku semasa business trip ke Bandung tempoh hari.

untuk ibu-ibu yang fully breastfeeding memang amat merisaukan kalau kita kena outstation without anak di sisi kan.. mana memikirkan anak cukup ke susu kat rumah.. satu lagi memikirkan pastilah cik "B" kita akan bengkak kalau tak bagi direct ke baby ataupun pam kan?

tapi yang peningnya kalau kita kena ke oversea.. sebab kastam akan tahan mana2 cecair yang dibawa walaupun hanya sebotol air mineral ya.. kawan aku dah kena tinggal air mineral masa nak check in kat lcct utk hand luggage.. jangan main2 ya...

ok kat sini aku senaraikan apa yang perlu dibawa dan perlu dibuat sebelum, semasa & selepas ya...

tapi ni untuk travel dekat la ye.. kalau jauh sangat tu aku tak sure la boleh bertahan ke tak..
actually ada 2 cara.. tapi aku sharekan yg based on experience aku dulu ye.. lepas tu aku sharekan tips lain utk alternatif...

Barang yang perlu dibawa

1. pam susu
2. cooler
3. ice pack yang dah dibekukan
4. plastic storage ebm / botol (target 3 botol x total hari)

sebelum travel

-bekukan ice pack tu sbb cecair tak dibenarkan masuk. lagi satu just in case peti ais kat hotel tu tak boleh membekukan (takde freezer)

- simpan di dalam check in baggage

semasa travel

kalau yang bawak chargeable/manual pump make sure pump tu hand luggage. so boleh pam di mana2 cthnya semasa dalam flight ataupun dalam kenderaan on the way ke hotel. mcm kes aku tak boleh sbb memerlukan electrik supply. so aku cuma boleh pam semasa di hotel

lepas pam boleh lah disimpan dalam fridge hotel. mcm kes aku mmg freezer tak ada. jadi aku cuma sejukkan sahaja

sebelum balik

simpan di dalam check in baggage ya ebm2 tu... masukkan dalam cooler bag yg penuh dengan ice pack yg masih beku (sbb dah bekukan sebelum datang).

walaupun susu tu tak beku.. tapi anggapla mcm kita pegi kerja ya.. pergi kerja pun kita tak bekukan susu kan.. jadi sama kes la ni... aku memang ada baca ada yg simpan dalam hand luggage,.. tapi aku tak boleh amik risiko sbbnya susu aku tak beku.. nnt kalau dia scan tgk ada cecair maunya kena tinggal.. nangis la huhuhu

selepas sampai umah

benda pertama lepas sampai umah of course la keluarkan susu tu tau.. check ok ke tak pastu labelkan dengan tanda yang berbeza dengan ebm2 lain. cthnya mcm aku punya kes..aku letak "21/4 (B)"

B tu maksudnya Bandung ehehe... bukan apa.. susu tu akan digunakan lagi 4 bulan agaknya (sebab aku letak dlm deep freezer). so aku akan pastikan kalau hari yang aku bagi ebm tu baby sakit perut memang kena buang la kot yg selebihnya.. sbb tu kena label beza sikit kan... dan jangan bagi susu yang pergi bandung tu semua pada hari yang sama... try bagi sikit2.. sian kat baby kan kalau susu tu tak elok...


**TIPS PENTING :  jangan sekali-kali tak pam kalau travel.. sebab walaupun pam susu memang akan merosot menjunam dengan dahsyatnya. sebab tak direct ke baby.. kalau 3 hari tak pam atau tak directfeeding dikhuatiri susu akan kering..

ok itu saja tips hari ni.. selamat bercuti :)






demam Jovian datang lagi

waduh2 terjebak lagi aku dengan baju2 Jovian Mandagie ni... cantik sangat designnya.. dan of course la murah daripada harga standard designer kan.. kalau tak mana la mampu akak nak pakai baju design pereka fesyen tersohor ni kan...

ok setelah dibuat penelitian..akak dah tekan button preorder untuk 2design ni..

cara-cara nak order senang saja..

1. pergi ke website Tesco online ni.. http://www.tesco.com.my/orkedbyjm/html/products.aspx?ID=3&PID=29 

2. pastu register dulu ya..

3. pilih design mana yang nak .. ada 24 design semuanya termasuk dress, kebaya & kurung

4. pilih saiz, boleh tengok kat size chart

5. tekan preorder now!

6. checkout, pilih tesco yang terdekat ya

dah.... pastu nanti bayar kat tesco customer service masa nak ambik  baju... boleh start collect 17 Jun - 23 Jun ya.. alamak sure ramai orang beratur kan.. masa limited gak tu...


tak sabar ni.. harap2nya sesuai la ya...;)



jadi apa yang akak pilih?


1. Oreena Pink (bukan dalam gambar)
2. Omara Aqua (yang dalam gambar sebelah kanan)

Monday, May 13, 2013

tips haji dan umrah..barang2 kelengkapan haji

salam... memang satu keperluan untuk kita merancang dengan sempurna sebelum mengerjakan haji/umrah kan.. jadi kalau sesiapa memerlukan sebarang info atau nak order online boleh ke blog sahabat saya ni...harga memang berpatutan..

klik sini ya..keperluan haji

Wednesday, May 8, 2013

Happy Birthday Encik hubby 1 Mei 2013

Mei datang lagi.. Alhamdulillah... seperti tahun2 sebelum ni, kalau masuk bulan Mei memang kenyang la makan kek.. ramai betul birthday dalam bulan mei ni..

1 Mei bermula dengan birthday the only man dalam keluarga kami..sape lagi kalau bukan papa kesayangan semua ni kan.. kena pulak setiap 1 mei memang cuti umum sempena labour day kan..

so plannya tahun ni papa ajak pegi jalan2 ke Midvalley... tujuan? nak makan Beard papa.. boleh? memang suka betul papa dengan Beard Papa ni..

so hadiah bday kami kat papa? papa tak nak apa2.. puas ditanya dia kata taknak apa2.. tapi anak2 buat surprise pagi tu juga derang sediakan kad bday utk papa buatan sendiri.. tak sempat nak snap sebab mama kelam kabut nak siapkan semua sebab taknak terlambat ke midvalley nnt parking penuh..

memang spt dijangka pun..pukul 11 parking dah penuh.. last2 kitorang parking kat The Garden.. lain kali parking sini saja lah senang.. tak payah nak berebut2...

sampai midvalley terus pegi makan beard papa, pastu pegi beli seluar raya untuk papa.. mama belanja Dockers... suka la tu.. hehe

ok ni gambar untuk kenang-kenangan..

birthday boy sonok dapat makan beard papa yang sedappp


kakak tunjuk kad bday utk papa

tengah berato nak beli planet popcorn..ada byk flavour.. yg kitorang beli caramel.. cheese popcorn pun sedap

team hello kitty kecuali mama

sara dah pulun sorang popcorn tu..

birthday boy... we love youuuu

sambil tunggu papa test seluar sempat lagi berposing

kat Dockers, The Garden

tengok la tu Alesya punya gaya.. Dini buat muka kiut.. Sara buat muka comey.. Airis maintain cool


Wednesday, April 24, 2013

Bandung Aku Datang!! :: Part 3

Day 2 : 20/4/2013 (Petang & Malam)

daripada Pasar Baru kitorang bertolak pulak ke Toko Tiga.. tak jauh pun dari situ.. ini memang yang ditunggu-tunggu ni sebab memang dah lama aim nak beli jeans levi's ori kat sini.. harga kat sini tak la murah pun..cuma lebih murah drp kat kl.. sebab dapat authorize daripada levi's

tapi sayang seribu kali sayang, time aku pegi ni stock levi's utk pompuan boot cut dah habis.. yang tinggal slim cut je.. huhuhu...keciwa...

tapi dah alang2 sampai ada la aku beli tshirt kat sini.. utk inchi hubby and diri sendiri...

info tambahan : kat sini ada service potong seluar sekali, kalau potong dan jahit ikut benang mcm ori kena bayar RM3, kalau potong biasa free je..

kat luar kedai ada je souviner2.. kena pandai bargain.. mcm kes aku memang aku beli tshirt anak2 yg tulis bandung sebab kat pasar baru tadi sempat beli dewasa je..

pastu aku beli pen yang ada tulis nama tu.. murah je.. yg biasa RM3 je.. yang special tu harga lebih skit.. aku beli 10..setiap satu ada nama.. utk anak buah, husband, diri sendiri.. alamak lupa pulak utk opismet kan...
dalam takde size tu boleh pulak aku shopping.. brand lain pun ada bukan setakat  Levi's.. tingkat atas ada baju jugak



pandangan kat depan Toko Tiga.. ada jual tshirt... nak lintas memang horror kan,.tapi tayah risau ada je yang bantu untuk lintas..siap pegi tahan tgh2 jalan suh kete berenti then kitorang lontas.. yang penting sediakan tipsnya ya.. tapi kalau dalam group tayah risau tips.. supir la kot bagi kat dia nnt..

 ni la pen yang aku beli tulis nama tu...

dalam takde size tu boleh pulak aku shopping.. brand lain pun ada bukan setakat  Levi's.. tingkat atas ada baju jugak

menunggu potong seluar jeans... teruja betul aku tgk interior derang ni

kat ruang menunggu... siap ada kura2 hidup sebelah aku tu

Lepas pergi ke Toko Tiga, kitorang meneruskan perjalanan ke Rumah Mode (RM).. ini pun memang termasuk dlm list FO yang aku nak sangat pegi...

tapi sebelum shopping kitorang isi perut dulu kat cafe Rumah Mode ni.. memang ada byk pilihan.. tapi tak nak ambik berat sangat sbb lagi 3 jam dah nak makan malam... so aku order bakso campo..

bagi aku biasa2 je bakso ni.. boleh la.. kena tambah sambal sendiri..kalau tak memang tawar.. kat cafe ni ada bakery.. aku memang plan nak beli begelan tapi kalau beli skrg nnt kena tinggal barang kat depan pintu masuk.. so plannya nak beli kat Kartika Sari jap lagi...

bakso campo


Kat Rumah Mode, aku banyak shopping baju anak2.. sebab kat sini banyak baju branded mcm H&M, Disney, Guess, Polo

nak kata byk tu tak la.. aku beli sorang 2 pasang.. jadi 8 pasang la semuanya.. range harga kalau t-shirt tu dalam RM20-40... tak murah sangat kan? cuma utk brand mcm tu kat sini lagi mahal drp tu...

selain tu aku beli t-shirt 3 pasang untuk diri sendiri.. tu saja

kat sini ada 4 section.. 1 utk foodcourt/cafe/bakery.. 2 untuk baju2 branded, accessories, kasut, kids.. 3 Barangan Kulit.. (biasa2 je) 4. Burberry.. yang nie aku tak sempat pegi

dah siap shopping.. tengah tunggu sorang lagi


tempat wajib bergambar walaupun muka dah minyak2...


lepas ke Rumah Mode kitorang plan asal nak ke Kartika Sari sebab depan hotel je.. tapi disebabkan mengejar masa utk BBQ, kitorang plan nak keluar semula malam ni..



tema hijau ok.. ada org tau x aku tak mandi lagi..hehe





lepas berbbq.. kitorang berkejar pula nak ke Amanda.. alkisahnya Kartika Sari memang tak sempat nak pegi dah sebab tutup awal rupanya.. salah maklumat... jadi memandangkan yg naik coach aku semuanya tak sempat beli brownies lagi.. derang nak bwk ke satu kedai lagi Amanda.. derang kata Amanda ni lagi sedap drp Kartika Sari tau...

sampai kat Amanda byk yg dah habis.. tinggal 2 jenis je lagi yg tinggal.. original & bakar.. aku beli 4 kotak ..
selain tu aku beli kerepek cheese ni.. agak masih.. sib baik beli 2 je..




lepas ke Amanda, pak supir bawak kitorang ke Rumah Mode sekali lagi sebab group satu lagi tak sempat pegi tadi.. sepanjang jalan memang jammed yang amat.. macit nak kata org sana.. mmg masing2 doa je harap2 sempat sampai.. bak kata pak supir doa agar keajaiban berlaku..memang pecah perut la dengar..

Alhamdulillah berjaya juga sampai.. rupa2nya Rumah Mode ditutuo jam 10.00 malam.. ada sejam setengah lagi utk shopping... lai lai lai

turun van aku terus ke cafe tadi sebab tak sempat beli begelan.. Alhamdulillah rezeki aku.. masih ada begelan tu.. kalau korang pegi Bandung, memang wajib beli begelan tu.. sedap ok.. seriously sedap.. ada 2 perisa.. begelan susu & begelan cheese... dua2 sedap!

posing jangan tak posing..depan Rumah Mode

kali ni ahkak tak shopping banyak k...

testing camera baru...

lepas settel kat Rumah Mode, kitorang pun bertolak balik ke hotel.. masa ni dah pukul 11malam.. pukul 12 tgh malam waktu Malaysia.. patut la aku ngantuk yang amat...

sepanjang jalan sempat snap kedai2 kat Champelas Walk.. kat sini tak sempat pegi,.sini byk figure2 superhero mcm Rambo & Spiderman... lain kali ya kami datang...

sampai di hotel rumet aku dah tempah mengurut spa kat hotel.. ceweknya datang ke billik ya untuk urut.. untuk 1 jam
aku pula tak sempat nak berurut sebab barang2 tak packing lagi..esok dah nak kena bangun awal nak balik KL... pening sungguh nak kemas barang padahal beg dah besar tu... last2 kena pinjam beg member,.. nyesal aku tak beli beg kain yang kat pasar baru tu... so total bag aku yang akan masuk kargo ialah 3.. 1 aku hand luggage sbb ada food...

haa tudia beg aku.. penuh ok.. 



update seterusnya tentang flight balik, caj kastam &  stok ebm