Wednesday, November 21, 2012

Cameron Highlands 2012 Part 2



Hari kedua Cameron (Jumaat 16/11/2012)

posing kat area resort..pagi.. sejukkk
kat depan Strawberry Park
Sara the Hello Kitty..
Ni block depan..
papan gelongsor dia unikkan.. kayu

Hari ni kami bangun awal untuk bersiap2 nak jalan.. taknak tersekat dalam jam lagi.. lps siap2 sempat turun bawah bergambar kat area resort.. cantik sangat view waktu pagi.. mmg highly recommended la sesiapa nak dok sini.. tak semestinya ambik yg 3 blk mcm kitorang.. ada gak yg 1 bilik.. lepas siap bergambar.. bawak anak2 main playground kejap.. dan terus bertolak ke arah Tanah Rata. 

Singgahan pertama kami ke AlMashoor Strawberry farm (yg lama) dan Kampung  Sedia.. kat Kampung Sedia ni banyak sangat homestay.. kalau yg nak berjimat tapi pergi beramai elok la jugak kalau survey2 kat area sini.. lupa lak nak snap gambar contact no. homestay ni…

singgah di Kampung Taman Sedia
sini pun ada strawberry farm
 Lepas tu kitorang patah balik ke arah pekan Brincang.. plannya nak singgah makan roti canai kat kedai mamak..tapi tersinggah pulak kat Taman Agro Tourism Big Red Strawberry .. tempat ni mmg highly recommended jugak sbb parking sgt banyak.. ada 300 parking katanya.. pastu sangat selesa utk makan/jalan2 kat area sayur2… sbb sayur2 ditanam secara moden.. mmg tersangat la geram tgk lettuce yang subur menghijau.. adoi time2 tu juga terasa nak makan salad ataupun sandwich letak lettuce banyak2.. hehe… 

Singgah Big Red Strawberry ..tgk tu lettuce yang subur
Satu pokok RM2 je lettuce ni
banyak tempat menarik nak bergambar


Cactus ni boleh beli..
Pot Plant..cantik tapi tak minat berkebun
panjangnya beratur kat cafe
kat sini boleh self pick strawberry..tapi kitorang tak buat pun.. kalau tak silap ratenya setengah kilo RM25.00…pastu jalan lagi ada pulak kawasan cactus & bunga2an.. jamu mata je.. tak berapa minat nak membeli.. plannya nak singgah makan kat café.. tapi beratur punya la panjang..terus kensel..anak2 dah tarik muka sbb lapar…so kitorang terus ke arah town nak cari tempat makan… singgah makan kat food court..waktu ni cuma sarapan je yg ada.. nasik campur dan goreng2 belum ada.. tapi lapar punya pasal layan je la nasik lemak.. tapi tak suka la kedai tu.. layanan sangat la kureng..ada ke kita tanya goreng2 ada ke tak pun dah tarik muka masam cakap makanan sarapan je yg ada.. lorrr takde ckp elok2 la kan.. mcm mana nak laku kalau layan customer pun sombong2.. mmg tak pegi dah la kedai tu.. patut la takde org.. ada 1 kedai tu mmg ramai org.. lps kitorang order derang dah start jual lauk2..ala rugi tak pegi situ…

Lepas kenyang perut… jalan kaki je ke arah deret2 kedai kat dlm pekan brinchang tu.. waktu ni jalan dah start jam.. bau hangit tayar sana sini.. sian tgk mana2 kete yg tersadai mcm smlm.. elok la di servis kete dulu sbl ke sini ya.. kita tak jangka nak jam mcm ni..

Kat sini kitorang shopping payung sbb panas yg amat.. sian kulit anak2 dah sunburn.. harga payung standardla rm10.. pastu singgah beli fridge magnet.. ada byk harga.. ada yg 7xRM10 pun ada.. tapi yg design lama dan tak byk pilihan.. kalau yg designbaru tu RM10x4… mama tak beli pun sbb target nak beli kat psr mlm kejap lagi… lepas penat jalan2 lepak kat depan Hotel Star Regency sementara menunggu papa solat Jumaat kat masjid blkg.. lama jugak la lepak kat sini…sbb kat sini teduh.. nak jalan pun panas terik..

singgah shopping kat Pekan Berinchang
 Lepas selesai solat jumaat, kitorang sambung jalan kaki ke arah pasar malam.. waktu ni nak bukak dah pun.. padahal br pukul 2 lbh.. nak balik hotel pun tak berbaloi sbb jalan masih jam.. jadi kitorang plan nak habiskan jalan2 dulu pastu balik hotel lepak je tak keluar … kat pasar malam mama jumpa kedai yg jual fridge magnet 5xRM10.. terus beli.. pastu singgah beli slipar bulu untuk mama pulak..kedai yg sama dgn smlm.. dapat la harga murah RM7 je.. kalau ikutkan dia letak harga RM10… sib baik boleh tawar..

Airis tak ngamuk.. cuma sian berjemur..
berhenti rehat sbb panas terik

kat pasar malam yg dah bukak since pukul 2 ptg
best gak shopping awal2 ni tak ramai org kat psr malam Brinchang
sempat beli monyet sorang sekor kat anak2.. RM9
Lepas penat shopping kitorang singgah makan kat kedai tomyam area masjid.. sedap jugak la lauknya.. harga pun rasanya tak cekik darah sangat… lepas ni kalau pegi Cameron boleh singgah lagi kat sini.. tapi kedai tomyam ni macam, tersorok skit.. sbb byk kete parking…

Jam dah pukul 5 waktu ni.. terus balik hotel..on the way tu sempat singgah kat Kasimanis strawberry Farm lagi.. dah dkt sgt dah dgn Starwberry park ni.. saja tertarik nak singgah sbb Nampak ada Castle yg sangat cantik tapi belum siap.. boleh feeling2 ala2 oversea gitu..kakak shopping cactus kat sini.. bunga pun murah.. 2xRM10.. dia beli bunga lavender .. 
Ni la castle tu.. cantik banget.. tgk pintu kayu tu.. boleh feeling2 Rapunzel kejap


sampai je apartment , kitorang solat jamak dan rehat2 je ..petang bwk anak2 main playground.. untuk dinner kitorang makan kat apartment je.. makchaq masak simple tapi mmg sedap habis la.. kena pulak berulamkan lettuce segar.. menambah-nambah la kan…

petang dah ni.. cuaca pun nyaman.. kena bungkus Airis tebal2 takut angin masuk badan
kat titi gantung area resort.. budak2 suka betul dapat main sini
dinner dah ready atas meja.. tq mak chaq yang rajin =)
Sara dengan monyet oren.. kalau picit ada bunyi .. tapi mama tak kasi picit malam2 sbb bunyi mcm seram je..
Pastu packing barang2 untuk balik esok..sbb plannya nak check out pukul 9 sbb nak singgah2 kat area Brinchang lagi.. hrtu tak sempat singgah Kea Farm sbb jam teruk kan…


Ok sambung lagi di Part Akhir Cameron =)



No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye